HNC [Bab 35]

656 39 24
                                    

*70% chapter baru

*Thanks kepada yang masih menunggu, membaca dan menyokong. Much appreciated. Muahhh!😘

***

"ALAAAAA..." Berita yang disampaikan oleh Aryana itu mengundang satu keluhan secara serentak.

"Sorry-lah guys... Aku betul tak dapat nak join. Hari tu lagi aku dah cakap aku kena pergi rumah Hani, kenduri kakak dia. Dah lupa ke?"

"Tak ada kau tak best ah. Tak cukup korum." Bella tayang muncung sedepa.

"Macamlah bumi boleh terbelah dua kalau tak ada aku. Padahal boleh je have fun sesama korang." Aryana mengguling biji mata. Satu persatu wajah sendu kawan-kawannya itu dipandang.

Yang jadi sendu bukannya apa sangat pun. Semuanya gara-gara Aryana telah mengesahkan ketidakhadirannya di dalam aktiviti mengisi cuti hujung minggu di rumah Arissa.

Minggu ini adalah minggu balik kampung. Dalam kalangan mereka, cuma Arissa saja yang berasal dari utara. Kampung halaman yang lain semua jauh. Jadi disebabkan mereka mahu balik kampung pun tak berbaloi, ibubapa Arissa menjemput lima sekawan itu ke rumah mereka yang terletak di Kangar.

Tidak hanya kaum hawa saja, kaum adam juga bakal menyertai aktiviti hujung minggu ini. Kalau mereka bakal menetap di rumah keluarga Arissa, geng lelaki pula akan menumpang rumah Apit.

Sudah diatur rancangan baik punya untuk mereka berjimba di pekan Alor Setar pada hari Sabtu nanti. Disebabkan tak ada pun dari kalangan mereka yang ada lesen kereta jadi idea Epon untuk ke Alor Setar dengan menaiki bas dari Kangar, dipersetujui sebulat suara.

"Memang ah... Tapi benda akan jadi super-duper fun kalau kau ada."

"Takyah dok buat teruk boleh?" Murni dijegil gaya acah garang. "Just enjoy without me-lah guys..."

Irwana juih bibir bawah. "Hmm... Halah! Halah!"

"Hah! Mai dah pun." Arissa kuis lengan Bella. "Lambat!" Muncung dihala pada Boyot, Pidut, Fizi dan Epon. Empat lelaki itu sedang melangkah ke arah mereka.

"Huh! Baru nampak gigi. Dah berpeluh ketiak aku menunggu." Omel Murni dengan muka tak puas hati.

Semalam kemain beriya budak-budak tu ajak mereka turun court tenis. Ikut perjanjian, aktiviti riadah mereka itu akan bermula pada pukul lima petang. Tapi pukul lima setengah baru nampak bayang. Tiga puluh minit itu sangat berharga kut!

"Hai, sweetie..."

"Sweetheart! Apesal lewat?" Sapaan lembut dari Boyot dibalas dengan cara yang tak berapa nak lembut. Tajam mata Bella merenung wajah buah hati.

Boyot koyak sengih. "Tadi ada meeting dengan ketua warden. Bukan sengaja lambat. Sumpah!" Bersungguh dia menerangkan kisah disebalik kelewatan dia pada Bella. "Alaaa... Sorry-lah sayang..."

Nada mendayu-dayu Boyot buatkan Bella berubah wajah. Serta merta! Dari tak beriak, wajah dia bertukar manis. "Okey, sebab awak panggil saya sayang... you are forgiven then."

Menjadi antara saksi yang menyaksikan drama sebabak pasangan itu, Pidut tepuk dahi. "Ada berita yang lagi penting dari kes Boyot panggil Bell sayang sebenarnya. Korang nak tahu tak?"

"Apa? Apa weh?" Celah Arissa dengan gaya rakus.

"Tak boleh bawak bincang dia punya tahap curious tu." Epon geleng kepala.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now