15

36 10 2
                                    

Renjun menghirup udara segar. Pemandangan tasik yang terbentang indah di depan matanya kini berjaya menenangkannya. Hyerin di sebelahnya berpeluk tubuh sambil turut menikmati pemandangan di hadapan.

"Pandai awak pilih tempat. Saya suka tempat macamni." Ujar Renjun tanpa memandang Hyerin namun masih tersenyum dengan mata tertutup menikmati angin petang yang menampar wajahnya.

"Biasanya orang yang suka tempat-tempat tenang macamni, ada banyak masalah." Ujar Hyerin lantas memandang pemandangan tasik di hadapannya.

"Semua orang tak pernah lari dari masalah." Ujar Renjun dengan senyuman nipis di bibir.

Hyerin memandang Renjun dan Renjun turut mengalihkan pandangannya kepada Hyerin.

"Saya selalu ada di sisi awak kalau awak perlukan saya." Ujar Hyerin tenang.

"Saya pun akan cuba sentiasa ada di sisi awak setiap kali awak kesulitan." Balas Renjun pula. Kedengaran ikhlas kata-kata yang dilontarkan Renjun saat ini.

Hyerin tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Saya bersyukur sebab dipertemukan dengan orang yang sangat baik macam awak. Saya betul-betul tak sangka kawan baik saya yang dah bertahun-tahun jadi kawan saya, tikam belakang saya. Lagi menyakitkan bila dia rampas orang sangat saya sayang." Ujar Hyerin perlahan.

Air matanya mula bertakung di tubir mata. Dia cuba tersenyum dan tidak mahu mengalirkan air mata.

"Taeyong, lelaki yang saya sayang dan saya cinta sepenuh hati. Dah bertahun kami bercinta, akhirnya kami putus sebab saya dapat tahu yang dia bercinta dengan Jaehee. Dia curang dengan saya Renjun." Cerita Hyerin tanpa dipinta.

Renjun terdiam dengan pengakuan Hyerin. Kini dia sudah mendapat jawapan tentang persoalannya berkaitan hubungan Hyerin dan Taeyong. Renjun memandang Hyerin dengan riak muka yang tenang.

"Setiap orang yang kita sayang tak semestinya akan setia dan tak semestinya juga orang kita sayang akan tinggalkan kita. Ia bergantung pada hati masing-masing, sama ada pilih untuk setia ataupun tinggalkan."

"Awak jangan tunjuk yang awak lemah kalau ditinggalkan seseorang. Awak patut gembira kerana dijauhkan daripada orang yang tidak baik. Kita kena tunjuk yang kita mampu hidup tanpa dia." Nasihat Renjun lagi.

Hyerin tersenyum manis mendengar kata-kata Renjun yang mampu menenangkan hatinya.

"Terima kasih atas nasihat awak." Ucap Hyerin dengan senyuman lebar.

"Alang-alang dah bercerita ni, kalau awak tak kisah saya nak awak cerita tentang diri awak pulak." Ujar Hyerin dengan senyumannya.

"Tiada yang istimewa tentang saya. Saya cuma seorang anak tunggal kepada eomma dan appa saya. Appa saya dah bercerai dengan eomma dan saya duduk bersama eomma saya. Sekali-sekali appa saya balik rumah." Ujar Renjun tenang.

Hyerin mengangguk faham.

"Itu je?" Soal Hyerin apabila Renjun mula menggalas begnya.

"Iyalah. Kan saya dah kata tiada yang istimewa tentang saya." Jawab Renjun lantas tersenyum.

"Alah, duduklah sini dulu. Awal lagi ni." Pujuk Hyerin sambil menarik-narik hujung beg Renjun.

"Awak, Sekarang dah pukul 2 petang. Dah lewat." Balas Renjun lembut.

"Okaylah." Hyerin menggalas begnya dengan pasrah.

"Jom."

Renjun menghadiahkan senyuman dan Hyerin mengangguk. Dia juga turut membalas senyuman Renjun.

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now