HNC [Bab 11]

489 20 4
                                    

"TAHNIAH, Put kita johan." Hani peluk Aryana sebaik saja mereka turun dari pentas lepas terima hadiah. Hati masing-masing kembang sebaik saja pasukan sekolah mereka diumum sebagai johan dalam pertandingan debate tersebut. Setelah penat bertungkus-lumus berlatih, akhirnya mereka berjaya memegang juara dalam petandingan itu.

"Congratulations korang!!!" Jerit Amir kuat. Senyuman seronok terpancar di wajah. Mana tak seronoknya. Penat lelah dia dengan tiga yang lain selama ini akhirnya berbaloi. Piala yang berada dipegang, dicium berkali-kali.

Carl angguk. Dia balas senyum dengan Amir. "Congrats, guys."

"Tahniah." Aryana pandang muka Hani dan Amir. Baru saja dia nak mengarahkan mata ke arah Carl, lelaki itu dah pun merenung tempat lain.

'Eesh! Ada jugak yang nak kena ketuk dengan piala ni kejap lagi.'

***

"KAMU order je apa yang kamu nak makan. Kita makan besar." Malam ini Teacher Hayati menunaikan janjinya. Mereka berempat dibawa makan malam di Kuala Perlis. Empat pelajar itu tersenyum suka.

"Betul ni, teacher? Anything?"

"Yes. Anything."

"Teacher tak menyesal?" Seloroh Amir. Satu meja ketawa. Suami teacher, Encik Hashim turut tersenyum.

"Sure, tak."

Malam ini mereka makan dengan sepuasnya. Sampai nak bergerak pun tak daya. Selepas menjamah pencuci mulut, mereka bergerak pulang. Teacher Hayati menghantar mereka ditempat yang sama ketika menjemput mereka tadi, depan pagar sekolah. Selepas empat pelajar tersebut mengucap terima kasih, teacher dan suaminya bergerak meninggalkan kawasan sekolah.

"Uih! Kenyang gila. Macam mana nak drive ni? Perut dah penuh." Amir pegang perut. Keras. Betul-betul penuh dengan makanan. Dia tak dapat nak bayangkan macam mana nak bawak motor balik rumah kejap lagi.

"Itulah hang. Makan tak ingat dunia. Mahunya tak sendat perut tu." Hani bercakap memang tak tengok cermin. Padahal dia pun ada rasa yang sama macam Amir masa ni. Rasa perut sangat penuh.

Amir mencebik. "Eleh! Hang pun sama je. Bukan main banyak makan aku tengok."

Melihat telatah dua sahabat itu, Carl dan Aryana yang membisu sejak tadi, tersenyum. Dibiarkan budak berdua itu berjalan di depan. Mereka hanya membontoti dari belakang.

"Tolong sikit noh. Aku makan ala kadar ja tadi." Hani tak mahu mengalah.

"Hang cakap banyak. Sat lagi hang balik sorang. Aku tak mau follow belakang."

Ugutan Amir membuat Hani tersengih terus. "Okey. Aku yang makan paling banyak tadi." Mengalah jugak bila digertak macam tu. Bayangan untuk dia bawak motor sendiri balik rumah dalam waktu macam ni, memang sangat tak best. Tak berani langsung dia nak balik rumah sorang-sorang. Datang tadi pun Amir ikut belakang.

"Tahu takut." Amir senyum bangga. Sampai di simpang empat kaki lima, langkah dia terhenti. Amir berpaling ke belakang. "Kita separate dekat sini. Korang pergi masuk asrama. Dah lewat ni. Karang warden mengamuk pulak. Kami ni tak kesahlah. Outsider."

"Carl, kau teman Put balik sampai pintu aspuri tau. Lepas tu kau kena tengok dia sampai dekat blok dia dengan selamat. Jangan tinggal dia pulak. Dah lewat ni. Bahaya kalau biar dia sorang-sorang. Jangan masuk aspura selagi Put tak masuk blok dia. Aku percaya dekat kau ni, Carl." Pesan Hani sungguh-sungguh. Jarum jam dah menunjuk pukul 11.45 malam, dia jadi risau dengan keselamatan temannya itu. Perempuan berjalan sorang-sorang, waktu malam memang sangat membahayakan.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now