HNC [Bab 19]

502 27 4
                                    

(/) Vote 💓
(/) Komen💋
(/) Terima kasih 😍

***

"TAK guna! Perempuan tu memang cari nahas!" Omelan tak puas hati datang bersama bunyi rengusan yang kuat. Nasi di dalam pinggan diramas-ramas.

Diamanahkan menyimpan kunci makmal Kimia satu hal. Dah tu kena pergi buka sebelum pukul tujuh pagi dan tutup makmal sebelum pukul lima setengah petang setiap hari sampai sesi persekolahan tahun ini tamat. Dah satu hal. Tak cukup dengan itu, dia ditugaskan untuk memastikan keadaan makmal berada di dalam keadaan bersih semasa atau bukan dalam masa digunakan. Dan kalau ada kerusi, meja atau peralatan yang berada di situ tidak disusun dengan kemas dan teratur, dah jadi satu hal pulak hukuman dia bertambah.

Sebab itulah dia Aryana berasa sangat tak puas hati. Denda yang dikenakan oleh Cikgu Norasyidah baginya adalah sangat tak munasabah. Dia lagi rela didenda mencuci dewan makan selepas waktu makan selama sebulan dari pegang kunci makmal. At least, dewan makan dekat dengan asrama manakala makmal Kimia terletak didalam sekolah. Penat dia nak berlari kejar waktu.

Bayangkanlah pagi-pagi orang tenang sarapan pagi dekat dewan makan, dia kena makan dengan laju-laju sebelum pergi sekolah awal dari yang lain. Lepastu, petang habis prep tak sempat nak beriadah dah kena pecut pergi sekolah kunci pintu makmal. Penat tahu tak!?

Haih!

Walaupun denda untuk Thalia dimana menurut penolong ketua warden itu lagi berat dari dia, dia masih tak puas hati. Bersih kawasan tong sampah besar dekat pintu belakang sekolah selama tiga bulan. Tiga bulan sahaja, okey. Tiga bulan! Dia jadi double geram bila gara-gara Thalia yang buat hal, dia sekali kena tanggung. Ingat seronok ke kena pegang amanah?

"Weh, kalau geram tahap gaban sekalipun dekat Taliban tu tak payah ah buat nasi sampai macam tu. Berdosa!" Murni disebelah sejak tadi jadi pemerhati kepada tindakan tak bermoralnya terhadap rezeki terus mencelah.

Keadaan dewan makan masa ini sudah lengang. Enam sahabat itu mengambil keputusan makan lewat sedikit hari ni. Sebabnya sudah tentulah taknak terserempak dengan Thalia. Padahal budak perempuan itu penghuni dorm sebelah dorm mereka saja. Lalu pergi tandas wajiblah jumpa. Walaupun hari-hari mereka cuba mengelak dari bertemu minah acah diva itu, mereka tetap akan gagal. Paling tidak sekali dalam sehari wajib salah seorang dari mereka akan bertembung juga. Kalau tak di asrama, disekolah memang tak boleh nak mengelak. Ada je perempuan tu di mana-mana. Tsk!

"Sorry, nasi. Aku tak terniat nak salahkan kau." Aryana merengek. Perasaan berdosa mula bertandang. Rasa macam bodoh pulak buat makanan macam tu. Betul cakap Murni. Dia tak patut buat makanan macam tu.

"Macam-macam..." Arissa menggeleng kepala melihat gaya si sahabat.

"Memang sengaja menempah bala ke apa dia tu? Tiba-tiba je datang tak diundang isi borang jadi musuh kita." Mulut Batrisya penuh dengan isi ayam. Oh ya, menu makan tengah hari hari ni agak sedap. Ayam masak merah dengan dalca. Sayur pula kubis goreng kunyit.

"Sebab dia memang kempunan nak merasa penumbuk dan sepakan mesra aku agaknya." Geram Aryana masih tak surut. Lagi disebut nama si musuh, lagi berdendam jadinya.

"Aku pun rasa macam tu jugak." Irwana terangguk-angguk, bersetuju. Teringin juga dia nak tengok Thalia kena belasah dengan sahabatnya itu.

"Put."

"Hmm." Walaupun mulut dengan nasi, dia menyahut juga panggillan dari Bella.

"Takkan kau nak let her go just like that?"

Kunyahan terhenti sekejap. "Siapa kata? Nama aku bukan Putri Aryana Danila Binti Awis Qarni lah kalau aku biar dia macam tu je."

"Apa plan kau?" Batrisya nampak teruja.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now