HNC [Bab 24]

479 18 0
                                    

POMPP! 

Bunyi tembakan itu menarik perhatian Bella dan Murni yang berada di luar litar. Hari ini sekolah mengadakan Hari Sukan. Padang sekolah dipenuhi dengan ratusan orang pelajar. Riuh rendah suara mereka dengan sorakan dari empat kategori pasukan rumah. 

Rumah Rajawali, Merak, Garuda dan Helang.

"Beb, Put la!" Aryana yang sedang berlari dalam litar di tengah padang bagi acara pecut seratus meter itu, buatkan Murni teruja.

"Whoaa! Whoaa! Come on, Put!" Bella berdiri sambil bersorak kuat meniup semangat pada Aryana yang sedang bersaing dengan lima orang perserta yang lain.

Murni terkinja-kinja, memekik. "Go Put! Go Put! Go Put!" Lepas tu sorakan jadi makin perlahan bila mata dia menangkap satu kelibat yang sangat dia dan kawan-kawannya kenal itu. "Bell!"

"Yo!"

"Yang pakai jersi warna merah tu bukan minah bajet diva ke?"

Perhatian sepenuhnya untuk Aryana jadi terganggu dengan soalan dari Murni. "Ye ke?" Bella melangkah lima tapak ke arah litar larian bagi memperjelaskan lagi pandangan. "Haah lah! It's her! Uihh, bukan main laju lagi dia pecut. Tak boleh jadi ni." Murni gigit bibir, tak puas hati. Kedua-dua tangan diletak pada pipi. Acah macam pakai speaker, maka suara dia pun bergempita. "Putri Aryana Danila!!! You can do it, girl!!!"

Bella dan Murni terus tersenyum puas bila Aryana kini berada mendahului lima orang yang lain. Tapi lebaran senyum tu berkurang bila Thalia macam dah rapatkan jarak dengan sahabat mereka itu.

"Nampak macam si Taliban tu dah nak potong Put je." Murni resah. Kuku ibu jari kanan digigit.

"Hek elehhh... desperate giler!"

"Kan? Macam apa je eh- beb! Apehal dia macam dah salah masuk lane?" Mata Murni tak berkelip dengan apa yang dilihat sekarang.

"The heck!?" Tersembul dua pasang mata bila tubuh Aryana tergolek di tengah litar. Dan sangat jelas di mata Bella-Murni, Thalia memang menyepak kaki sahabat mereka dengan sengaja. Diulangi...dengan sengaja! 

"Put!" Tak menunggu lama, dua pasang kaki berlari meluru mendapatkan Aryana yang sudah terbaring di atas rumput.

Sampai sahaja pada Aryana, Murni terus menggoncang bahu gadis itu. "Ya Allah, Put!"

"Are you okay, beb?" Bella dan muka cemasnya. Pipi Aryana ditepuk perlahan. Nasib kawan dia tu tak pengsan.

Aryana bangun lalu duduk dengan kaki terlunjur. Bell dan Murni pantas mainkan peranan memimpin Aryana keluar padang. "I'm okay. Don't worry."

"Putri?" Cikgu Ifa, guru kelas Bella dan Aryana yang bertugas mengendali acara itu datang menerpa. "Awak okey ke ni? Sakit kat mana-mana tak?" Belakang badan pelajarnya itu digosok perlahan.

"Saya okey, cikgu. Takder apa-apa pun." Balas Aryana sambil membetulkan tudung yang sudah selekeh gara-gara  terjatuh tadi. Dia menoleh ke kanan bila terdengar sorakan kuat. Sememamgnya Thalia memenangi  acara ini. Tahniah!

"Haih! Taliban tu memang..." Membara betul hati dia. Kalau ikutkan hati dia nak saja sumpah seranah si Thalia sekarang ni. Tapi niat itu terpaksa dibatalkan dengan kehadiran Cikgu Ifa.

Lepas berjaya pegang gelaran juara dalam acara lari seratus meter itu, Thalia meluru mendapatkan Aryana. "Put, sorry aku tak sengaja. Kau sakit dekat mana-mana tak?" Dia tunduk pegang bahu Aryana.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now