HNC [Bab 38]

1K 33 14
                                    

*Assalamualaikum. Maaf lambat update. Saya tahu alasan ni sangat klise tapi sesungguhnya saya sangat busy tapi saya akan cuba update walaupun lambat macam siput 😅

*20% chapter baru.😊

*Thanks sebab tak jemu menunggu ❤️❤️

***

"HAKHAKHAK!" HAMPIR bergegar astaka dengan ketawa yang terbahak dari sekelompok remaja yang melepak di situ. Dan itu berlaku gara-gara selepas mendengar cerita Bella perihal denda yang dikenakan ke atas mereka semalam.

"Stop laughing-lah guys!" Suara Irwana naik satu oktaf dari yang mula. Kedua-dua tangan dibawa ke belakang, mengurut perlahan tempat yang terasa sengal disebabkan denda semalam. "Aku punya urat saraf dah tak boleh nak bawak bincang, korang sedap-sedap ketawa eh..."

"Sorry, aku tak boleh nak stop gelak sekarang. Hakhakhak!!" Berkerut-kerut muka Epon, meledak gelak yang tak kawal macho langsung itu.

"Seriously, sweetheart? Tergamak awak gelakkan kitorang sampai macam ni sekali?" Gaya Bella pandang Boyot macam nak ditelan hidup-hidup teman lelakinya itu. Dengan muncung sudah sedepa ke depan, dia bergerak menjauh dari kelompok manusia menuju ke arah satu sudut. "Tegarnya hatimu sayang..."

Dengar aje ayat-ayat makan hati si kekasih, Boyot sungguh-sungguh gigit bibir untuk telan gelak yang masih teguh untuk dilanjutkan lagi. Sedut nafas dalam-dalam, dia ikut menapak ke arah Bella, berniat untuk memujuk. Namun sebelum tu, sempat lagi dia lepaskan tawa yang masih berbaki.

"Gatal aje tangan aku ni nak sumbat penumbuk kat mulut-mulut orang gigih gelak." Batrisya kedengaran seperti menggertak. Tolak Carl yang tak menyumbangkan tawa, cuma menadah telinga dan sesekali mengupas senyum nipis, kedua-dua penumbuk digenggam dan dilayang-layangkan didepan muka kawan-kawan lelakinya yang lain.

Aryana berdecit kuat, tanda protes "Melampau betul! Gelak tu memang tak boleh cover ke? At least jaga ah hati kitorang sikit!"

"Ada jugak yang nak kena lempang laju-laju. Dahlah mood tak baik hari ni. Sengal-sengal badan sebab angkut tilam turun naik dua level tangga semalam pun tak lega lagi. Memang hangin betul!" Celah Murni, bibir terkumat-kamit membebelkan tentang apa yang telah mereka hadap semalam.

"Itulah... Siapa suruh buat masalah? Dah termaktub dalam peraturan asrama yang waktu dibenarkan tengok tv cuma hari weekend sahaja. Weekdays diharamkan. Korang pulak pergi langgar ikut kepala sendiri, siapa suruh?" Tanya Pidut bersama gelak yang bersisa.

"Tak pepasal kena angkut tilam pergi tidur kat dataran. Dua jam pulak tu." Mengingati persitiwa semalam, sungguhlah Epon keras perut.

Alkisahnya, malam semalam tu... waktu dia dan kawan-kawan sedang berjalan balik dari bilik prep untuk balik ke dorm, mereka dikejutkan dengan sorakan budak-budak aspura blok belakang. Siap dengan gaya 'ombak' lagi. Tak terus tunggu, langkah kaki dilencong meluru ke belakang untuk tahu apa yang berlaku. Sampai saja di sana, mereka ternampak enam orang pelajar aspuri sedang melipat sila di atas tilam masing-masing. Walaupun suasana gelap dan wajah-wajah para 'penjenayah' gagal untuk dilihat, namun sekali tengok pun mereka dah boleh cam siapa gerangan enam orang aspuri itu. Tak lain tak bukan, mestilah sahabat-sahabat sendiri. Dan hari ni, ketawa mereka bersambung kembali setelah mendengar sendiri cerita dari gang aspuri itu.

"Tak pasal-pasal kena bersusah payah angkut tilam turun naik dorm. Tak berat ke gais??" Pidut bertanya bukan sebab terlebih concern ke apa. Tapi lebih kepada menyakat.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now