HNC [Bab 31]

1.2K 57 30
                                    

*Assalamualaikum. Maaf lambat update. Sesungguhnya saya sangat busy 😅

*Ini 100% chapter baru. 100% babak yang ditambah yang tak pernah ada dalam H&C sepuluh tahun lepas. 😊

*Maaflah kalau panjang sangat. Tak dapat nak tapis idea untuk chapter kali ni. Lagi nak berhenti lagi tulah ada idea baru. Kalau tak best, mintak sorry naa..😆

*Thanks sebab tak jemu menunggu ☺️☺️

***

"BILA? Bulan depanlah kan?" Suara dari seberang talian bertanya lagi. Kenyataan dari anak perempuan tunggalnya itu diulang untuk mendapat kepastian.

"Ya, ma. Cuti pertengahan tahun bulan depan. 24 Mei sampai 8 Jun." Jari jemari tak boleh duduk diam. Wayar gagang public-phone itu dipintal-pintal.

Faham akan betapa panjangnya barisan manusia-manusia yang beratur untuk menggunakan telefon awam di asrama adalah penyebab kenapa Aryana masih berada di sini sekarang.

Sudah dua hari tidak mendengar suara mama kesayangan, rindu jadi tak tertahan. Tamat saja waktu sekolah, dia bergegas mendapatkan telefon awam yang terletak di kawasan sekolah. Dan dia bernasib baik. Tiada seorang pun pelajar yang menggunakan telefon awam itu. Dia tak perlu menunggu giliran atau bercakap laju-laju dengan mama. Jadi bolehlah dua beranak itu berchenta.

"Kalau macam tu, 23 Mei nanti mama dengan abah gerak pergi Perlis la. Atau nak pergi awal lagi?" Ada nada teruja dapat dikesan pada suara Puan Raihana.

Senyum dan menggeleng dua kali. Seronok betul mama nak datang Perlis. "Petang 23 Mei tu barulah mama dengan abah gerak datang sini. Jumaat tu Afif pun sekolah lagi kan..."

"Oh, haah... Yelah, Afif sekolah lagi hari tu. Mama pun sama." Puan Raihana menguis dahi. Baru teringat akan perihal kerja sendiri dan juga anak lelaki bongsunya, Afif Idzwan yang berumur sembilan tahun. "So, 23 haribulan petang gerak sampai sana maybe dalam pukul sembilan macam tu. Lepas jemput kakak, kita terus check in hotel kat Kangar. Esok tu pergi Bukit Kayu Hitam dengan Wang Kelian. Kalau sempat kita pergi Padang Besar jugak. And then lusa pula terus naik bot pergi Langkawi. Ya Allah, tak sabarnya mama nak pergi makan angin..."

Bukan depan mata pun, dia dah tahu reaksi gembira mama macam mana. Mesti siap dengan pejam mata dan hujung bibir pula dua-dua naik ke atas. Sungging senyum yang sangat lebar.

Sebenarnya boleh aje dia balik KL dengan bas. Tapi bila dah mama mula pasang plan, dia ikutkan saja. Lagipun sejak dia belajar di Perlis, jarang sangat mereka dapat berkumpul dan melakukan aktiviti berkeluarga.

Dah banyak kali sebenarnya Puan Raihana tanam niat untuk bercuti di negeri Indera Kayangan itu. Namun disebabkan masa tak berapa nak 'menyayangi' dia, terpaksa niat itu dipendam dulu.

Kerja sebagai penolong kanan pentadbiran sekolah menengah memang agak padat. Tapi tak sepadat kerja suaminya yang bertugas sebagai dekan di universiti kerajaan. Agak susah untuk mereka meluangkan masa bersama di hujung minggu.

Biasanya, hari Puan Raihana bercuti, Encik Awis pula yang sibuk. Jadi kalau dia memang teringin nak makan angin, dia perlu buat 'appointment' awal-awal dengan encik suami. Perlu buat perancangan dengan teliti dan 'lock' siap-siap Encik Awis untuk aktiviti kekeluargaan.

Contoh macam kes nak pergi Perlis untuk menjemput anak perempuan tunggal dari sekolah sempena cuti pertengahan ni la. Kisahnya bulan depan. Tapi bulan lepas lagi Puan Raihana dah 'booked' masa Encik Uwais. Sambil menyelam minum air. Alang-alang ada urusan mahu ke Perlis tu, apa salahnya mereka sekeluarga ambil kesempatan untuk makan angin.

Hot N ColdOnde histórias criam vida. Descubra agora