HANNA melabuhkan punggungnya di kerusi yang terdapat di ruangan menunggu di farmasi ini. Kai yang suruh dia duduk di situ sebenarnya kerana tidak mahu dia ke mana-mana. Kalau ikutkan badan, memang dia tak larat tapi dia kena juga melawan. Sampai bila nak manjakan? Kalau asyik dimanjakan je, sampai bila-bila pun tak pulih-pulih juga.
Dari jauh, dia dapat melihat Kai sedang bercakap sesuatu dengan ahli farmasi tersebut. Macam-macam Hanna nampak reaksi Kai. Kadang-kadang serius, lepas tu senyum. Tak lama nanti serius balik. Hanna sampai ingin tahu, apa yang lelaki dan ahli farmasi itu bualkan?
Sebenarnya dia akui sendiri, yang Kai seorang yang baik hati sebenarnya. Lelaki itu sengaja menunjukkan kekerasan kepadanya hanya kerana satu sebab. Sebabnya ialah, Kai takut hatinya akan terluka buat kali kedua. Bukan dia tidak tahu, dia tahu semua itu. Sebab itulah misinya selain bekerja bersungguh-sungguh, dia mahu mengukir satu senyuman manis pada bibir Kai dan akhir dia hampir berjaya. Dia hanya berusaha sedikit, yang lainnya dia tidak tahu datang daripada mana kerana dia sendiri yang perasan, Kai berubah bukan kerana misinya. Tapi Kai berubah mengikut hati lelaki itu sendiri sehingga Hanna sendiri pelik, betul ke Kai yang sebenar macam ni? Mengapa dia kata begitu, kerana Kai memang tersangatlah gentleman. Dia tidak akan membiarkan wanita yang sakit sepertinya berjalan berseorangan. Pastikan ianya ada teman, baru boleh jalan. Bukan itu sahaja, malah beg tangannya juga tadi pun Kai yang bawa. Hati Hanna sedikit berbunga dan mula menimbulkan rasa sayang.
Kringg!!! Iphone5s milik Hanna nampaknya berbunyi tanda ada mesej ringkas masuk. Hanna menyelongkar beg tangannya dan melihat siapa yang menghantar.
"Ayuna?" Kening Hanna bertaut apabila Ayuna menghantar mesej berbentuk,
Hanna, aku kena pergi sekarang. Mungkin pemergian aku lama tapi aku nak bersendirian. Jangan bagitahu kat sesiapa pasal aku. Terutamanya Mark. Jangan sesekali bagitahu yang aku ada kat London. Aku percaya kau sorang je sekarang ni. Oh ya lagi satu, aku dengan Jimin dah clash, aku tak nak lagi jumpa dia. Aku dah resign jadi PA Mark. Ingat, Hanna. Jangan bagitahu sesiapa. Jaga diri kau masa kat sana. Kalau kau nak jumpa aku, kau call aku tapi aku takkan angkat call dari sesiapa sebab aku nak pergi ke London hari ni juga. Take care, Hanna. Aku sayang kau. Bye...
"Ayuna..." Hanna menekup mulutnya dengan tangan untuk menahan tangisan. Apa semua ni?! Kenapa ni?! Ada apa?! Kenapa Ayuna berhenti kerja?! Kenapa dia pergi ke London?! Kenapa dia putus dengan Jimin?! Kenapa?!
"Hanna...?" Kai mendekati Hanna dengan kening yang bertaut. Ubat-ubat Hanna diletakkan di sebelah gadis itu dan tubuh Hanna dipegangnya.
"Hey... what wrong, ha? Why are you crying, jagi?" Lembut sekali suara Kai ketika itu sehingga mengundang sebak pada hati Hanna dan dia menangis di situ juga. Nasiblah tiada sesiapa yang berada di situ. Tinggal mereka berdua dan ahli kaunter sahaja.
"Ayuna..." Hanna tidak mampu lagi mahu kata apa kerana dia sedih. Dia mahu bangun dan kejar Ayuna dari terus pergi ke tempat yang lebih jauh tetapi dia tidak mampu. Mulutnya langsung tidak terbuka. Air mata sahaja yang mengalir sekarang ini.
"Ya, tapi kenapa dengan Ayuna?" Kai mula risau. Rambut Hanna yang menutupi dahi itu diselak ke atas. Jelas di situ keprihatinan Kai terhadap Hanna.
"Ayun..."
"Hanna... Hanna bangun!"
Okey done Bab 23 yang pendek. Saya ambil keputusan, setiap babak-babak dalam cerita ni saya buat dalam satu bab. Makin dah nak habis, makin banyak bab. Tu yang saya suka. Suka buat para reader tertanya-tanya. So jangan lupa baca ya yang lagi pendek tu. Hahaha.. love you all aspeacially budak gembeng baca Bab 19 tu... (Diajukan Khas Untuk Hanna Damya) hahaha... saya baca pun ikut nangis juga.. ^_^

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...