32

5 2 0
                                    

Selesai sahaja upacara pemakaman mendiang Jaemin, Hyerin dan Renjun berjalan keluar daripada tempat pemakaman.

Air mata masih lagi tersisa di tubir mata Hyerin. Renjun mengusap lembut bahu Hyerin. Hyerin memandang Renjun dengan wajah yang sugul.

Tangannya didaratkan di atas kedua-dua bahu Hyerin dan mereka menghadap antara satu sama lain.

"Saya tahu awak sedih dengan pemergian Jaemin. Saya pun, sebab dia kawan yang sangat baik. Dia sanggup berkorban untuk saya. "

"Tapi saya akan lebih sedih kalau tengok air mata awak menitis. Saya tak sanggup tengok air mata awak menitis sama ada sebab orang lain mahupun diri saya sendiri."

"So please, don't cry. Hati saya terluka bila tengok awak menangis Hyerin." Renjun menyeka air mata Hyerin yang masih mengalir.

"Saya sayang awak Hyerin. Saya janji saya takkan biarkan air mata awak mengalir lagi. Awak dah banyak bantu saya."

"Berilah saya peluang untuk bantu buang segala kesedihan awak dan kalau awak menangis, tangan saya yang pertama akan menghapuskan air mata awak, sayang."

Luahan Renjun membuatkan hati Hyerin terharu. Sungguh dia rasa sangat disayangi. Tanpa amaran, Hyerin terus memeluk Renjun erat. Tangisan dia terus pecah di bahu Renjun.

Renjun mengusap badan Hyerin lembut sambil menahan sebak. Biarlah Hyerin melepaskan segala kesedihannya buat kali terakhir. Rambut Hyerin juga turut diusap untuk menenangkannya.

>>>>>

Pintu rumah ditolak Renjun dan serta merta matanya membesar melihat rumahnya yang bersepah seperti dimasuki pencuri.

Hyerin juga terkejut. Mulutnya ditekup kerana tidak mampu menebak apa yang terjadi. Renjun melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan diikuti oleh Hyerin.

"Appa??" Panggilan Renjun tidak bersahut.

"Ap--"

"R-Ren--jun..."

Pantas Renjun berlari ke arah bilik eommanya sebaik dia mendengar suara Encik Huang.

"Appa!!"

Renjun terus berlari ke arah appanya yang sudah terbaring bersama darah yang membuak-buah keluar dari celah jarinya yang memegang perut dan juga dari mulutnya.

Hyerin terus mencapai kain tuala yang tergantung dan menyerahkannya kepada Renjun. Renjun meletakkan kain itu di bahagian perut appanya yang berdarah.

Kesan luka itu bukanlah kesan ditikam, tetapi kesan ditembak dari jarak yang dekat.

"Appa!! Siapa buat ni?!!" Soal Renjun. Air matanya laju mengalir. Kepala Encik Huang diletakkan di pehanya.

Hyerin tidak membuang masa, dia terus membuat panggilan kepada pihak hospital.

"Ren--jun ahh!! Ap-Appa banyak s-salah... Uhuk!! D-dengan Ren--jun dd-dan Eom-eomma. Maafkan ap-appa se-sebab dah... uhuk uhuk uhuk!! Dah--sakitkan-ren-renjun erghhh. Appa me-menyesal. Maafkan ap--appa Renjun."

Air mata Encik Huang mengalir ke pipi jatuh di tangan Renjun yang memegang pipinya.

"Jun, maafkan. Appa jangan tinggal Renjun jebal. Jun dah tiada siapa-siapa..." rayu Renjun. Matanya sudah bengkak menangis.

Encik Huang tersenyum sambil tangannya mengusap pipi Renjun lembut. Renjun memegang tangan appanya yang sedang memegang pipinya tanpa menghiraukan darah yang terkena di wajahnya.

Perlahan-lahan, mata Encik Huang tertutup rapat.

"Appa bangun!! Bangun appa!!" Badan Encik Huang digoncang kuat berharap dia kembali sedar namun semuanya sia-sia.

"Huh, dah mati orang tua tu? HAHAHAHA!!"

Renjun memandang ke arah suara itu. Along yang datang ke rumahnya sebelum ini tersenyum sinis.

"Kau! Kau bunuh appa aku!" Jari Renjun tepat menunjuk ke arah lelaki berbadan tegap itu dengan perasaan Marah.

"Aku bagi tempoh untuk kau bayar, tapi kau tak bayar! So apa aku boleh buat selain BUNUH bapak tak guna kau tu!" Lelaki itu gelak besar.

"Kau memang tak guna!!" Renjun mengalihkan kepala appanya dari peha dan berdiri menghadap lelaki yang selama ini dia takuti.

Tangannya digenggam ingin menumbuk lelaki itu namun secara tiba-tiba lelaki itu menarik Hyerin dan mengheadlock kepala Hyerin. Di sisi kepala Hyerin diacukan sebiji pistol.

Gerakan Renjun terhenti.

"Lepaskan dia! Dia tiada kena mengena dengan masalah kita!!" Jerit Renjun. Mukanya memerah menahan marah. Tangan digenggam kuat.

" Tapi dia ada kena mengena dengan kau." Senyuman sinis ditayangkan.

"Kau memang tak guna!! Aku dah ada duit kaulah! Ni aku langsaikan semua! Tapi kau dah bunuh bapak aku!!" Jerit Renjun. Envelope di tangannya di tayangkan.

"Kau lepaskan dia, aku bagi kau ni!" Renjun cuba mengugut.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kita switch sama-sama. Can?" Soal lelaki itu dengan senyuman yang masih di bibir. Renjun akur.

"1,2,3"

Envelope dicampak dan Hyerin dilepaskan dari pegangan lelaki itu sebelum

BANGG!!

BUKK!!

Hyerin jatuh terbaring apabila dia ditembak oleh lelaki itu di perutnya.

"Hyerin!!"

Renjun berlari ke arah Hyerin yang sedang mengerang sakit. Wajah Hyerin menjadi pucat dan tangannya penuh dengan darah yang membuak.

"Opps, tak sengaja!" Lelaki itu tergelak.

"Kau memang setan!!" Jerit Renjun.

"Kami polis!! Sila letakkan senjata!!"

Lelaki itu yang kalut tidak sempat melarikan diri apabila beberapa orang polis sudah mengepungnya. Tangannya digari secara paksa dan dibawa keluar.

Di luar ada beberapa orang makcik yang merupakan jiran Renjun. Mereka yang membuat panggilan kepada pihak polis apabila terdengar bunyi tembakan.

"Hyerin!! Tolong tahan sikit..." Rayu Renjun. Air matanya sekali lagi menitik.

"Renjun...Saya nak a-awak tahu... Ss--saya cin-cintakan awak. Terima ka-kasih sebab hadir d-dalam hidup saya. Erghhhh!"

Renjun mengangguk faham. Air matanya diseka supaya tidak menganggu pemandangannya namun gagal.

"Saya pun cintakan awak Park Hyerin." Balas Renjun.

Hyerin tersenyum sebelum matanya tertutup.

"Hyerin jangan tinggalkan saya!!"

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now