HNC [Bab 26]

700 35 21
                                    

# Assalamualaikum dan hai... Selamat berpuasa gaiss. Dan selamat menyambung PKP juga. Dah berminggu work from home akhirnya next Rabu gue dah kena kerja. Yayy!! Dah lama tak on wattpad sebenarnya. Tapi semalam bila login terkejutlah der... ada banyak komen dan banyak vote jugak. Oh, ya! Ada yang sudi letak dalam reading list mereka jugak. Oh maii... Biasa sendu ja. Sebab tu jarang-jarang nak jenguk sini. Huhuu... Sumpah Zarith jadi terharu. Rupanya ramai juga yang dok tunggu cerita ni *lebih dari satu tu ramai la kan? eheee*🥰🥰. Ada juga yang sudi baca. Terima kasih. Sesungguhnya komen dan vote anda mengobarkan semangat untuk terus publish cerita ini. Terima kasih awak-awak dan nah... update ini untuk anda. Stay safe everyone 😘😘


***

"HMMPH..." Bibir mungil itu mengeluarkan keluhan berat. Papan lukisan depan mata dipandang sepi. Tujuh task LK (Lukisan Kejuruteraan) belum pun disiapkan. Minggu depan Cikgu Ifa nak tengok. Aduuh.. Dia mengeluh lagi sambil memicit dahi.

Suasana di dalam bilik prep sunyi, tak berpenghuni. Para aspuri yang lain masing-masing melepak di dalam bilik, dataran asrama, bilik menonton ,tepi koridor dan macam-macam tempat yang boleh menjadi port lepak.

Esok mereka diberi cuti peristiwa, Hari Kejohanan Olahraga sekolah. Jadi malam ni memang merupakan antara malam bebas prep. Dia je yang rajin melangkah ke dalam ke sini.

Yang sebenarnya bukan disebabkan timbunan kerja sekolah yang banyak tu yang menarik kakinya ke sini. Keadaan fikiran dan hati ketika ini teramat resah dan gundah adalah penyebab utama.

Oh, ya! Melarikan diri dari para sahabat juga turut memainkan peranan. Dihujani dengan soalan dan usikan dari mereka tentang hubungan baru yang terjalin diantara dia dan Carl hari ini juga buatkan dia jadi tak selesa. Maka, bertelekulah dia keseorangan di sini.

Peristiwa dia melamar Carl petang tadi berpusing-pusing di kepala. Bibir bawah digigit. Sesekali mata dipejam rapat-rapat. "Apesal lah aku boleh buat benda tak masuk akal tu? Proposed anak teruna orang macam perigi cari timba. Dah tu pulak benda tu disaksikan oleh sebelas kepala. Serius ah, Put? Walaweyhhh... Malu gilaaaaa". Kepala menunduk rapat pada meja. Sandarkan dahi di permukaan kayu, dia menyambung keluh. Kedua-dua tangan menggenggam rambut yang sudah serabut gara-gara ditarik sejak tadi. "Nasib baik dia tak reject aku depan si Taliban tu. Kalau tak... Tak tau lah nak letak muka kat mana. Korek tanah tanam diri sendiri la jawabnya. Huwaaa..."

Sandarkan belakang tubuh pada kerusi, dia mendongak pula kepala ke atas. Siling yang dicat warna putih menjadi mangsa renungannya. Tangan disilang di dada. Dia cuba untuk menghalang, namun bayangan wajah Carl tak putus-putus bermain di ruang mata.

Muka Carl masa bagi minyak angin petang tadi, terbayang. Respons tenang Carl waktu lamaran dia diterima juga tergambar. Tak cukup dengan itu, datang lagi pelbagai jenis reaksi Carl selama ini di ruang mata. Carl! Carl! Carl! Carl je yang terbayang sekarang ni. Otak, hati, perasaan,fokus semua pada lelaki yang bernama Carl Ezairy. "Urgh!" Aryana merengus keras. Wajah sugulnya diraup buat kesekian kali. "Hey Mamat bajel cool! Boleh tak kau pergi jauh-jauh?! Penatlah macam ni!" Kemarahan itu lebih dilemparkan kepada diri sendiri sebenarnya.

"Put...?" Sapaan itu datang bersama cuitan pada bahu. Tersentak sekejap, dia berpaling ke kiri.

Murni memandangnya dengan dahi berlapis. "Are you okay?"

"Yes, I'm okay.... " Cepat-cepat dia Tegakkan tubuh. Senyuman nipis diukir pada bibir. "Korang buat apa kat sini? Tadi cakap nak tengok tv?" Perasan Murni tidak muncul seorang, dia bertanya.

"I do hate romance movie so..." ujar Batrisya seraya membuat lompatan kecil, menghenyakkan punggung di meja Aryana.

"So do I. Old movie. Tak larat nak repeat tengok lagi dah." Rasa panas yang tak terbendung, dia menanggalkan tudung lalu di sangkut pada kerusinya.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now