PROLOGUE

102 18 26
                                    

PRANGGG!!

Bunyi barang-barang pecah sudah sebati dalam diri. Namun susah untuk aku abaikan bunyi-bunyian itu. Bantal disebelah dicapai dan ditekup kuat untuk menghilangkan segala bunyi-bunyian yang aku benci.

BAMMM!!

Pintu bilik aku dibuka kasar dari luar. Lelaki atau dikenali sebagai Appa aku menarik aku bangun dengan kasar.

Sebaik saja aku bangun, pipi aku dihadiahkan tamparan yang kuat. Bibir diketap menahan sakit.

BUKKK!!

Sekali lagi aku ditumbuk di hujung bibir dan perutku ditendang sehingga aku terduduk. Sakit memang sakit. Namun aku cuba menahannya.

"Aku tahu kau ada duit!! Cepat bagi duit sebelum aku belasah kau lagi teruk!!" Tengking appa.

"T-takde." Jawabku takut-takut.

"Kau tak perlu menipu macam Eomma tak guna kau!!"

Dia membangunkan aku dengan kasar dan menarikku keluar ke ruang tamu.

"Abang!! Anak kita tu!!" Kata-kata Eomma langsung tidak didengari Appa.

"Kau nak bagi ke taknak?!!"

"Jun takde... duit." Jawabku lemah. Air mata masih ditahan agar tidak jatuh di depan Appa.

"Siapa ajar kau menipu?!! Eomma tak guna kau ni?!!" Jarinya ditalakan ke arah Eomma yang sedang terbaring.

Appa menolak Aku dengan kasar ke lantai. Aku mengaduh kesakitan apabila kepala aku terhentak di dinding kayu rumah dan mulai berdarah sebelum jatuh ke lantai.

"Sini aku ajar macam mana jadi orang yang jujur!!" Jerkahnya lagi sambil mencapai tali pinggang yang tergantung di dinding.

"Abang!!" Eomma menolak Appa namun apa dayanya sebagai seorang perempuan kalau nak dibandingkan tenaga seorang lelaki. Eomma ditolak jatuh ke lantai.

"Eomma!!"

PUKKK!!

Satu libasan terkena kaki kananku.

PUKKK!!

Satu libasan lagi di belakang aku.

Aku hanya mampu menahan sakit namun tidak mampu mengeluarkan suara.

PUKKK!!
PUKKK!!

"Abanggggg!!"

Jerit eommaku dan sekali lagi dia cuba menghalang ayahku namun dihadiahkan tamparan sehingga kepalanya pusing dan jatuh. Appa terus memukul aku tanpa mempedulikan rayuanku.

Setelah dia berasa puas, Appa meraba poket seluarku yang sudah sedikit koyak dan mengambil duit upah yang aku dapat daripada jiran kerana membantunya menjaga anjing peliharaannya.

"Appa!! D-Duit tu nak beli... ubat eomma." Aku cuba menghalang dan sekali lagi appa menghadiahkan penumbuk di hujung bibirku.

"Lain kali jangan berani tipu aku!! Kau dengan eomma kau dua-dua tak guna!!" Jerkah appa sebelum keluar dari rumah.

Aku mendekati eomma yang terbaring di lantai. Pantas aku memeluk eomma dengan erat. Aku tidak boleh menangis. Aku harus kuat demi Eomma.

"M-Mianhe Jun." Kata eomma sebelum matanya tertutup.

"Mianhe eomma. Jun tak dapat nak pertahankan eomma." Aku memeluk eomma erat.

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now