AYUNA melihat sekeliling buat kali yang terakhir sebelum dia pergi ke London. Lama dia menunggu giliran kapal terbangnya berlepas. Dekat 5 jam dan sekarang jam menunjukkan angka 7 malam. Langit memang gelap. Sama gelap dengan hatinya kini. Punggung dilabuhkan pada kerusi kerana lutut sudah tidak mampu lagi menampung berat yang sarat dengan masalah. Antaranya Jimin. Rasa seperti mahu meletup kepala mengingati lelaki itu.
#FlashBack#
Dia merenung telefon yang berdering. Hatinya berbunga riang apabila nama Jimin tertera pada skrin telefonnya. Dia membiarkan Mark, Kai dan Hanna berbual di bilik itu. Kakinya melangkah ke tingkap bilik wad Hanna. Dengan rasa yang berkobar-kobar tidak terhingga, dia mengangkat.
"Helo, jagi!" Walaupun kedengarannya teruja namun Ayuna masih mampu mengawal suaranya daripada terus meletup.
"Helo... ssan yeoja (perempuan murahan) ..." selamba betul Jimin menuturkan perkataan sebegitu kepadanya. Ayuna tidak faham mengapa Jimin berkata begitu kepadanya.
"Apa yang awak merepek ha? Kenapa awak kata saya ssan yeoja?" Ujar Ayuna, marah. Tetapi dia tidak mahu marahnya itu dilihat orang jadi dia cuba mengawal amarahnya dengan bersabar.
"Jangan nak berpura-pura lagilah, Ayuna. Aku dah tahu segala-galanya. Kau tu bukannya yeoja yang baik-baik. Kau tu perempuan murahan je tu tak?! Konon kata setia. Perempuan jenis apa ha kau ni?!" Jimin menengking hujung talian. Ayuna terkedu. Apa semua ni? Apa yang Jimin dah tahu? Ayuna mula bingung.
"Apa yang awak merepek ni, ha? Awak tahu apa?!"
"Jangan cuba sorokkan kesalahan kau dengan kesucian kau yang kau dah bagi kat orang lainlah! Hei perempuan, kau tu dah tak suci. Kau tu kotor! Tahu tak perkataan kotor?!"
"Apa yang membuktikan saya ni kotor?! Tak suci?!"
"Siapa yang buat lebam merah kat leher awak tu kalau bukan lelaki simpanan awak? Saya dah nampak dah, Ayuna. Dari kat toilet lagi. Awak cakap dengan Doktor Oh Jin Hee macam mana nak hilangkan bekas ciuman lelaki awak tu, sampai saya nampak awak bermesra-mesra dengan namja mana entah. Sedangkan Hanna? Terbaring kaku masa tu. Mana rasa simpati kau selama ni ha? Kau ni apa?! Manusia, atau binatang?!"
"Jimin! Jangan melampau!" Ayuna hampir sahaja menjerit. Tangannya menggigil memegang telefon melekat pada telinga. Air matanya sudah bertakung lagi tadi. Tinggal tunggu tumpah je. Rupa-rupanya Jimin sudah tahu akan hal itu dan penerimaannya sangat perit sekali. Tapi Jimin tidak sepatutnya berbuat begitu. Sepatutnya dia perlu mendengar penjelasan daripada dia juga. Ini? Beri dia peluang bercakap pun tidak. Macam mana dia tak menangis? Pedih rasa tu. Pedih sangat!
"Aku nak tanya, aku yang melampau, atau aku?" Bengis sekali bunyinya. Sebengis hatinya menangis kerana perbuatan Ayuna. Bahasanya juga tunggang terbalik. Kejap kau aku, kejap awak saya.
"Jimin... awak dah sal..."
"Cukup, yeoja! Aku dah tak nak dengar cakap kau lagi. Ayuna, mulai daripada hari ini, detik ini, kita clash. We're nothing..."
Tutt... tutt... tutt...
#EndFlashBack#
Ayuna mengelap matanya perlahan. Dia tidak mahu menangis. Dia kuat. Perempuan tidak boleh tewas dengan lelaki. Iphone5s berwarna hitam miliknya diambil dari beg. Dia mahu melihat sama ada mempunyai teks dan panggilan atau tidak kerana dari dia menghantar SMS kepada Hanna, dia langsung tidak menyentuh telefon tersebut.
Buka sahaja telefon tersebut, macam-macam benda yang masuk. Panggilan tidak dijawab daripada Mark sebanyak 30 kali. SMS daripada Hanna sebanyak 12 teks, daripada Mark pula 20 teks. Dalam banyak-banyak teks yang dua insan tu hantar, yang menarik perhatian Ayuna ialah SMS Mark. 5 diantara 20 ialah...

YOU ARE READING
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...