AYUNA membuka matanya perlahan-lahan. Satu benda yang dia nampak ialah wajah seorang lelaki. Lelaki yang baru dikenalinya selama 2 hari.
"Yahh!!" Jerit Ayuna lalu bangkit dari sofa panjang tersebut. Semalam dia rasa dia tidur di lantai. Tapi kenapa sedar boleh kat atas sofa pula?! Dah tu bukan dia sorang, tapi Mark pun ada sekali! Mereka tidur satu tempat yang sempit dan merimaskan. Bayangkan, betapa rapatnya!
"Macam mana boleh tidur kat sini?!" Ayuna blur. Dia cuba untuk mengingati semula apa yang berlaku sehingga dia tertidur di rumah lelaki itu.
#FlashBack#
"Oh my God!" Ayuna memegang kepalanya tanda sedikit bengang. Kenapalah dia perlu menjaga lelaki yang sudah besr lagi panjang ini?! Rasa seperti mahu gila rasanya. Sudahlah bau alkoholnya kuat nak mampus, dengan keadaan lelaki itu lagi?! Perlu ke dia menukar baju Mark ini?
"Eee... tahu tak yang kau ni menyusahkan aku?! Dahlah kau tu mengutuk aku segalakan?! Ha ni, aku kutuk kau pulak. Menyusahkan!" Pekik Ayuna geram. Kaki dihentak-hentak pada lantai tanda protes. Walaupun marah, kerja tetap kerja. Kaki yang berat untuk dilangkahkan digagahkan juga untuk berjalan menuju ke arah Mark yang terbaring di sofa panjang ruang tamu tersebut.
Dengan perlahan dan wajah yng berkerut, tangannya menyentuh baju T shirt Mark dan cuba ditanggalkan dari tubuh. Bau alkohol memang kuat. Macam nak termuntah dia rasanya.
"Eee!!! Baunya..." rungut Ayuna. Baju itu dicampaknya ke belakang.
"Mana baju bersih dia? Aduhai, nak kena carik juga ke? Haish..." Ayuna jalan ke tangga dan memanjat sampai ke atas. Mata memerhatikan bilik-bilik yang ada empat pada tingkat tersebut. Banyak betul tetapi target Ayuna pada pintu bilik yang menpunyai corak sedikit berlainan itu.
Didekatkan kaki ke sana dan memulas tombol pintu. Masuk sahaja kaki ke dalam, Ayuna seperti mahu pengsan.
"Ini ke bilik Mark?! Ya ampun! Tak serupa bilik! Dah macam... zoo!" Terus-terang Ayuna katakan, Mark memang tak reti mengemas. Bayangkan, baju-baju dan seluar jeans yang entah zaman bila punya bersepah sana sini. Atas meja, atas katil, atas lantai jangan cakaplah. Terselit kat pintu balkoni. Tapi yang peliknya, atas alat penghawa dingin/pemanas. Ada sehelai baju kemeja hati tersangkut atas situ. Nampak sangat kemalasannya.
"Berapa tahun agaknya tak dibuat gotong-royong. Atas... atas aircorn pun ada..." terletus ketawa Ayuna dibuatnya. Macam mana nak jadi suami orang kalau benda macam ni pun dapat gred F? Dalam diam Ayuna mengutuk lagi.
Dia terus sahaja masuk. Mungkin dia akan bersihkan bilik yang serba huru-hara ini nanti. Dia perlu mencari baju untuk Mark yang pasti kesejukan di bawah.
Tangan membuka pintu almari. Sekali lagi Ayuna terkejut apabila wajahnya ditimpa timbunan baju-baju yang sudah tidak muat digantung namun disumbat sahaja sehingga almari termuntah.
"Apa nak jadilah agaknya.." ayat seorang gadis yang kecewa dengan seorang lelaki yang pemalas macam Mark! Tangan mengutip baju-baju yabg masih ada penyangkutnya. Satu lagi pintu almari dibuka.
"Kosong pun! Kenapalah kat situ juga disumbatnya. Bila 'muntah', aku juga yang buat." Bebel Ayuna seorangan. Setelah selesai menggantung baju, dia mencari sehelai baju T untuk Mark. Cari punya cari akhirnya jumpa juga.
Sebelum keluar, hatinya sempat berkata, 'Nanti jelah kemas. Tapi kalau bersepah juga lepas ni, tak tahulah nak cakap macam mana.' Getus hati Ayuna perlahan. Lalu dia terus sahaja keluar dan menapak menuju ke arah sofa yang dihuni Mark tadi. Perlahan-lahan badan Mark disentuhnya. Aduhai, kenapalah kau ni menyusahkan?! Mengeluh lagi. Tak baik asyik mengeluh je. Tak berkat kerja.

YOU ARE READING
[COMPLETED] I'm Sorry But You're My Love 미안 하지만 당신은 내 사랑 이야.
FanfictionBiarkan Masa Tu Berlalu Membawa 1001 Kesedihan, Keperitan, Dan Keseksaan. Tetapi, Masa Yang Berlalu Tu Tak Akan Pernah Meluputkan Cinta Aku Kepada Kau... -Mark Tuan- Lafazkan 3 Perkataan Hikmah Untuk Aku Dari Bibir Kau. Mungkin Bagi Kau Benda Ni Tak...