HNC [Bab 21]

440 21 0
                                    

BALDI berwarna pink yang berlabel ' Thalia punya' di bahagian tangkai dicapai. Beg kertas yang mereka dapat dari Epon tadi dibuka.

"Bat, line clear?" Aryana angkat kepala pada Batrisya yang berdiri di depan pintu bilik basuh pada pukul tiga pagi.

Kawannya itu dengan rela menawarkan diri untuk menjadi jaga dekat depan pintu."Clear." Sambil mengangkat ibu jari.

"Betul ni taknak kejut Wana dengan Rissa?" Teringat akan pesanan dari Arissa yang meminta dikejutkan untuk menyertai aktiviti mereka secara bersungguh sebelum tidur tadi, Murni mencelah.

Aryana menggeleng dua kali. "Tak payahlah. Ramai-ramai karang meriah pulak." Katanya, tak jemu-jemu mengintai isi di dalam baldi yang berada ditangan.

"Bell mana?"

"I'm here." Sahut Bella yang baru melangkah masuk. Ada botol clorox di tangan kirinya.

"Clorox...? Pergh!" Soal Aryana sambil membuka botol minyak petrol.

"Clorox-Petrol. Perfect combination, tak ke?"Bella menjungkit kening sambil menyengih jin.

"Indeed! Good job, buddy." Sengih ditarik sampai belakang telinga.

"Kau betul sure yang ni memang baldi si Taliban tu?" Murni menjenguk ke dalam baldi pink itu.

Aryana mengangguk, mengiyakan. "Nampak tak nama dia dekat tangkai baldi ni?"

Lepas dia pasti yang itu baldi Thalia, Murni tersengih jahat. "Rezeki weh... Banyak helai baju ni. Semua branded kot. Levi's, ADIDAS, Converse.... Weh, underwears dia pun ada. Pink colour pulak tuh. Euwww... Si Taliban tu pinky maniac ke apa?"

"Tak sia-sia usaha kita." Batrisya mencelah dengan penuh keterujaan. Jemu jadi jaga depan pintu, dia menapak menghampiri tiga rakannya itu.

"Uni, masukkan air sikit dekat dalam baldi ni." Aryana sudah bersiap sedia dengan botol petrol.

"Okey!" Murni tarik paip getah. Pili dipusing. Tak sampai dua puluh saat, separuh dari baldi itu diisi dengan air.

Aryana senyum puas. "Now it's your turn to suffer, Taliban." Tanpa sekuman pun perasaan belas kasihan, semua isi minyak petrol dituang ke dalam baldi. "Bak clorox." Tangan dihulur pada Bella.

"Here."

"Thanks..." Maka clorox pun dengan selamatnya dituang ke dalam baldi. Bergaul sempurna dengan minyak petrol tadi.

"Jangan habiskan. Aku nak guna esok."

"Yelah. Okay, done." Botol clorox ditutup dan dipulangkan balik dekat tuan empunya.

"Perfect! Aku tak sabar nak tunggu respons si Taliban." Bella buat hi-fi dengan Aryana.

"Me too." Sampuk Murni yang turut tersengih.

"Aku laaaagi tak sabar. Hahaha..." Aryana ketawa jahat. "Dah jom blah. Kita kena hapuskan bukti."

Empat sahabat itu melangkah keluar dari bilik basuhan dengan senyuman lebar dan puas hati. Padan muka kau Thalia Taliban!


***

"PSSST!!!" Batrisya yang sedang menyusun kasut pada rak kasut sebelah pintu menggamit Murni yang ketika itu sedang menyapu sampah di depannya.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now