03

73 16 19
                                    

Renjun

Aku masuk ke dalam kawasan sekolah dengan semangat untuk belajar seperti minggu-minggu lalu.

Aku dapat bersekolah disini pun kerana bantuan makcik aku. Itupun hanya ini yang mampu dia lakukan sebagai adik kepada ibu aku.

Aku melangkah menuju ke locker. Setelah aku mengunci locker untuk mengambil barang yang diperlukan tiba-tiba ada orang menolak aku sehingga aku terhentak ke dinding.

Taeyong. Di sebelahnya ada lagi dua orang kawannya Lucas dan Jaemin.

Taeyong memang bencikan aku. Hampir setiap hari aku diarah olehnya. Jika aku tidak menurut, aku akan dibelasah olehnya.

Pihak sekolah tidak dapat membuat apa-apa kerana appa Taeyong merupakan sumber dana utama dia sekolah ini. Jadi dia hanya mampu menerima tanpa mampu melawan.

"Kau... nak a-apa?" Soalku perlahan.

"Aku nak duit." Kata Taeyong senyuman sinisnya.

"Aku takde." Jawabku lagi sambil menunduk.

BANGG!!

Locker aku dihentak oleh Taeyong dengan kuat. Orang yang berada di situ hanya memandang ke arah kami.

"Kau nak menipu agak-agaklah. Duit yang jiran kau bagi mana?!!" Jerkah Taeyong. Badanku terhenjut sedikit kerana terkejut.

'Mana dia tahu tentang tu?'

"D-dah tak-takde.."

"Ouh aku lupa!! Ayah kau kan kaki judi. Mesti bapak kau ambik buat main judi kan. Kesian betul hidup kau ni ye." Taeyong terus tergelak memandang kawannya seperti ianya suatu perkara yang kelakar.

BUKKK!!

Satu tumbukan dihadiahkan diperutku. Aku terduduk di lantai. Perutku terasa senak dan perut dipegang menahan sakitnya ditumbuk.

BUKK!!

Kali ni kakiku ditendang oleh Taeyong kuat. Aku menggigit bibir menahan sakit. Hanya itu aku mampu lakukan. Aku tak mampu melawannya.

Taeyong berhenti dan mencangkung dihadapanku dan pipiku dicengkam kasar.

"Lain kali simpan duit elok-elok, untuk aku." Pesan Taeyong sambil menampar pipi aku perlahan. Senyuman sinis diberikan. Taeyong kemudian bangun dan menyapu tangannya.

"Lucas, Jaemin!! Selesaikan budak tak guna ni." Arah Taeyong dan berlalu pergi.

Lucas apabila mendapat arahan terus mendekati aku dengan senyuman sinis di bibir.

BUKK!!
BUKK!!
BUKK!!

Bertalu-talu perut dan pipiku ditumbuk diselangi dengan jeritan kesakitanku. Jaemin di belakangnya hanya menatap aku sambil berpeluk tubuh. Orang di sekeliling juga hanya melihat tanpa ada niat untuk membantu.

"Giliran kau Jae." Ujar lucas memandang ke arah Jaemin namun mendapat gelengan.

"Sorry aku taknak sentuh dia. Jijik." Jawab Jaemin sambil berpeluk tubuh. Lucas hanya mengangkat bahu.

Seluruh badanku terus dihadiahkan tendangan dan tumbukan daripada Lucas dan aku hanya mampu mengerang sakit.

"Huh, lain kali jangan cari pasal."

"Jom gerak!!"

Lucas terus berjalan meninggalkan Jaemin. Kelihatan Jaemin menggigit bibir.

Dia mendekati aku dengan perlahan. Aku sudah menunduk tidak sanggup melihat Jaemin yang bila-bila masa boleh mengerjakan aku.

Namun sangkaanku meleset. Dia mencampak kain napkin yang agak besar ke atas riba aku. Dia kelihatan seperti mahu berkata sesuatu namun terbantut apabila Lucas memanggilnya. Jaemin menepuk bahu aku dan terus berlalu pergi.

Aku cuba sedaya upaya untuk bangun dan melangkah ke tandas walaupun seluruh badanku terasa sangat sakit.

Cermin di hadapanku dipandang. Dengan pantas aku mencuci kesan-kesan darah yang berada di muka aku sambil kedengaran keluhan kecil lolos dari mulutku kerana sakit.

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now