HNC [Bab 14]

594 22 6
                                    


PEJAM celik pejam celik, dah hampir setahun mereka berada di sekolah teknik ni. Zaman junior dah tamat. Semua pelajar asrama sibuk mengemas barang untuk pulang ke kampung masing-masing. Aryana dan kawan-kawannya juga sibuk mengemas barang untuk dibawa pulang.

"Rissa, ayah kau datang bila?" Aryana menyoal. Tangan lincah memasukkan pakaiannya ke dalam bagasi. Mereka semua akan pulang ke rumah Arissa dulu sebelum balik ke negeri masing-masing. Nak habiskan masa bersama untuk dua hari ni. Lepastu masing-masing akan naik bas di Shahab Perdana balik ke kampung.

"Tadi aku call abah aku cakap nak mai lepas sembahyang Jumaat." Arissa menyusun penyangkut baju di dalam beg kertas.

"Okay. Tapi barang-barang ni macam mana nak angkut?" Tanya Murni.

"Pun hampa jangan risau. Abah aku dah sewa lori khas untuk angkut semua barang kita."

"Lori!??" Serentak mereka yang lain menyoal dengan mata hampir terkeluar.

"Yup." Kenyit mata.

Aryana, Bella, Murni, Irwana dan Batrisya ikut ketawa. "Dah macam nak pindah rumah pulak!"


***

BATRISYA peluk erat Aryana dan Arissa. Irwana, Bella dan Murni sudah pun selamat naik bas menuju ke destinasi masing-masing. Murni, Kelantan. Juwana Perak. Bella pula Melaka. Kini tiba giliran Batrisya pula. Lima belas minit lagi giliran Aryana pula akan bergerak meninggalkan negeri jelapang padi ini.

"Aku balik dulu. I'm gonna miss you guys." Tangga bas tak jadi dipanjat. Dia pusing balik, memeluk Arissa dan Aryana.

"Drama betul kau ni. Sebulan setengah je pun. Lepastu kita jumpa balik la." Kata Aryana. Belakang Batrisya digosok-gosok.

"Kita contact selalu tau. Manalah tau bila dah excited balik Pahang, jumpa dengan family, terus lupa kami ni." Arissa berseloroh. Pelukan dileraikan.

"Takkan lupa korang punya la." Batrisya senyum lebar. "Okay. Time to leave. Thanks Rissa tumpangkan aku sekali dengan barang aku kat rumah kau."

"No problem." Dia tepuk pipi Batrisya. "Go. Go. Pakcik bas tu penat tunggu kau."

Batrisya tergelak sebelum mengangguk. "I'm leaving. Bye." Kata dia sambil melangkah masuk ke dalam bas.

"Bye. Take care." Balas Arissa.

Sebaik saja bas Batrisya bergerak, bas Aryana pula masuk platform. "Bas kau dah sampai la, Put." Mata Arissa terpandang Bas AB Ekspress yang baru mengisi ruang parkingnya.

"Ala sedihnya Rissa nak berpisah dengan kau." Pipi Arissa dicubit.

"Ceh. Mengada-ngada." Arissa mencebik . Aryana ketawa dengan reaksi sahabatnya itu.

"Tiket hang double seat kan?"

"Haah. Sebab single punya dah habis."

"Hang hati-hati tau Put. Kalau sebelah hang tu lelaki, tidur tu cover la sikit. Jangan nyenyak sangat. Bahaya."

Nasihat Arissa itu membuatkan Aryana ketawa kuat kuat. Beberapa mata yang memandang tak dihiraukan.

"Gelak gelak jugak. Tapi kau kena ambil serius apa yang aku cakap ni." Lengan Aryana yang masih mengekek ketawa dikuis.

"Yelah. Aku tahu jaga diri. Berani orang ambik kesempatan. Aku sepak keluar bas."

Si sahabat mencebih. "Cakap besar."

Hot N ColdWhere stories live. Discover now