27

22 7 0
                                    

"Dia jadi macamtu sejak dia kematian ibu dia. Ayah Taeyong salahkan Taeyong yang masih berumur 11 tahun tu bunuh ibu dia sebab hanya Taeyong yang bersama ibunya ketika itu. Ayah Taeyong tinggalkan dia dengan mendiang nenek dia dan sampai sekarang dia tak pernah jumpa dengan ayah dia."

"Sebenarnya aku sepupu Taeyong tapi dia langsung tak ingat aku sebab dia anggap semua orang macam musuh dia lepas dia dituduh. Dia jadi tak betul. Aku masuk geng dia pun bukan sebab takut kena buli tapi amanat mendiang nenek kitorang yang suruh aku jaga Taeyong."

"Kitorang sedar Taeyong hidap penyakit tu pun selepas mendiang nenek dia bawa Taeyong berjumpa pakar Psikiatri selepas dia cuba untuk kelar tangan dia lepas bergaduh dengan aku."

Renjun melihat Hyerin yang sedang termenung di taman hospital.

Dia bersyukur kerana Hyerin sentiasa ada di sisinya. Namun dia masih tidak bersedia menceritakan tentang hal keluarganya kepada Hyerin. Bukan sebab dia tak percaya, tapi dia belum cukup bersedia.

"Hyerin..."

Namun tiada respon daripada Hyerin. Renjun menyentuh bahu Hyerin membuatkan Hyerin tersentak.

"Eh, awak dah okay ke? Awak kan kena rehat. Badan awak tu lem--"

"Shh!! Saya okay." Renjun memotong percakapan Hyerin.

Renjun melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Hyerin.

"Teringatkan Taeyong ke?"

Soalan Renjun mendapat anggukan daripada Hyerin.

"Saya rasa kesian, dia jadi mangsa keadaan dan terpaksa tanggung sakit sampai sekarang." Keluhan berat terbit daripada mulut Hyerin.

Dia rasa sedikit ralat kerana dia tak pernah tahu apa yang terjadi pada Taeyong sebelum ini. Renjun mengangguk.

"Patut lah kadang-kadang saya tengok dia macam lain sangat. Macam tak dapat kawal diri."Ujar Renjun.

"Nasib baik Jaemin buka cerita. Kalau tak sampai bila pun kita tak tahu. Dan kalau tak, sampai sekarang saya tak tahu yang Jaehee dengan Yuna...dah takde." Sambung Hyerin lagi.

Wajahnya mendung mengingatkan bekas sahabat baiknya yang sudah meninggalkannya. Renjun mengangguk turut kesal dengan apa yang terjadi.

"Ouh awak...Saya lupa nak cakap. Doktor kata awak dah boleh keluar hospital esok." Ujar Hyerin dengan senyuman.

"Betul? Tak sabarnya!!"

Hyerin memandang Renjun yang kelihatan comel bila teruja. Hyerin tersenyum lantas dia memegang kedua-dua belah pipi renjun.

Hyerin memandang mata Renjun manakala Renjun pula berasa gugup dengan keadaan mereka yang dekat sekarang ini.

CUPP!

Hyerin mencium bibir Renjun sekilas.

"Awak hebat Renjun." Lembut Hyerin berkata. Renjun yang tercengang akhirnya mengukirkan senyuman.

"Awak pun sama Hyerin."

Renjun dan Hyerin membalas senyuman sambil mata masih tidak dilarikan dari menatap antara satu sama lain.

"Ehemm!! Menganggu ke?" Soal seseorang.

Hyerin memandang gerangan itu lantas mukanya masam. Renjun pula sudah malu tertangkap dengan Jaemin.

"Haah,memang mengacau." Hyerin memutarkan bola matanya sebaik saja melihat Jaemin tersengih.

"Tak kira. Aku nak kacau jugak."

Jaemin terus mengambil tempat di tengah-tengah antara Hyerin dan Renjun. Kakinya dibuka luas sekaligus menolak kaki Renjun sedikit ketepi.

PUKK!!

"Auchh!! Kau pahal? Apa salah aku?" Soal Jaemin kepada Hyerin yang baru saja mengetuk kepalanya.

"Kau tu orang ketiga tau tak." Ujar Hyerin selamba.

Jaemin membuat memek muka mengejek sehingga Hyerin naik menyampah.

Hyerin mengangkat tangan ingin memukul Jaemin namun Jaemin menepis dengan tangannya. Wajah Hyerin cemberut kerana tidak dapat memukul Jaemin.

"Haa Renjun. Kau dah boleh discharge kan esok. Lepasni bolehlah kita berkawan kan." Jaemin tersenyum.

"Errm kau tak kisah ke? Aku kan takde apa-apa." Ujar Renjun merendah diri.

"Aku okay jelah. Lagipun sekarang je tiada apa-apa. Lepasni kan kau akan jadi bakal doktor. Boleh aku kikis kau sikit-sikit." Ujar  Jaemin dengan nada bergurau lantas meletakkan tangannya di bahu Renjun.

"Mungkin takkan dapat kot." Ujar Renjun perlahan.

"Lah kenapa pula?" Jaemin menepuk bahu Renjun.

"Huh, aku tak tahu aku mampu tak bayar yuran lepasni." Ujar Renjun.

"Kan makcik kau bayar yuran untuk kau? Kau pun bekerja kan." Ujar Jaemin dengan senyuman.

"Dulu eomma aku ada untuk sokong aku. Tapi sekarang aku dah tiada siapa-siapa. Tambahan pula, sampai bila aku nak bergantung dengan makcik aku?" Ujar Renjun lantas mengeluh.

"Kau kan ada Hyerin dengan aku. Kitorang akan selalu dengan kau."Ujar Jaemin.

"Betul tu! Lagipun eomma kata eomma nak tanggung awak belajar lepas ni. Jadi awak tak perlu risau." Ujar Hyerin.

Renjun memandang Hyerin.

"Tak perlu Hyerin. Saya taknak susahkan awak sekeluarga." Tolak Renjun lembut.

"Ini bukan permintaan, ni arahan dari eomma. Kami pun pernah ada dekat situasi awak Renjun. Kami dulu pun susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi, apa salahnya kami tolong awak. Tolong, jangan tolak niat baik eomma."

Pinta Hyerin sambil menggenggam tangan Renjun. Renjun memandang Hyerin lama sebelum tersenyum nipis.

"Sampaikan terima kasih saya pada eomma awak."

Hyerin tersenyum manis. Mereka kembali berpandangan satu sama lain. Lama.

"Wey Aku wujud lagi tau dekat sini." Jaemin memetik jarinya di hadapan muka Renjun dan Hyerin.

"Kau ni potonglah Jaeman!"

"Sejak bila nama aku Jaeman?! Sedap kau je!"

"Sejak sekarang. Dah diam! Shhh!" Hyerin meletakkan jari telunjuknya di bibir Jaemin. Jaemin pula hanya mampu pasrah.

●●●●●

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Место, где живут истории. Откройте их для себя