Dia cuba untuk ingat kembali apa yang sudah berlaku. Lama dia memejamkan mata untuk berfikir sebelum dia teringatkan kejadian malang yang menimpa mereka berempat. Mujur ada Hansol yang menyelamatkannya daripada terus tercampak ke dalam jurang hina. Eh, bercakap pasal Hansol, mana lelaki itu pergi? Kenapa lelaki itu tiada bersama mereka sekarang ini sedangkan Hansol juga ada ketika itu? Bermacam-macam soalan berputar meminta dijawab di kepala otaknya.
"... seorang dah mampus, dua lagi datang..."
Tiba-tiba serangkap ayat yang dia ingat-ingat lupa itu bermain di kepalanya. Ya tak ya, ayat itu diucapkan oleh seorang daripada 4 penjenayah tersebut selepas sahaja Kai dan Mark tiba. Adakah apa yang dia fikir sekarang ini menjadi kenyataan?
"Hansol..." bibirnya menyeru nama itu tetapi cukup perlahan sekali. Dia mahukan lelaki itu. Banyak betul salahnya kepada Hansol. Dia marah-marah, dia berkasar. Dia mahu meminta maaf sekarang dan berharap sekali ada yang datang dan memberi jawapan soal Hansol.
"Ayuna, oppa, Mark, mana Hansol?" Dia cuba untuk bersuara tetapi suaranya benar-benar tersekat pada kerongkong. Seperti ada batu bata yang menyekatkan suaranya daripada keluar.
Tiba-tiba, telinga menangkap satu bunyi tapak kasut berduyun-duyun masuk ke dalam wad tersebut. Hanna menjeling ke bawah. Bibirnya mengukirkan senyuman tatkala ibu dan ayahnya masuk bersama ibu dan ayah Ayuna. Ibu dan ayah Mark masuk agak lewat kerana baru sahaja bercakap-cakap dengan doktor di luar tadi.
"Hanna sayang..." pantas Puan Choi berlari anak mendapatkan Hanna di katil apabila dia dapati yang anaknya sudah sedar. Dahi Hanna dikucup sayang. Begitu juga dengan Encik Choi. Encik Kim dan Puan Kim ibu Ayuna turut menumpang kasih mendekati anak saudara mereka itu sementara menunggu si anak kandung sedar daripada tidurnya. Puan Kim dan Encik Kim ibu ayah Kai dan Mark tersenyum gembira melihat anak rakan mereka yang baru mereka kenal itu sudah sedar dan dalam masa yang sama juga, mereka menanti dua permata hati mereka ini menyedarkan diri dan dapat melihat siapa yang berada bersama mereka tatkala itu.
"Omma, appa... sakit," adu Hanna. Kini sikap manjanya mula keluar. Encik Choi dan isterinya ketawa. Begitu juga dengan yang lain.
"Be patient , dear . It was alleged that for you. So you 'll have to wait , huh?" Puan Choi yang sudah terbiasa berbahasa Inggeris itu berkata. Encik Choi mengangguk. Ngeri dia melihat bahu Hanna yang berbalut itu. Ada juga kesan tompokan darah dan ubat kuning bercampur.
Hanna mengangguk perlahan. Ya, ini adalah dugaan baginya. Sakit, sudah lama dia tidak begini. Bila dah kena, kenalah sabar.
"When can I get out of this place?" Tanya Hanna dengan wajah sugulnya. Suaranya sedikit kuat daripada tadi. Mungkin terpandang muka tersayang di depan mata, sebab itulah jadi macam tu. Semua benda jadi sempurna.
"I do not know when you can come out of the ward. But what I know , you touched stay here more than a week." Jawab Puan Choi sambil mengusap-ngusap kepala anak perempuannya itu sambil diperhatikan Encik Choi dan yang lain. Manjanya Hanna. Lain daripada biasa.
Hanna mengeluh jadinya. Kenapa lambat sangat sampai macam tu sekali? Ni yang tak suka ni!
"Omma..." Kini, Ayuna pula sudah sedar. Puan Kim pantas berlari anak ke katil anaknya pula.
"Yes, dear. I am here." Kata Puan Kim. Dahi Ayuna diciumnya dengan penuh kasih. Ayuna membuka matanya yang kuyu itu. Dia memang tidak bermaya sekarang ini. Nak celikkan mata pun bukan main payah lagi.
"I 'm going to the toilet . You can help me getting out of bed?" Pinta Ayuna perlahan. Sudahlah sakit, kena bercakap bahasa yang sudah lama dia tidak pakai pula tu. Nasiblah ada ibu yang sudah lama menetap di negara orang. Puan Kim serba salah mahu mengangguk kerana menurut doktor, Ayuna tidak boleh bangun selagi tidak mendapat izin daripada doktor. Jadi kalau nak buang air besar ke, kecil, kena di dalam bekas yang sudah di pasang di tepi katil itu. Nak cakap pun tak sampai hati.

YOU ARE READING
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...