HNC [Bab 36]

976 43 34
                                    

*80% chapter baru

*100% babak  #CarlAryana 🥰🥰

*Thanks kepada yang masih menunggu, membaca dan menyokong. Much appreciated. Muahhh!😘

***

RASA-RASA dah lima belas minit macam tu kot aktiviti mencari berlangsung tanpa henti. Dah lima belas minit juga dia keluar masuk rumah menjejak wajah-wajah yang dia kenal. Tak jumpa jumpa. Sudahnya dia berhenti menapak. Tubuh disandar pada dinding berhampiran gerbang pintu yang memisahkan area dapur dan ruang tamu.

Walau langkah sudah terhenti, namun pandangan tetap diliarkan ke sekeliling. Mana tahu, salah seorang dari tiga manusia itu bakal menjelma depan mata. Sesekali bibir mengupas senyum, memberi dan membalas senyuman dari manusia yang lalu lalang melintasi dia. Ini baru nak masuk pukul sebelas. Belum lagi waktu kemuncak dah ramai macam ni. Agak-agak tengah hari nanti macam mana penuhnya manusia ya?

Telefon bimbit jenama Nokia itu dijauhkan dari telinga. Dia dah putus asa. Panggilan buat Hani  yang berkali-kali itu langsung tak dijawab. "Mana pergi si Hani ni? Amir pun lesap entah pelusuk dunia mana. Mamat bajet cool langsung tak nampak bayang dari tadi." Dia mengomel sendiri, sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari rumah kenduri sekali lagi. "Minta maaf, tumpang lalu... lalu sekejap, ya..." Mahu atau tak, untuk sampai ke pintu utama, dia terpaksa menyelit didalam keramaian tetamu yang menghadiri majlis kahwin kakak Hani.

Kehadiran Aryana dan Carl sebagai tetamu jemputan kenduri kakak Hani pada hari ini adalah diwajibkan. Mereka tidak boleh berkata tidak. Dua bulan sebelum hari kejadian, Hani dah booked dulu jadual mereka berdua. Seperti yang dirancang oleh Hani dan Amir, semalam dan malam ini Aryana ikut dua orang sepupu itu balik ke rumah. Aryana bermalam di rumah Hani manakala Carl pula di rumah Amir yang jaraknya cuma selang dua buah rumah sahaja.

Sahabat yang lain juga turut dijemput. Namun keadaan tidak mengizinkan. Mereka tiada kemudahan kenderaan untuk bergerak ke rumah kenduri. 

Sampai saja di pintu, dia masih perlu sambung aktiviti mencari. Kali ini mencari sandal pula. Cari-cari punya, akhirnya sandal warna ungu muda miliknya berjaya dikesan. "Tersorok kat sini kau rupanya." Sepasang sandal yang berada dibawah sepasang lagi kasut tumit tinggi yang entah milik siapa itu, disarung lalu langkah diatur.

Dia toleh ke kanan. 

Dia toleh pula ke kiri. 

Pun tak jumpa! 

Kata hati yang tiba-tiba terdetik mengarahkan dia pergi ke belakang rumah, diturutkan saja. "Alhamdulillah... Finally jumpa jugak dengan orang yang aku kenal dalam puluhan insan kat sini." Ujar dia, tersenyum puas hati. Tak menunggu lama, Aryana menapak ke arah khemah kecil yang diguna untuk menyediakan minuman para jemputan.

"Nampak Hani tak?" Tak ada salam, tak ada sapaan mukadimah pun dia terus terjah bertanya.

Tak nampak langsung macam dia terkejut menerima kehadiran dan pertanyaan yang tiba-tiba itu, Carl menggeleng. Wajah tak diangkat dari bekas besar yang dia gunakan untuk membancuh air.

"Amir?"

Jeda. Ligat tangan kanannya mengacau air bandung yang sedang dia siapkan untuk dihidangkan kepada tetamu.

Mungkin Carl tak dengar soalan kedua itu, jadi dia mengulang soalan semula. "Nampak Amir tak?" Kali ini dengan ayat yang lebih lengkap.

"Dia pergi beli barang." Balas dia tanpa memandang muka manusia yang bertanya itu. Sirap bandung diceduk sedikit lalu dimasukkan ke dalam cawan. Dibawa ke bibir dan disisip sekali lalu untuk merasa samada bancuhan dia sudah cukup sempurna ataupun tidak.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now