HNC [Bab 12]

518 15 1
                                    

"I. Hate. This! I really hate this!" Rambut mop dihentak kuat atas lantai. Muka ketat dia tayang pada lima kepala disekeliling. "Apasal kejam sangat warden tu, hah? Denda benda lain tak boleh ke?"

Baldi ditolak jauh dari kaki. Macam Aryana, Batrisya jugak turut memprotes. "Pehal kita kena buat semua ni?"

"Kenapa kita kat sini sekarang?" Bergegar dewan makan itu dengan suara Batrisya yang memang tak dikawal langsung frekuensi.

Lapan helai kain buruk yang dilipat kemas disusun sebelah baldi. "Korang tak payah nak rasa sadis sangatlah. Denda memang dah dijatuhkan pun. Nak tak nak, kita kena redha buat jugak. Kalau nak tunggu dekat sini, sampai ke malam pun DM tak habis cuci." Suara Irwana tenang sekali. Macam hal bersih dewan makan tu langsung tak jadi hal pada dia.

"Macam mana kau boleh jadi tenang serupa ini, Wana?" Muka susah nak terima kenyataan Irwana-mampu-tenang-dalam-waktu-macam-ni, terpancar jelas di muka Bella.

"Satu tip je." Irwana tunjuk kepala. "Positive thinking."

Luas dia nganga dengan jawapan itu. "Kalau setakat denda cuci DM aspuri sa.ha.ja, memang aku logik nak positive thinking macam kau. Tapi kita kena cuci DM aspura. Do read my lips! A.S.P.U.R.A." Satu-satu abjad dieja jelas-jelas depan Irwana. Batrisya cuba menarik gadis itu ke alam realiti. Asyik nak fantasi aje. Mananya tak positif aje selalu.

"Kamu semua dah ready ke?"

Suara yang tiba-tiba menegur dari belakang, mampu buatkan empat kepala jadi kejung. Keras mereka di situ dengan degupan jantung yang tak sekata.

Puan Norasyidah kini sudah berdiri di depan empat pelajar itu. "Ready?"

"Dah, cikgu." Dalam mereka berempat, hanya Juwana yang memberi respons dengan suara. Yang lagi tiga orang hanya mengangguk tanpa rela.

"Good. Kalau macam tu kamu boleh jalankan denda kamu sekarang. Cuci DM aspura sampai bersih. Saya tak mahu tengok habuk sebesar kuman pun yang tinggal. Kalau tidak, saya beratkan hukuman kamu lagi. Faham!" Dengan tangan yang disilang ke belakang, wanita separuh umur itu bersuara.

"Mati aku! Habuk besar kuman pun tak boleh tinggal. Ingat aku ni tukang curi pro ke?" Aryana mengomel perlahan.

Bella menyiku lengan Aryana disebelah. "Kalau dia dengar, memang kau mati betul kejap lagi!" Mulut tu tak tau nak dok diam. Mesti nak menjawab jugak.

"Setakat nak bersihkan dua DM, takkan mati punyalah, Putri. Makcik Timah selama ni dok bersihkan tak mati-mati lagi pun. Still sihat je sampai hari ni. Lagipun tak pernah masuk paper lagi peristiwa macam tu. Pelajar Asrama Mati Sebab Kena Denda Bersih Dewan Makan. Tak pernah." Dengan muka dan lagak yang bersahaja, ayat-ayat sinis itu dituju kepada Aryana.

Mendengar sindiran itu, sepantas kilat Aryana memandang wajah Puan Norasyidah dengan muka serba salah. 'Alamak! Dengar pulak.' Aryana gigit bibir.

Bella, Batrisya dan Irwana sungguh-sungguh ketap gigi tahan tawa dari pecah. 'Kan dah kena sedas.'

"Baiklah. Kamu dah boleh mulakan tugas sekarang. Pastikan kerja kamu selesai sebelum Solat Asar. Lepas tu saya akan datang untuk pastikan samada bersih atau tidak. Faham?" Tokok Puan Norasyidah lagi, memberi peringatan. Siap dengan gaya tangan lagi tu.

"Faham, cikgu." Empat suara menjawab serentak. Tangan masing-masing laju mencapai sorang satu baldi, mop dan kain buruk. Kaki bergerak mengambil tempat untuk memulakan kerja di dalam dewan makan yang mampu memuatkan empat ratus orang pelajar.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now