HNC [Bab 30]

832 28 7
                                    

TEPAT pukul 3.10 petang kakinya menapak pada lantai kantin, tempat latihan debate dijalankan. Langkah yang asalnya laju itu jadi terhenti tiba-tiba apabila mata menangkap tiga figura yang sedang tekun menghadap buku-buku rujukan. Jam ditangan dikerling sekali lalu. Aryana tepuk dahi berkali-kali. Sambil dalam hati berdesis. 'Duhh! Habis la... Aku lambat empat puluh minit. Mesti kena perli kaw-kaw punya dengan mamat bajet cool tu'.'

Hati dia berat untuk menyapa namun digagahkan juga dirinya untuk menghampiri meja dimana tiga orang ahli kumpulan debatnya berada. Agaknya masing-masing begitu tekun dengan kajian mencari contents, kehadirannya tidak disedari. "Ehem... Hai guys..." Dia menyapa dengan mesra.

"Assalamualaikum..." Sapaan Aryana dibalas Carl, senada tanpa mengangkat muka.

Gigit lidah sendiri apabila terasa diri seperti ditembak peluru berpandu. "W-waalaikumussalam..." Suara Aryana separa perlahan. Padan muka! Kan dah kena setepek.

"Haa... Mai pun hang." Tegur Hani apabila mata mereka bertembung.

"Awat lambat sangat?" Amir disebelah Hani ikut mengangkat wajah, menegur.

"Sorry. Aku tunggu turn untuk mandi tadi."

"Heh. Alasan." Tanpa diundang, suara tenang itu mencelah.

Dan itu berjaya menarik tangkai hati Aryana untuk menjadi tersentak. Juga berjaya menjentik rasa bengang dia untuk tercetus. Carl dipandang serupa mahu ditelan hidup-hidup. "Apa alasan-alasan? Fikir aku sengaja nak lambat ke?"

Carl terus terdiam. Namun tak lama lepas tu, dia menjungkit pinggir bibir kiri. Dan itu telah menambahkan rasa bengang Aryana. Riak sinis dari Carl itu betul-betul buatkan dia jadi sebal. "Kau expect apa? Aku balik sekolah pun dah pukul dua suku. Mandi lagi, solat lagi... Lunch pun tak sempat tahu?"

Dan kali ini Carl membalas dengan menjungkit bahu pula. Seakan-akan tidak mengendahkan penjelasan dari Aryana itu.

"Kau ni kan..."

"Okey, dah!" Risau baran Aryana akan menjadi semakin teruk, Hani cepat-cepat mencelah. "It's okay, Put. Kau takder lah lambat mana. Nevermind, kami pun baru ja mula ni."

Pujukan Hani itu sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa amarah. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihela bebas. Terapi mengawal kemarahan itu dia praktikkan sebanyak tiga kali.

"Hangpa dua ni kan..." Amir tergeleng-geleng. "Dah couple pun ada lagi gaduh-gaduh 'manja'?"

Mendengar soalan itu, aktiviti tarik dan hembus nafas dia terhenti terus. Riak wajah ikut berubah. "Korang dah buat sampai mana? Dapat banyak contents?" Laju betul otak dia buat kerja untuk menukar topik.

"Dapat sikit ja. Ni aku tengah cari lagi." Balas Amir. Mata tepat pada skrin laptop.

"Aku ada jumpa jugak. Not really sure okey atau tak. Tapi aku rasa info yang aku dapat ni agak ngam dengan kita punya topik." Bag kanvas yang dibawa bersama datang ke kantin, ditanggal dari tubuh dan diletakkan atas meja. Sambil itu matanya mencari ruang kosong untuk diduduk.

Meja yang sepatutnya itu dapat memuatkan enam kepala kini cuma tiga sahaja. Tiga kerusi sudah dihuni oleh Amir, Hani dan Carl. Yang lagi tiga pula sudah dipenuhi dengan kertas-kertas yang berterabur dan juga beg-beg mereka.

Dalam dia sibuk memikirkan akan cara untuk dia menyertai ahli kumpulan yang lain itu, tiba-tiba Carl bertindak mengalihkan kedudukan beg sekolahnya dari tersadai pada kerusi disebelah ke hujung meja. "Duduk sini." Ujar lelaki beku itu, ringkas selepas kerusi itu ditolak sedikir ke belakang.

Hot N ColdWhere stories live. Discover now