HNC [Bab 6]

519 20 0
                                    

"ALAMAK! Dah lambat ni. Dua minit untuk aku sampai ke tempat hukuman. Matilah... Matilah.. Ya Allah, tolong lah hamba-Mu ini. Tolonglah izinkan aku sampai ke bengkel sebelum Cikgu Hamzah sampai. Tolonglah..." Doa Aryana sungguh-sungguh. Tak jemu mata melirik pada jarum jam di tangan. Kakin dihayun selaju mungkin. 'Wahai kakiku, tolonglah bergerak selaju-lajunya.'

Laju punya laju... Risau punya risau... Akhirnya dia sampai jugak ke destinasi. Tapi selaju mana dia, segigih manapun dia, malangnya... Cikgu Hamzah sudah menampakkan dirinya di situ. Guru separuh umur yang baru tiba itu sedang melangkah keluar dari kereta. Matanya tajam merenung wajah Aryana dari jauh. Tak lama lepas tu, dia berjalan menghampiri gadis itu.

"You are late, young lady." Ayat pertama yang keluar dari bibir lelaki itu.

Suara tegas bersama renungan menikam dari guru itu buatkan dia jadi kecut. "Se...Sebenarnya..." Suara tersekat di kerongkong. 'Apa aku nak jawab ni? Cikgu ni pun satu. Janganlah pandang saya macam nak telan je.' Paha kanan dicubit dalam diam. Menghukum diri sendiri. 'Aku ni pun satu. Kenapa tak alert dengan jam tadi?'

"I'm waiting..." Suara guru itu lagi bergema di corong telingan buat kali ke dua.

'Saya lambat sebab tak minum Milo hari ni, cikgu. Jadi, saya tak berapa nak jadi sihat dan kuat! Eesh! Takkanlah aku nak jawab macam tu kot? Kang tak pasal-pasal aku makan penampar tebal tu. Tengoklah tangan cikgu ni. Tebal tuh. Mahu bengkak pipi aku macam kuih pau kalau disapa dek tangan sasa itu. Gulp!'

"Ada yang tak kena dengan tangan saya ke?" Soal Cikgu Hamzah bila dia menyedari Aryana sedang merenung tangan kanannya tanpa berkelip.

Gigit lidah. 'Kantoi pulak! Apasal dengan kau ni, Put? Soalan pertama belum berjawab. Kau mintak soalan kedua pulak.' Aryana menggaru kepala yang langsung tak rasa gatal. "Err..."

"Aryana!"

Satu suara mencelah dari hujung bengkel. Sepantas kilat Aryana dan Cikgu Hamzah menoleh ke arah suara tuan punya suara itu.

'Kau?' Ternganga sekejap dengan kewujudan Carl secara tiba-tiba di situ. 'Mesti dia nak gelakkan aku. Benci gila!'

Renungan macam pisau belati yang dia terima dari budak perempuan itu, dibuat tak endah. Carl berjalan menghampiridua orang manusia yang berdiri di pintu masuk bengkel KA. "Asalamualaikum, cikgu." Sapanya dengan penuh hormat.

"Waalaikumussalam." Suara garau guru itu menjawab membalas sapaan pelajarnya itu.

Carl pandang Aryana. "Dah buang ke sampah tadi?"

"Sampah?" Aryana mengerut dahi bila mendengar soalan yang keluar dari bibir lelaki yang kini dah berjaya berada ditangga paling atas dalam senarai musuhnya. 'Sebenarnya, dia sorang je musuh aku. Tu sebab lah berada di tangga paling atas. Ufth!'

"Blur pulak? Tadikan kau kutip sampah dekat tepi bengkel. Dah pergi buang ke?"

'Apa yang kau merapu ni mamat? Bila masa aku pergi buang sampah pulak ni?' Kepala yang tak gatal digaru lagi. "Sampah apa?"

"Ehem." Cikgu Hamzah masih memerhati kedua-dua pelajar itu dengan sambil menyilang tangan di dada. 'Macam ada sesuatu yang tak kena.'

"Tadi kitorang kutip sampah kat tepi bengkel, cikgu. Lepastu, sampah tu Aryana cakap nak bawa pergi buang kat tong sampah. Tu sebablah saya tanya dia samada dah buang ke belum sampah tadi. Kalau belum buang lagi, saya nak minta tolong dia buang sampah ni sekali." Terang Carl panjang lebar. Sebungkus plastik hitam yang mengandungi sampah yang dia kutip sebentar tadi dihulur depan hidung budak perempuan yang tengah berdiri macam patung dekat sebelah.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now