HNC [Bab 18]

456 25 2
                                    

(/) Vote 💓
(/) Komen💋
(/) Terima kasih 😍

***

"PUT, guna washing machine jom? Penat ah kalau nak cuci pakai tangan." Rungut Bella yang baru melangkah masuk ke dalam bilik basuhan ditemani dengan Aryana. Baldi warna merah yang bertimbun dengan baju kotor diperhati dengan muka lesu. Dalam banyak-banyak susuan baldi di situ, baldi dia yang paling sarat. Mahu taknya, baju pakai seminggu kot dikumpul. Nak cuci hari-hari, memang dia sangat tak rajin.

"Pakai tangan lagi bersih." Aryana berjalan ke arah rak yang tersusun dengan berpuluh-puluh baldi. "Baju pun tak rosak." Mata mencari-cari kelibat baldi kepunyaan dia.

"Kau takpe ah pakai tangan. Aku ni hah dah tak mampu dah. Gila banyak. Bertimbun wei."

"Tak ada siapa pun yang suruh kau simpa baju kotor sampai seminggu tahu?" Bebel dia lagi sambil mata masih memerhati ke seluruh rak. "Sekarang nak banyak bunyi pulak. Relaks ah, Bell. Hari cuti macam ni lah kita kena buat exercise tangan."

"Banyaklah kau punya exercise tangan. Tak sempat nak cuci kot. Time aku terhad sangat. Balik sekolah je terus terjah DM. Lepastu mandi, solat dah kena prep pulak. Habis prep kena pergi training sukan lagi. Balik training, sibuk siap nak pergi surau jemaah. Lepastu prep malam pulak dekat sekolah. Lepas prep terus tidur. Celah manaya aku ada masa nak cuci baju? " Terkumat-kamit bibir merah milik Bella membalas bebelan si sahabat. Baldi biru miliknya dicapai sebelum segala isi perut baldi itu dituang ke dalam singki basuhan.

"Kau ingat kau sorang je yang rasa semua tu? Orang lain pun sama je. Eellehh! Alasan tanak kalah. Macam dia je yang sibuk orang lain tak." Bidas Aryana, mencebik bibir. "Weh, mana baldi aku? Seingat aku, aku letak kat sebelah baldi kau semalam." Dia mencekak pinggang sambil merenung satu persatu baldi yang berwarna ungu didepannya.

"Ini apa?" Bella sentuh satu baldi ungu yang berada di hujung kakinya. "Cari pakai lutut ke apa? Depan mata pun tak nampak."

"Bukan yang itu. Aku rendam baju bukan kasut." Ujar Aryana. Baldi yang ditunjuk oleh Bella dikerling sekilas. Ada sepasang kasut yang sedang direndam di dalamnya.

"Betullah ni baldi kau. Tengok nama." Baldi ungu yang diangkat itu ditayang betul betul depan kawannya itu.

"H-Hah?" Ternganga besar bila namanya terpamer pada tangkai baldi. "Memang baldi aku!" Muka Bell dan baldi ditangannya dipandang silih berganti.

"Tapi sejak bila kau ada sport shoes warna pink ni?" Mata Bella mengecil pelik sambil merenung sepasang kasut sukan yang elok berendam di dalam baldi ungu yang diyakini seratus peratus milik Aryana.

Teringat akan sesuatu, matanya menjadi makin besar. Macam nak terkeluar biji mata dari kelopak. "Masha-Allah! Baju sekolah aku!" Kalut-kalut Aryana meragut baldi dari tangan Bella Segala isinya dituang ke lantai. "Allah... Allah... Allah..." Sehelai baju sekolah yang sudah bertukar warna dari putih melepak kepada putih kecoklatan dikibas-kibas. "Baju sekolah aku Bell..."

Tercengang jugak dia melihat baju yang dah bertukar warna milik Aryana itu. Hilang terus aura baju sekolah. Yang ada sekarang cuma aura kain buruk. "Manusia bengap mana yang letak benda alah ni dalam baldi kau?" Suara dia Bella naik satu oktaf. Tumpang bengang dengan kejadian yang menimpa sahabatnya.

"Tak guna!" Sekuat tenaga Aryana menyepak kasut sukan yang tersadai di lantai sehingga terpelanting ke bawah sinki. "Siapa punya kerja ni!?"

"Oit, pehalbising-bising ni?" Soal Irwana yang muncul tiba-tiba.

Hot N ColdHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin