HNC [Bab 37]

925 40 32
                                    

#Maaf lambat update. Jemput baca...

*80% chapter baru

*90% babak #CarlAryana 🥰🥰

***

PENAT berdiri, dia bergerak ke arah pokok jambu batu. Punggung dilabuhkan ke atas rumput dengan mata tak lekang dari merenung ke arah sawah padi yang terbentang luas di hadapan. Belakang tubuh disandar pada pokok jambu batu yang agak rendang itu. Dia jadi leka memerhati gelagat kanak-kanak kampung yang tengah bermain aci kejar di dalam petak sawah. Sesekali bibir mengupas senyum bila ada segelintir kanak-kanak itu tersungkur ke dalam lumpur. Kalau diikutkan hati, nak aje dia ikut terjun sekali ke dalam sawah tapi nanti apa pula kata orang kampung. Sudahlah dia orang luar. Takkan masuk kampung orang nak buat perangai? Jadi dia matikan saja niat itu. Aktiviti menikmati suasana kampung yang sangat mendamaikan hati disambung semula.

Nampaknya keputusan dia untuk datang melepak di kawasan ini sementara menunggu dia dihantar pulang ke asrama oleh ayah Hani adalah sangat berbaloi. Deruan angin yang sesekali kencang, dibiar melanggar tubuh. Nyamannya... tenangnya... Belum cukup puas, Aryana pejamkan mata pula demi lebih menghayati kenikmatan deruan angin yang tak henti-henti. Bukan senang dia nak dapat peluang macam ni. "Subhanallah... nikmat dunia apa lagi yang aku nak dustakan..." Dan ayat-ayat separa putis pun mula kedengaran.

Bukk!

Pendaratan sebiji buah jambu batu yang sudah masak elok di atas tanah, sebelah lutut kanannya diperhati.

"You should try it." Satu suara menyapa pula tiga saat kemudian.

Tersentak sekejap dia sebelum dengan lajunya kepala mendongak ke atas. "Erk?" Makin menjadi rasa tersentak dia saat matanya menangkap kehadiran Carl sedang bertenggek pada dahan pokok jambu. Bila masa pulak dia ada kat atas tu?

"Jambu tu..." Sebiji jambu batu yang dilempar tadi dituding. "Sedap."

Pandangan Aryana turut jatuh pada jambu batu yang dimaksudkan itu. "Kau bagi aku ke ni?"

"Maybe."

Maybe? Boleh pulak macam tu? "Aku taknak makan kalau kau cakap 'maybe' aje. Nampak sangat tak ikhlas." Jambu batu yang berada dekat dengannnya itu cuma dikerling. Nampak sedap dan mengiurkan. Juicy pun ya. Lahaiii... sedapnyaaaa... "Lepastu bila tak ikhlas benda tu akan jadi tak halal. Lepastu bila tak halal tapi aku makan jugak masuk perut lepastu perut aku akan jadi kembung. Lepastu-"

Tak sanggup nak tadah telinga mendengar bebelan merapu dari gadis itu, Carl terus mencantas. "Okay, fine. Buah tu memang untuk kau dan aku ikhlas. Puas hati?"

"Orang kata kalau ikhlas tak perlu cakap. Simpan aje dalam hati." Aryana buat muka. "Aku ada baca... keikhlasan tu sesuatu yang abstrak. Tak boleh disentuh. Tak boleh dipandang dengan mata kasar. Kita tak payah nak bagitau orang sama ada kita ni ikhlas ke tak sebab kalau bagitahu benda tu akan jadi tak ikhlas. Lagipun, kalau kita betul-betul ikhlas, orang yang kita hulurkan sesuatu tu dapat merasai keikhlasan kita... Dan buah tu memang kau bagi aku tapi kau campak macam tu aje. Lagilah susah aku nak describe kau punya jenis 'ikhlas' tu macam mana."

Carl yang mendengar bebelan panjang itu, terus diam dengan gaya tercengang. Apa benda entah yang budak perempuan itu omelkan. "Okey, tolak tepi konsep ikhlas tu. Aku cuma nak cakap aku berlapang hati bagi buah jambu tu pada kau. Sebab buah ni manis dan sedap jadi aku ada rasa nak kongsi rezeki dengan kau. That's it. Atau kau tetap nak cakap yang berlapang hati pun sesuatu yang abstrak? Tak boleh cakap? Kena simpan dalam hati...?"

Hot N ColdWhere stories live. Discover now