HNC [Bab 23]

560 25 20
                                    

#Thanks a lot for waiting. Sebelum tu nak tanya ni, siapa first time baca cerita ni and siapa yang dah pernah baca kat blog dulu? Bukan apa, saja la nak tahu. 🥰🥰

***

"BANGUN kelas!" Hasnan selaku ketua kelas memberi arahan.

Semua pelajar 5KA(A) berdiri.

"Terima kasih, cikgu!"

"Terima kasih, cikgu!!!" Suara tiga puluh enam orang pelajar bergema serentak.

"Sama-sama. Jangan lupa siapkan homework yang saya bagi, okey?" Pesan guru wanita itu sebelum melangkah keluar dari kelas.

"Baik, cikgu!" Semua pelajar berpusu-pusu keluar untuk ke kantin. Masing-masing dah macam singa kelaparan. Yang tinggal hanya Boyot, Fizi, Aryana dan Bella.

"Taknak makan ke?" Boyot menoleh ke belakang, mencari wajah kesayangan.

"Tak. Tak lapar." Balas Bella.

"Tak lapar?" Fizi ikut menoleh. "Pelik. Seingat aku, tak pernah korang tak serbu kantin time rehat."

"Well... Hari ni kitorang tak lapar." Ujar Aryana sambil memasukkan buku teks Matematik Tambahan ke dalam beg.

"Pelik." Komen Fizi lagi.

"Kau jangan nak pelik sangat. Kenapa? Kau ada masalah ke kalau kitorang tak lapar hari ni?" Tanya Aryana sambil cuba melibas belakang Fizi dengan bekas pensil.

"Yehhh! Tak kena." Fizi yang sempat mengelak, bersorak suka bila objektif Aryana tak tercapai.

"Hey, guys. What's up?" Tegur Irwana yang muncul di depan pintu kelas. Tak lama lepas tu, wajah Arissa, Murni dan Batrisya terjengul dari belakang.

"Korang buat mesyuarat tingkap gang masalah ke apa ni?" Seloroh Fizi.

"Banyaklah kau punya mesyuarat tingkap. Ada babak menarik kejap lagi." Murni senyum lebar.

"Babak menarik?" Boyot tayang muka bingung bercampur teruja. "Apa benda?"

"Tunggu je lah." Balas Arissa sambil melirik nakal ke arah Aryana yang sudah tertunduk.

"Apa, weh? Kita cerita dekat luarlah. Tak boleh stay dalam kelas time rehat, okey. Kejap lagi head prefect datang, baru tahu."

"Baguslah. Memang kitorang tengah tunggu head prefect pun, Boyot." Sampuk Murni yang setia menyengih dari tadi.

"Ehem."

Dehaman yang tiba-tiba datang dari pintu kelas, menarik semua perhatian yang berada di situ.

"Wei, wei, wei...The hero is coming." Bella terus kuis lengan Aryana.

Empat gadis lagi dah tayang gigi.

"Kenapa tak keluar?" Soal Carl yang kemas berkemeja pengawas warna ungu muda. "Boyot, kau duty dengan aku kan hari ni?" Tambah dia lagi sambil bersandar pada pintu dengan kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar.

"Yup. Aku memang nak pergi cari kau pun tapi diorang ni hah... tiba-tiba datang cakap ada babak menarik kejap lagi." Cerita Boyot, berjalan mendapatkan Carl.

"Babak menarik?" Kening Carl terangkat. "Bukankah peraturan sekolah waktu rehat semua pelajar wajib kosongkan kelas?"

"Memang kitorang nak keluar. Tapi sebelum tu Put ada benda apa entah nak pulangkan dekat kau, Carl." Batrisya ukir senyum penuh makna. "Put."

Hot N ColdKde žijí příběhy. Začni objevovat