HNC [Bab 33]

659 31 21
                                    

* 50% chapter baru

*Thanks kepada yang menunggu. Much appreciated. Muahhh!^^

***

"APA benda kau ni, Pit?" Suara tak lembut, tak keras Irwana itu dituju buat Apit yang sedang berdiri di tengah-tengah astaka.

Baru saja gaya Apit nak membalas, Murni pula mencelah. "Kacau aje orang tengah tidur." Omel dia dengan nada yang agak sama dengan nada Irwana. Riak wajah mencuka, tak puas hati.

"Entah dia ni. Orang tengah sedap-sedap berguling atas katil, boleh pergi kelui untuk meeting tergempar pulak. Potong joy betul-lah..." Celah Batrisya juga dengan nada tak berapa nak mesra.

"Aku baru je merdeka dari perang debate dua hari lepas. Dah sebulan lebih weekend aku tak heaven tahu tak? Bagilah chance sikit." Aryana tak terkecuali. Mahu turut sama meluahkan apa yang dia rasa. Mata terasa amat berat sekarang. Dia gagahkan juga untuk dicelik.

Selama sebulan lebih, tidurnya pada hujung minggu tak pernah sempat dilaksanakan dengan sempurna. Gara-gara pertandingan debate, dia perlu korbankan masa rehatnya untuk berlatih.

Namun segala usaha dan pengorbanan dia bersama tiga lagi rakan seperjuangan berbaloi apabila mereka sekali lagi dinobatkan sebagai juara. Dua tahun berturut-turut menyandang gelaran juara amat membuatkannya berpuas hati. Sekarang, tibalah masanya dia memberi fokus sepenuhnya terhadap peperiksaan besar iaitu SPM.

Oleh sebab itulah sejak semalam, dia mula menebus semula masanya untuk mengulangkaji. Dan semalam, seusai semua lampu dorm ditutup, aktiviti mengulangkaji dia pun bermula. Dari pukul sebelas setengah malam sehingga pukul tiga pagi. Dia cuma sempat lelapkan mata lebih kurang tiga jam macam tu sebelum dikejut oleh Arissa untuk menyertai solat Subuh secara berjemaah di surau.

Usai solat dan sarapan dia sambung tidur semula. Cadang tu, dia mahu lelapkan mata dalam dua jam lagi. Lagipun hari ini hari Sabtu. Hari bahagia bagi semua penghuni asrama. Hari di mana, mereka tak perlu pergi sekolah dan bebas melakukan pelbagai aktiviti termasuklah outing.

Namun tidak ada diantara mereka berenam yang bercadang untuk keluar hari ini. Masing-masing mahu bersantai di dalam dorm saja. Dan pelan Aryana pula, mahu menebus semula waktu tidurnya. Akan tetapi,pelan dia terbantut saat kemunculan Nasuha, junior mereka datang ke dorm membawa pesanan dari ketua biro asrama. Tak sampai lima minit, tidur dia diganggu.

Kalau ikutkan hati dan juga kantuk yang teramat, tak mahunya dia penuhi permintaan Apit. Tapi bila difikir balik, ketua biro asrama itu antara kawan yang rapat dengan dia di sekolah ini. Apit juga sentiasa ada untuk menjadi penutup jenayah yang dia buat, jadi dia paksakan juga tubuh meninggalkan katil untuk beberapa ketika. Dan sekarang, berdirilah dia di salah satu sudut astaka sambil menahan mata dari tertutup.

"Nak baca novel pun tak senang. Tengah babak hero sweet like candy ni jugaklah kau nak kacau daun." Bebel Bella, melontarkan jelingan tajam ke arah Apit.

Tak tunggu lama, Boyot yang berdiri di sebelah Bella terus mencelah laju. Sedikit-sebanyak hatinya tercalar juga dengan perasaan tergugat. Tergugat dan juga cemburu. Memanglah kedengaran macam mengada-ngada. Tapi tu la... Dah nama pun manusia biasa. Logiklah kalau dia ada rasa macam tu.

Dengan perlahan novel yang berada ditangan Bella diambil. "Jangan nak adore hero orang lain yang kononnya sweet like candy sangatlah. Ni haa... hero awak ada je kat sini. Tolong jaga hati your sweetheart boleh?" Kata dia seraya melarikan novel yang punya muka surat melebihi lima ratus keping itu ke belakang tubuh.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now