HNC [Bab 29]

658 20 8
                                    

"Buat apa kat sini?"

Suara separa tegas itu menjemput laju dua kepala untuk mendongak. "Apit!" Nampak saja seraut wajah yang sangat dikenali itu, dada Aryana dan Bella menjadi sangat lapang.

Dengan pantas, Bella berdiri. "Alhamdulillah, kitorang cuma kantoi dengan kau aje." Kedua-dua tangan ditadah ke langit. "Oh ya, dan juga... Carl. Nasib baik bukan ketua warden. Fuhhh...." Tambah dia lagi, menghela satu nafas yang sangat panjang.

"Sshh! Slow sikit. Cikgu Syidah baru balik je tu." Bisik Apit perlahan. Perasan akan kehadiran jambangan belon di tangan Bella, dia menjegil mata. "Korang fly pergi pasar malam ya?"

"Manader!" Lebih pantas dari kilat Bella menukas. Kepala digeleng dua kali. "Takkanlah kitorang nak fly pergi pasar malam. Ish! Dah form five kot. Kitorang dah pencen dari jadi budak jenayah."

Dengar aje ayat-ayat yang sangat propa itu Apit mencebik lebar. Siap dengan guling biji mata lagi. Lampu suluh diangkat sedikit, memperjelaskan pandangan mata dia dan Bella. "Fikir korang kantoi dengan budak tadika ke? Ini..." Apit tuding puncak hidung sendiri. "... ketua biro asrama tau. Dan ini..." Jari telunjuknya bertukar arah pula ke muka Carl. "... head-boy plus head-prefect. Dengan belon dok berterbangan bagai. Dari jauh pun dah boleh nampak. Haih... berani mati betul."

"Haa... betul! Memang kitorang fly pun. Tapi bukan salah Put. Aku yang paksa dia. Kalau korang nak report kat warden, petik nama aku je. Put tolak tepi." Kata Bella dengan riak bersungguh.

Apit buat muka lagi. "Bajet hero lah sangat?" Pinggir bibir kiri terangkat sinis. "Asal sebut Put je? Dah tu Uni macam mana pulak? Siapa nak jadi hero dia?"

Erk! Bibir bawah digigit dulu sebelum dikuak lebar menghasilkan sengih. "Dia pun kantoi jugak ke?"

Dengan raut wajah yang masih kelihatan sinis, Apit menjawab, "Kitorang terserampak dengan dia kat belakang dewan makan."

"Pun sama. Jangan petik nama Uni. Benda ni idea aku. Diorang dipaksa untuk ikut."

Sejujurnya, Apit sangat tak puas dengan perbuatan kawan-kawannya itu. Tak habis-habis nak buat masalah. Sudahnya diri sendiri juga yang susah. Kalau setakat kantoi tengok tv bukan dalam waktunya boleh dibawa bincang lagi dengan denda yang dikenakan. Ini kes fly asrama kot. Satu jenayah yang sangat dahsyat.

"Aku takdelah bodoh mana sampai tak boleh tahu gaya orang kena paksa macam mana." Bingkas Apit lagi. "Tahu tak korang dah buat jenayah besar? Kalau kantoi dengan warden macam mana?"

"Maybe kena ambush teruk-teruk. And then isi penalty form..." Selamba Bella menjawab.

"Tak pun potong demerit." Tebak Aryana yang menunggu aje peluang untuk mencelah.

"Boleh jadi kena gantung asrama jugak." Sambung Bella.

"Apa pulak gantung je?" Lengan Bella disiku Aryana. "Kena buang terus lah. Kau tak ingat tahun lepas ada sembilan orang senior lelaki kena buang asrama sebab fly pergi tengok bola kat stadium?"

Melihat telatah dua manusia yang sedang giat membincangkan jenis denda yang dikenakan untuk pelajar yang melanggar peraturan membuatkan dia menghela nafas berat. Dua kali dia menggeleng kepala. "Korang ni kan..."

"Dah kau tanya. Kitorang jawab je la." Dua sahabat itu tayang muka tak bersalah.

Apit picit dahi. "Tak takut spoil dekat sijil berhenti sekolah ke?"

"Takutlah..." Jawab Bella perlahan. Riak wajah berubah menjadi mendung. "Tapi kitorang bukan fly pergi lepak dengan pakwe atau tengok wayang ke apa."

Hot N ColdOnde histórias criam vida. Descubra agora