HNC [Bab 28]

669 22 6
                                    

"WEH, tekak aku kempunan nak makan rangka ayam doe." Bella memecahkan sepi yang bertandang hampir lima belas minit ke bilik prep itu. "Guys, hello..." Apabila kata-katanya tak bersambut walaupun dengan tindak balas jenis 'uh', dia terus mengangkat kepala mencari wajah-wajah para sahabat. Perlukan ruang yang senyap bagi mengulangkaji untuk kuiz esok, jadi petang itu mereka berenam bersepakat untuk menjalankan aktiviti prep di dalam kelas kosong.

Aryana yang berada di meja sebelah kini sedang tekun membetulkan kedudukan pembaris jenis sesiku T di atas papan lukisan. Murni di hadapannya dilihat sedang merenung muka surat salah satu bab di dalam buku rujukan Fizik. Menangkap bunyi menekan butang-butang kalkulator, dia melipat leher ke sebelah kanan merenung Batrisya.

"Rissa, kau ada jadual berkala lebih kan? Bak satu. Aku punya dah koyak." Suara milik Irwana yang berada di meja belakang meja Aryana berkumandang. Tak perlu bertanya pun dia dah tahu subjek apa yang diulang kaji oleh budak perempuan yang selalu skor subjek yang berkaitan dengan 'sebatian' di dalam kelas itu.

Arissa yang sedang terkumat-kamit menghafal moral value bagi novel The Pearl, menghentikan perbuatannya sekejap. "Ada kat bilik prep." Balasnya sekali lalu sebelum menyambung semula proses penghafalan.

"Aku ada! Tengok kat dalam pencil case." Murni mencelah.

Terasa seperti dipalau, Bella jadi tak puas hati. "Hello... aku bercakap dengan dinding ke ni?"

"Tak. Kau bercakap dengan kitorang." Jawab Murni tanpa mengalihkan fokusnya dari buku rujukan.

"Dah tu asal takder yang response pun...?"

Refleks, semua kepala yang sedang menunduk terus mendongak mencari muka Bella.

"Apa point kau sebenarnya?" Pergerakan jari jemari pada kalkulator saintifik terhenti. Batrisya merenung temannya itu dengan kening terangkat sebelah.

Tak menjawab dulu, dia menggerakkan kedua-dua pinggir bibir naik ke atas.

"Okay, stop smiling like that. It's creepy la, Bell." Fokus Murni dari tajuk elektromagnet terganggu dengan keletah teman wanita Boyot itu.

"Yes! Whatever is playing in your mind now, please stop. Not now, sis.. not today." Faham sangat dengan apa yang berada di dalam kepala otak Bella masa ni, Arissa mencelah laju. "Aku ada training tenis petang ni."

"Tapi hari ni hari Rabu..."

"Bell..." Batrisya menekan suara. "Esok aku ada kuiz add math, doe."

"...ada pasar malam kat stadium..."

"Beb, please..." Hati mula berbelah bahagi. Antara kuiz Kimia esok dengan apa yang bakal disuarakan oleh Bella, Irwana dah mula goyah.

Pedulikan tindak balas yang berbagai dari kawan-kawannya, Bella terus bermain tarik tali. "Dah seminggu tak pekena teh bunga madu."

"Diamlah, Bell!" Bentakkan itu dari Murni. Dalam diam, dia sedang menelan liur membayangkan teh bunga yang terkenal di seluruh negeri itu. Memang sedap tak terkata.

"Murtabak sardin garing Pak Ya Sado pun sedapppp..."

"Auzubillah Minashaitan Nirajeem... fuh! fuh!" Dapat rasa tahap beku hati dah mula cair sedikit demi sedikit, Irwana menyeru kuat. Lebih kepada menyedapkan hati sendiri.

"Kebab daging Syed Muzaffar perghh!"

"Diamlahhhhhh!!!" Lima suara menggegarkan kelas kosong itu.

***

TIGA orang gadis berpakaian serba hitam kini berdiri di pintu pagar belakang asrama. Dari tudung, sampai baju dan turun ke seluar semua hitam. Kata nak fly kan? Haruslah pakaian rasmi kebangsaan fly asrama yang dikenakan.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now