SETELAH 6 hari di hospital dan telah mendapat rawatan dari doktor, dia dibenarkan balik. Perasaan bila keluar dari hospital tu jangan cakap lah, memang teruja sangat!
Mark dan Kai ada dan sudah pun pulang dahulu. Ayuna dan Hanna pula balik kemudian kerana balutan pada perut Ayuna tadi terbuka. Kalau tak, saing sekali dengan yang lain.Semua sudah ada. 6 hari dia dirawat di sini, tiada sesiapa yang tanya pasal Hansol. Dia pun naik pelik juga. Acap kali dia menanyakan soal Hansol, ibu atau ayahnya akan menukar topik. Tak pun ada halangan yang datang seperti mula-mula dia masuk hospital membuatkan dia berasa yang Hansol seolah-olah hilang begitu sahaja. Hilang tanpa jejak. Bila ditanya Ayuna, gadis itu menggeleng dan buat endah tidak endah begitu sahaja. Ditanya Kai pula, sama juga. Lagilah lelaki itu tidak kenal siapa Hansol. Ditanya Mark, lagi haram. Lelaki itu sama juga macam Ayuna dan Kai. Tak tahu apa-apa dan apabila ditanya, jawabnya seperti acuh tak acuh. Seolah-olah lelaki yang bernama Hansol tidak penting di dalam hidupnya.
Kini, Ayuna pun selesai membetulkan balutan pada perutnya yang dibantu oleh doktor daripada China, Doktor Luhan. Doktor Luhan tu sebenarnya sudah terjatuh sayang dengan sikap manja Ayuna. Kebetulan pula masa Ayuna menukar balutan, Mark ada. Ha kau! Tak bertegur setengah hari. Mark cemburu punya pasal. Ayuna sampai naik bingung, bila dia ajak berbual, asyik angguk, geleng, hmmm haaaa je kerjanya. Ibu dan ayah Mark, Ayuna dan Hanna perasan itu semua. Masing-masing mengukir senyuman.
Itu baru Ayuna dan Mark, Kai dan Hanna tak tahu lagi. Hanna waktu itu mahu ke tandas tetapi tiada sesiapa yang tolong. Kebetulan waktu tu Doktor Park Chanyeol lalu. Hanna terus sahaja menahan dan meminta tolong daripada doktor tersebut. Kai yang ternampak Doktor Chanyeol menolong Hanna ke bilik air sudah tidak senang duduk sehingga bahunya tiba-tiba mengeluarkan darah bekas daripada luka tembakan itu. Lagi dahsyatkan?
"Dah siap dah? Jom balik." Ajak Encik Kim yang duduk berbual bersama Encik Choi tadi. Ayuna mengangguk. Dia berdiri tetapi sedikit membongkok kerana balutan pada perutnya itu masih lagi baru.
"Okeylah kalau macam tu. Mari balik," ajak Encik Choi lalu pergi dahulu bersama Encik Kim kerana perlu mengambil kereta sementara Puan Kim dan Puan Choi membantu anak-anak mereka berjalan. Suruh pakai kerusi roda, tak mahu. Sebijik macam Kai dan Mark. Keras kepala! Degil.
"Err... Puan Kim, Puan Choi!"
4 empat wanita ini menoleh memandang suara yang memanggil.
"Doc..." mulut Hanna dan Ayuna sama-sama mengeluarkan perkataan yang sama. Doktor Luhan dan Doktor Chanyeol mendekati mereka dengan manly dan bergayanya. Boleh membuatkan hati gadis-gadis Korea rasa tergugat.
"Kenapa ya?" Tanya Puan Choi mewakili sekali dengan Puan Kim. "Hanna dengan Ayuna kena pakai kerusi roda. Diorang masih lagi tak sihat. Kalau dibiarkan jalan macam ni, takut darah tu akan mengalir pula. Nanti luka tu tak kering." Pesan Doktor Chanyeol. Doktor Luhan mengangguk membenarkan kata-kata Doktor Chanyeol. Puan Kim dan Puan Choi sama-sama memandang anak mereka. Kalau Ayuna menggeleng, Hanna juga turut akan menggeleng.
"No. Awak berdua kena pakai juga. Ni penting," kata Doktor Luhan, serius. Ayuna dan Hanna akur dan mengangguk. Puan Kim dan Puan Choi tersenyum. Doktor kacak pujuk, baru boleh nak pula.
"Kasahamnida, doc. Biasalah, budakkan? Degil." Kata Puan Choi sambil tersenyum. Kebetulan waktu itu ada kerusi roda, jadi terus diambilnya seorang satu dan menyuruh anak-anak mereka duduk.
"Dah sampai rumah, jangan nakal-nakal. Luka awak masih tak sembuh lagi. Nanti kalau ada apa-apa, call hospital terus." Pesan Doktor Luhan kepada Ayuna. Dia memang dah suka, jadi tak ada masalah cakap macam tu dengan pesakitnya. Puan Kim memandang sambil tersenyum nipis.

ВЫ ЧИТАЕТЕ
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
ФанфикBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...