HNC [Bab 25]

737 34 33
                                    

Tergamam sekejap dengan sapaan dan huluran yang tiba-tiba itu. Mata terpaku pada botol minyak angin yang betul-betul dekat dengan hidung dia. Terus Aryana menoleh mencari muka si penghulur. "K-kau buat apa kat sini?"

"Ambil tu, sapu dekat kaki." Kata manusia yang datang memunculkan diri depan dia tanpa sebarang mukaddimah itu. Tangan menggosok belakang leher sambil mata melilau arah lain. Wajah Aryana langsung tak dipandang.

Tak berkelip wajah tenang Cal dipandang. "Tak payah susah-susah. Dah ada orang pergi tolong carikan untuk aku pun." Tolak dia tanpa was-was. Dia bukan nak berlagak ke apa. Tapi dia rasa gaya Carl tu macam sangat tak ikhlas.

Carl jeda sekejap. Dengan gerakan perlahan, dia merendahkan tubuh untuk melipat sila diruang kosong disebelah Aryana. "Tengok kaki?"

"Uh?"Tersentak barang dua saat. "N-nak buat apa tengok?" Dia jadi tak selesa tiba-tiba.

Mata dia jatuh pada kaki yang ditutup separuh dengan stokin. "Teruk tak bengkak?".

Cepat-cepat dia tutup kaki yang sakit dengan kedua-dua tapak tangan. "Kalau teruk pun apa kena mengena dengan kau?"

Minyak angin yang masih digenggam diletak dekat sebelah kaki Aryana. "Kalau taknak lagi bengkak, better sapu minyak angin sekarang." Lembut dan tenang suara Carl.

Dan itu buatkan Aryana bergerak sikit ke kanan. Menambahkan jarak kedudukan dia dan lelaki itu. Nada suara Carl berjaya buatkan dia tak tentu arah. 'Dah kenapa tiba-tiba baik sangat pulak? Lagi satu, apa yang tak kena dengan jantung aku? Berdebar semacam aje. Haih!' Aryana cuba kawal rasa dengan tarik nafas dalam-dalam. "Aku tahulah. Kaki aku. Pandai-pandai akulah."

Lepas dia bagi respons macam tu, Carl terus senyap. Keadaan jadi sepi tiba-tiba.

Tapi sepi itu tak lama bila ada suara yang mencelah tanpa diundang. "Carl!"

Spontan Carl dan Aryana menoleh pada Thalia yang kini berdiri di depan mereka.

"Awak buat apa dekat sini? Dari tadi saya cari awak." Thalia buat suara paling lembut dan manja dalam dunia. Siapa-siapa yang dengar pun mesti ada rasa nak muntah hijau. Tak terkecuali juga, Aryana.

Sekelumit pun perhatian tak diberi pada Thalia. Carl berdiri tiba-tiba. "Sapu minyak angin cepat-cepat kalau taknak kaki bertambah bengkak." Pesan dia pada Aryana sebelum melangkah meninggalkan kanopi.

Sekali lagi Aryana terpaku dengan perhatian yang diterima. Hujung kening dikuis sambil otak ligat memikirkan perbuatan Carl yang tak dijangka itu.

Pelik!

"Sebenarnya lelaki tadi tu, yang bagi aku minyak angin, suruh aku sapu dekat kaki, cakap lembut-lembut dengan aku tadi tu... Carl Ezairy ke? Musuh tradisional aku? Mamat bajet cool yang selalu buat aku rasa nak tikam dia dua tiga kali tanpa rasa menyesal. Mamat tu ke? Seriously? Tapi dah kenapa dia baik semacam?"

"Weh, perempuan! Kau tak payah nak perasan lebih-lebih eh. Carl tu tak pandang perempuan macam kau. Stop dreaming. Kau bukan taste dia. Aku aje yang paling sesuai dengan head boy tu. Kau pergi balik dorm cari cermin besar-besar then cerminkan diri kau. Langsung tak setanding dengan Carl!" Thalia menyinga tiba-tiba. Sikap Carl terhadap Aryana tadi betul-betul menjentik hati busuk dia. Rasa dengki tak dapat dibendung lagi, dia merapati Aryana dan menjerit. "Sedar diri sikit!" Dahi Aryana ditunjal dua kali.

Dan tunjalan itu menyebabkan Aryana hampir terlentang ke belakang. "Tak guna!" Sekuat tenaga, tangan Thalia ditepis kasar.

"Aucch!" Dia mengaduh sakit apabila tali jam besi yang dipakai Aryana terkena pada lengan dia.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now