21

45 11 15
                                    

Renjun membawa dulang yang berisi air dan roti. Matanya melilau mencari tempat duduk yang kosong namun hampa kerana kantin sekolah itu padat dengan pelajar yang langsung tidak menghiraukannya.

"Renjun!!"

Renjun melilau mencari gerangan yang memanggilnya dan anak matanya bertembung dengan sepasang mata yang sangat dia kenali.

Gadis itu mengarahkannya untuk duduk bersamanya dimeja itu.

Renjun menoleh sekeliling sebelum mendekati Hyerin dengan senyuman meniti di bibirnya.

Dulang diletak di meja sebelum duduk berhadapan dengan Hyerin.

"Macam mana kelas tadi? Okay?" Soal Hyerin lantas menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Biasa je, ehe. Awak okay?" Soal Renjun pula dan mendapat anggukan daripada Hyerin.

"Awak saya nak minta awak ajarkan saya Addmath boleh?" Soal Hyerin. Kening Renjun terangkat.

Hyerin mengangguk dengan penuh harapan yang Renjun sudi mengajarnya.

"Mestilah boleh, jadi bila nak mula?" Soal Renjun dengan senyuman.

"Awak kerja tak harini?" Soal Hyerin dan Renjun menggeleng.

"Petang ni dekat library." Putus Hyerin. Renjun mengangguk setuju.

Tiba-tiba ada tangan yang menarik kolar baju renjun. Renjun dilempar dengan kasar dan terhentak ke lantai kantin.

BUKK!!

Satu tumbukan hinggap di tepi bibir Renjun membuatkan bibir Renjun berdarah.

Semua mata memandang ke arah mereka tanpa ada niat untuk membantu. Malah ada yang menahan gelak.

"Taeyong!!" Jerit Hyerin sambil menolak Taeyong dengan kudratnya.

Taeyong hanya menjeling Hyerin sebelum menolak Hyerin ke tepi.

Taeyong menghadiahkan satu lagi penumbuk di perut Renjun. Lagi kuat daripada tadi.

" ARGHHHH!!"

Darah mula keluar daripada mulut Renjun.

"Berapa kali aku nak ingatkan kau hah!! Jangan keluar dengan Hyerin!!" Jerkah Taeyong lantas menghadiahkan sepakan pula di perut Renjun. Erangan kesakitan Renjun kedengaran lebih kuat.

Hyerin yang ingin berlari ke arah Renjun ditahan Lucas. Hyerin Cuba melawan Lucas malah dia ditampar Lucas membuatkan kepalanya pusing.

Taeyong bercangkung menghadap Renjun yang sedang menahan kesakitan. Pipi Renjun dicengkam kuat mencengkam pipi Renjun kuat.

" Kau dah tahu miskin lagi nak mengorat girlfriend aku. Darjat kau dengan Hyerin jauh berbeza. Kau tu layak duduk dekat tepi longkang merempat jelah!! Sebab kau! Hyerin tolak aku mentah-mentah! Sebab kau juga, Hyerin dah tak layan aku!! Semua sebab kau, lelaki bangsat!!"

Jerkah Taeyong dengan perasaan marah yang membara. Dia menarik tangan Hyerin, memaksa untuk mengikutinya.

Apabila Hyerin enggan mengikutnya Taeyong melempang pipi Hyerin kuat.

PANGG!!

Air mata Hyerin berlinangan sambil memukul-mukul badan Taeyong.

"Aku kata ikut aku!!"

Taeyong menarik tangan Hyerin secara paksa.

Pegangan tetap tidak dilepaskan walaupun sudah penat tangan Hyerin memukul. Jeritan Hyerin langsung tidak dihiraukan Taeyong.

PANGG!!

Satu tamparan hinggap lagi di pipi Hyerin sehingga terteleng kepala Hyerin.

"Berapa kali aku nak cakap jangan keluar dengan dia!! Kau tak faham bahasa ke!!" Jerkah Taeyong.

"Kau tolak aku sebab budak miskin tu kan!! Apa yang ada dekat dia sampai kau nak dekat budak Miskin tu!! Kau ni bodoh ke apa?!" Jerkah Taeyong lagi.

Hyerin yang sudah mengalirkan air mata dibiarkan.

"Jawab Hyerin!!" Jerit Taeyong sambil menumbuk tangannya dengan kuat di dinding berkali- Kali.

"Tae!! Kau tiada hak nak atur hidup aku! Lagipun kau yang buat hati aku hancur! Kau curang dengan aku Lee Taeyong!! Jadi kenapa kau nak sibuk kalau aku dengan Renjun sekalipun!!" Hyerin melepaskan segalanya yang terbuku di hati dengan geram.

"Aku dengan kau dah lama putus! Terimalah kenyataan Taeyong!!" Ujar Hyerin lagi masih dengan Nada tinggi.

"Memang! Aku sukakan Renjun! So what's your problem?" Soal Hyerin lagi lantas menolak badan Taeyong.

Taeyong memegang kepalanya. Kepalanya digelengkan tidak percaya.

"Tak mungkin! Kau tipu aku kan!! Aku tahu kau sayang aku lagi. T-tak mungkin!!" Ujar Taeyong lagi. Kepalanya masih dipegang kuat.

"Betul Taeyong! Awak dah takde dalam hati saya." Ujar Hyerin yakin.

"Kau tahu tak aku sayangkan kau." Terdengar esakan dari mulut Taeyong. Kepalanya kini dipegang lebih kuat. Hyerin terdiam mendegar esakan Taeyong.

"Taeyong!!"

Lucas berlari mendekati Taeyong dan menarik Taeyong berlalu daripada situ.

Hyerin berlalu pergi mencari Renjun di tempat tadi. Namun Renjun sudah tiada.

Hyerin memerhati sekeliling dan ternampak kelibat Renjun yang sedang berjalan terhincut-hincut membelakanginya menuju ke tandas.

"Renjun!!"

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now