Bab 11

2K 176 0
                                        

LAGU Good Boy nynyian G-Dragon dan Taeyang berdentam-dentum di dalam kelab malam ini. Kelab malam yang selalu Mark dan Kai huni jika ada sesuatu benda yang beri tekanan kepadanya. Tetapi malam ini, Mark terlalu tertekan sehingga perlakuannya hilang kawalan. Chanyeol, Baekhyun dan Luhan terpaksa menjaga pergerakan Mark yang kadang-kala dihimpit oleh para gadis. Lain yang jadi pulanya karang.

"Kita bawa balik Mark jelah. Dah lewat sangat dah ni." Cadang Chanyeol sambil merenung jam yang jarumnya menunjukkan angka 3:30 pagi. Bayangkan! Pagi! Pastilah semakin ramai, semakin banyak yang mendekati Mark yang sudah mabuk kerana terlalu banyak minum itu. Hampir tiga botol lelaki itu minum tanpa sesiapa yang kongsi. Chanyeol, Baekhyun dan Luhan hanya minum beberapa cawan tetapi tidaklah mabuk. Kalau mereka pun ikut mabuk sekali, sampai ke besoklah tak balik-balik.

"Boleh juga ni. Aku pun rasa macam nak..." Baekhyun menyokong dan memberi isyarat nak termuntah kepada dua rakannya. Chanyeol memang dah agak. Semakin ramai dan lewat waktu itu, semakin ligat pelayan bekerja. Lincah ke sana ke mari menghantar minuman beralkohol. Sebab itulah Baekhyun nak termuntah. Dia tidak boleh menghidu alkohol yang jenisnya agak tinggi. Jika tidak, habis!

"Okey-okey. Kau dengan Baekhyun keluar, biar aku tolong Mark." Luhan bercadang. Chanyeol dan Baekhyun menggeleng tidak setuju.

"Tak payah. Kau pergi hidupkan kereta Mark. Biar aku dengan Baekhyun bawa Mark." Kata Chanyeol seraya bangun dari duduk. Tubuh mengeliat sedikit. Menghilangkan rasa lenguh tulang belakang.

"Ha okey juga. Aku tunggu." Setelah mengambil kunci kereta Mark, Luhan bangun dan keluar dari kelab malam popular dan hanya orang-orang kaya sahaja yang masuk.

Chanyeol mengarahkan Baekhyun untuk membantunya menolong Mark bangun dan beredar dari kelab malam ini. Ramai gadis-gadis melihat Chanyeol, Mark dan Baekhyun berjalan keluar dari situ. Ada yang terjerit-jerit memanggil nama Chanyeol, ada yang cuba menarik tangan Baekhyun supaya jangan keluar. Ada juga yang mengejar tetapi disebabkan ramai orang, tersekat di tengah-tengah perjalanan.

Tanpa menghiraukan segala kacuan lagi, mereka berdua terus keluar sahaja.

Luhan nampaknya sudah membuka pintu kereta milik Mark menandakan Luhan akan menghantar Mark sampai ke rumah. Chanyeol dan Baekhyun pula akan menunda Luhan dari belakang memandangkan Luhan dan mereka satu rumah dan datang ke sini dengan satu kereta, jadi Chanyeol dan Baekhyun turut ikut ke sana.

"Sini aku tolong," Luhan menghulurkan bantuan menolong Chanyeol dan Baekhyun memasukkan Mark yang separuh sedar itu ke dalam kereta.

"Aku follow kau dari belakanglah eh? Nanti kalau Mark buat hal, call." Baekhyun yang tidak banyak cakap tadi memesan. Dia begitu kerana bau alkohol pada baju Mark tadi agak kuat. Jadi dadanya senak, perutnya bergelocak. Nak termuntah!

"Ha, okey. Cumanya tadi Jackson, Bambam, JR dengan JB mesej kat group, esok diorang ajak kita holiday. Kau nak pergi?" Tanya Luhan kepada dua rakannya yang berdiri di hadapannya itu. Baekhyun dan Chanyeol menggaru kening memikirkan apa yang Luhan kata.

"Kau cakap apa kat diorang?" Baekhyun menanya. "Aku belum cakap lagi. Tapi aku busylah esok sampai minggu depan, aku rasa tk pergi kut." Kata Luhan dengan wajah berkerut. Kesesakan pekerjaannya memang menghimpit aktiviti dia setiap hari. Rasa seperti tiada masa langsung mahu melepak bersama rakan-rakan. Ini pun ada sikit sahaja. Yelah, sebagai seorang model profesional, semestinya banyak tawaran. Tambahan pula kini ada satu syarikat muzik menawarkannya untuk berlakon pada MV sebuah kumpulan. Mahu terima atau tidak, keputusan masih belum dibuat. Di dalam proses.

"Kalau kau cakap macam tu, aku ikut je. Busylah sejak akhir-akhir ni. Sakit kepala aku. Dengan banyak request nak kena respon. Tak payah kut." Kata Chanyeol. Tangannya mengusap belakang kepala tanda sedikit ragu-ragu.

[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.Where stories live. Discover now