HNC [Bab 7]

531 20 0
                                    

LAGU N'Sync-Gone mengisi ruang telinga. Tangan sibuk menulis formula Kimia. Hari minggu macam ni ramai yang tak melekat dalam bilik. Tambahan pulak ini minggu outing. Ramai pelajar yang outing termasuk Irwana, Murni, Batrisya dan Arissa. Budak-budak tu tak mahu melepaskan peluang untuk lari dari asrama walaupun hanya empat jam.

Bilik yang dihuni oleh Aryana hanya tinggal beberapa orang saja. Ada yang outing, tengok televisyen, dan ada yang melepak di dataran asrama. Dia dan Bella tak ada perasaan nak outing hari ni. Masing-masing lebih suka melepak di dalam bilik. Puas diajak oleh budak berempat tadi untuk menyertai mereka. Tapi ditolak sungguh-sungguh.

"Put." Panggil Bella dari katil bawah.

"Hmm." Matanya tidak berganjak dari buku rujukan. Tangan ligat menulis. Bila dah tak tahu nak buat apa dalam hari cuti macam ni, lebih baik dia buat ulangkaji.

"Kau tak bosan ke?"

"Bosan jugak. Apasal? Kau ada benda best ke yang nak dibuat?" Aryana tunduk kepala menjenguk Bella di bawah yang sedang membaca novel. Sahabatnya itu memang gemar membaca. Pantang ada masa je novel melekat dekat tangan. 'Tak bosan ke Bell?'

"Takde. Kau?"

"Aku pun takde." Dia sambung balik fokus pada apa yang dibuat sekarang.

"Lepak dekat mini kolam depan library jom? Aku bosan tahap kritikal dah ni. Rasa macam dunia ni sempit je. Nak jugak tengok dunia luar. Asyik terperap dalam aspuri ni je. Boleh sewel tahu tak?"

"On!" Jerit Aryana dari atas. Dia sememangnya tengah tunggu idea yang bernas dari Bella. Kalau temannya itu bosan. Dia berkali ganda lagi bosan. Bosan sampai tak tahu nak buat apa. Alih-alih, buku jugak yang dia capai. Kaki dihulur ke bawah. Palang katil dipegang rapat. Perlahan Aryana turun dari katil. "Jom!" Dia melabuhkan punggung di atas katil Bella.

Respons positif itu, buatkan Bella teruja. Novel ditutup rapat. Bella pandang Aryana. "Jom!" Kedua-dua mereka terus buka locker untuk tukar baju.



ARYANA mengambil tempat di kerusi kayu yang terukir indah yang terletak depan mini kolam. Mata memandang Bella tengah asyik mengusik ikan pelbagai jenis, warna dan saiz yang berenang di dalam air agak jernih itu. "Bell."

"Hmm..." Pendek Bella menyahut. Tangannya masih ralit mengusik ikan-ikan yang pelbagai ragam itu.

"Kau tak rindu family ke?" Aryana bangun menyertai Bella. Jari dia turut mengocak air kolam.

"Gila tak rindu? Mestilah rindu. Dahlah family aku jauh. Melaka-Perlis kot." Tangan dimasukkan ke dalam kolam. Air dikocak perlahan.

"KL-Perlis pun jauh, beb." Tarik nafas dalam-dalam. 'Sungguh. Aku rindukan mama, papa, adik dengan abang.' "Ini first time aku jauh dari diorang. First time masuk asrama. Nasib baiklah aku dapat suaikan diri dengan tempat ni. Untung ada kawan-kawan yang baik kat sini. Paling penting sekepala."

"Kan? Nasib baiklah aku jumpa dengan kawan-kawan macam korang yang boleh dibuat macam family sendiri. Kalau tak, mahu meraung aku mintak tukar sekolah balik Melaka. Aku pun first time jugak jauh dari family."

"Oit! Korang buat apa kat sini?"

"Opocot pak lebai main kolam!" Bila dah disergah macam tu, Aryana terus melatah. Tersentak hebat bila satu suara garau mencelah tiba-tiba. Dia menggosok dada. Fuh! Nasib baiklah aku tak tertonggeng dalam kolam ni. Kalau tidak...' "Kau apehal Boyot? Nak tegur orang pun kasi salam dulu lah. Mana boleh main sergah macam ni." Tebak Aryana dengan muka marah. Dijegilnya Boyot macam nak telan.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now