06

64 15 42
                                    

Kini Hyerin berdiri di hadapan kolam renang sekolah. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh. Hyerin teringatkan kisah lama dan tanpa sedar air matanya berjuraian kembali.

FLASHBACK

"Termenung jauh nampak!!" Tegur Yuna yang baru sampai.

"Teringatkan Encik Boyfriend lah tu." Sahut Jaehee lantas ketawa.

Hyerin tersenyum malu kerana tekaan sahabatnya tepat.

"Elehh dah blushing." Usik Yuna lantas bertepuk tampar dengan Jaehee.

"Mana adalah. Aku cuma tak sangka persahabatan kita dah 4 tahun. Thanks korang sebab sudi kawan dengan aku. Korang janji jangan tinggal aku. Korang dah macam adik beradik aku tau." Ujar Hyerin dengan senyuman.

"Alahh janganlah touching-touching macamni." Ujar Yuna dengan senyuman. Mereka bertiga berpelukan.

END FLASHBACK

"Sampai hati korang."

Hyerin mengelap air matanya yang mengalir. Matanya memandang ke arah kolam renang di hadapannya. Hanya dia berseorangan di kawasan kolam renang sekolah mereka. Ianya tidak pelik kerana sekarang memang waktu pelajar-pelajar sepatutnya sudah berada di rumah.

"Kalau aku mati mesti tiada siapa yang kisah kan." Hyerin tersenyum nipis. Air mata di pipi yang mengalir kembali tanpa sengaja di biarkan.

"Siapa kata tak kisah?" Soal satu suara.

Pantas Hyerin berpaling dan terkejut apabila mendapati lelaki yang bersuara itu ialah Renjun.

"Saya kisah tentang awak." Kata Renjun sambil mendekati Hyerin dan berhenti di belakang Hyerin sambil berpeluk tubuh.

"Awak tak perlu kisah tentang saya. Tiada siapa pun kisah tentang saya. Bahkan kawan baik saya sendiri. Jadi buat apa saya hidup. Lebih baik saya mati. Ia kan memudahkan semua orang."

"Eomma awak?"

Hyerin terkedu dengan soalan Renjun. Dia tidak fikir langsung tentang Eommanya.

"Awak tak kesian dekat Eomma awak bila dapat tahu awak mati nanti?" Soal Renjun lagi buatkan Hyerin terkedu sekali lagi.

Namun hanya beberapa saat sebelum Hyerin menjadi Hyerin si keras kepala kembali.

"Jangan kisah tentang saya!!" Nada suara Hyerin semakin meninggi. Dia kembali memandang kolam di hadapannya. Dia terus bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan kolam renang itu.

"Awak nak buat apa tu?" Soal Renjun lantas ketawa kecil.

"Saya nak terjun!! Awak jangan tolong saya!!" Sempat Hyerin membalas.

"Okay terjunlah." 

Renjun berpeluk tubuh. Senyuman masih tidak mati di bibirnya.

"Saya terjun betul-betul ni!" Hyerin cuba menggertak dan mendapat anggukan daripada Renjun.

Hyerin melihat ke dalam kolam yang agak dalam itu lantas meneguk air liur. Langkahnya dimajukan dan kini dia betul-betul berada di tebing kolam renang itu.

Hyerin kemudian berpusing memandang Renjun dan menarik nafas dalam-dalam sebelum menutup kedua-kedua belah matanya.

'Ini saja cara untuk aku bahagiakan diri aku.'

Hyerin menolak badannya ke belakang dengan sendiri dan biarkan badannya dibawa angin jatuh ke dalam kolam itu.

GEDEBUSHH!!

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now