HNC [Bab 20]

458 16 3
                                    


"BELL. Apit kan tu?" Aryana tuding ke arah pokok di tepi dewan makan aspura. Berdirinya satu figura tak jauh dari mereka, menggamit perhatian dia.

Apit ketika itu sedang melambai-lambaikan tangan.

"Betul lah tu Apit." Bella mengagguk, mengiyakan.

Aktiviti ceramah yang berjalan hampir dua jam akhirnya menemukan penghujungnya. Para pelajar kini sudah mulai bersurai pulang ke asrama. Lain pula dengan Aryana dan Bella. Hala tuju mereka menyimpang ke arah yang bertentangan dengan jalan ke aspuri.

"Weh, korang nak pergi mana?" Melihat dua manusia itu dah menonong ke depan buatkan dahi Irwana berlapis. Hairan. Laju betul langkah kawan-kawannya.

"Kitorang nak jumpa Apit kejap."

"Asal nak jumpa dia?" Arissa mencelah dengan suara yang sama perlahan seperti Aryana.

Jari telunjuk kanan diangkat lalu dirapatkan pada bibir. "Kau nak plan kita gagal ke?" Soalan itu datang bersama lirikan mata dibawa ke sekeliling. Mana tahu kalau ada telinga yang dapat mendengar rahsia mereka.

"Ohhh...Faham." Murni disebelah Irwana meleretkan senyum.

"Ikut boleh?" Batrisya menjungkit kening sebelah.

"Alaa.. karang kalau ramai-ramai melepak kat situ kantoi pulak." Bella kerut kening.

"Ah! Takder-takder! Aku nak ikut jugak." Pedulikan kata-kata Bella, Murni melajukan langkah ke membontoti kawan-kawannya itu.

"Korang taknak ikut ke?" Sebelum menyertai Murni, Batrisya menoleh ke arah dua figura yang masih tak bergerak dari tempat mereka berdiri.

Irwana menggeleng dahulu sebelum membalas, "Takper ah. Aku ada business yang lagi penting. Korang proceed je la." Dia nampak sangat tak senang. Bagai terganggu dengan sesuatu.

"Kalau macam tu, jumpa kat bilik la jap lagi. Ciao!" Gamit Batrisya seraya melangkah menuju ke arah pondok kecil tak jauh dari mereka.

"Rissa, jom?"

Jenis riak dahi yang berkerut seribu juga kedua-dua kaki sudah dikepit-kepit Irwana itu buatkan Arissa ternganga luas. "Serius ah, Wana? Ni dah kali ke dua belas kot aku kena teman hang pi toilet."

"Aku minum air banyak sangat tadi. Kau jangan bebel boleh?"

Arissa buat muka poker. "Hang ni besiaq sungguh la. Qheja nak pi kencing ja. Haih!" Tudia, bahasa utara pekat dia dah keluar.

"Rissa, pleaseeeee. Sumpah aku dah tak tahan ni!" Kata Irwana dengan suara yang ditahan-tahan. Tak menunggu lama, tangan Arissa terus ditarik kuat, mengikut langkah dia.

"Masalah betul ah hang ni!" Arissa mengguling biji mata. Diatur juga langkahnya mengekor si sahabat menonong mencari tandas yang terdekat.

***

"MANA!? Mana!?" Sampai je kat depan Apit dan Fizi, Aryana terus menyergah.

"Woah!Woah! Takder salam, takder hai terus main sergah macam tu je?" Fizi menjegil mata seraya bercekak pinggang.

Dua kali gelengan dibuat dengan kerakusan yang ditunjukkan oleh Aryana itu. "Relaks ah. Kejap lagi Epon bawak ke sini." Apit tunduk menampar nyamuk di kaki.

"Yes! " Bella bertepuk tangan. "Means... korang memang dapat cari benda alah tu kan?"

Anggukan serentak dari Apit dan Fizi mengundang sorakan separa kuat dari Aryana. "Alhamdulillah..." Seru dia, meraup muka dengan kedua-dua telapak tangan.

Hot N ColdМесто, где живут истории. Откройте их для себя