26

18 5 0
                                    

Hyerin membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa ada tangan yang mengusap pipinya.

Dia masih di hospital menemani Renjun. Kepalanya yang diletakkan di sebelah Renjun perlahan-lahan diangkat.

Matanya terkedip-kedip menahan cahaya matahari yang menerobos masuk ke dalam kornea matanya.

Setelah penglihatannya jelas dia terus memandang Renjun di katil. Renjun sedang tersenyum manis memandangnya.

"Sayang dah bangun." Ujar Renjun dengan senyuman.

Hyerin mengangguk sebelum matanya membuntang.

"Awak panggil apa tadi?" Soal Hyerin dengan matanya semakin membesar.

"Ehe, sorry tersasul." Ujar Renjun lantas ketawa kecil.

Hyerin menggeleng-geleng.

"Awak ade sakit dekat mana-mana ke?" Soal Hyerin.

"Saya okay. Awak jangan risau." Ujar Renjun.

"Awak nak makan?" Soal Hyerin apabila ternampak makanan di atas meja Renjun yang disediakan pihak hospital.

Renjun mengangguk lalu Hyerin membantu Renjun untuk duduk.

Mangkuk bubur dipegang sebelum mencedok sesudu bubur sebelum ditiup dan disuakan ke hadapan mulut renjun.

Renjun membuka mulut dan memaksa tekak menelan bubur itu walaupun tekaknya terasa pahit. Setelah 3 suap bubur Renjun menolak tak mahu.

Hyerin menyuap air mineral pula kepada Renjun. Sesudah itu Renjun tersenyum.

"Terima kasih Hyerin." Ujar Renjun dengan senyuman.

"Sama-sama."

Hyerin membalas senyuman Renjun. Namun hanya seketika sebelum senyuman Hyerin mati kembali.

"Renjun, saya nak awak jujur dengan saya boleh?" Soal Hyerin.

Lambat-lambat Renjun mengangguk.

"Siapa yang pukul awak teruk macamni? Lelaki yang haritu?Atau...Taeyong?"

Renjun senyap.

"Awak...Jangan senyap. Awak buat saya risau." Ujar Hyerin dalam nada memujuk.

Hyerin mencapai tangan Renjun sambil memandang mata Renjun dengan pandangan penuh berharap.

Renjun mengeluh.

"Tae..."

Klakk!!

Hyerin berpusing apabila bunyi tombol pintu dipulas.

Taeyong tersenyum sinis memandang Hyerin dan Renjun.

Hyerin melepaskan tangan Renjun dan berjalan ke arah Taeyong dengan perasaan marah.

"Kau buat apa dekat Renjun, Haa?!" Hyerin menolak badan Taeyong dengan kudratnya.

"Eh, perempuan!! Kau senyap eh!!" Taeyong mencengkam pipi Hyerin kuat.

"T..taeyong! Jangan sakitkan dia..." Rayu Renjun.

Taeyong melepaskan cengkaman. Dia memandang tajam ke arah Renjun sebelum kembali memandang Hyerin.

Dia tersenyum sinis.

"Memang aku yang pukul budak tak guna ni. So what?!! Kau nak report polis? Kau takkan berani!" Jerkah Taeyong lantas tergelak.

"Aku berani! Kau memang jantan tak guna. Kau layak hidup dekat penjara je." Hyerin ingin menjerit namun ditahan kerana sedar dimana mereka berada.

"Eh kau ni‐‐"

"Taeyong!!"

Tangan Taeyong yang ingin menampar Hyerin terhenti.

Taeyong tersenyum sinis memandang Jaemin yang menghalangnya dengan muka marah.

"Apa? Kau nak backup orang-orang bodoh ni lagi ke?!! Bodoh!! Kau memang tak layak kawan dengan aku! Tak kenang budi!!" Jerit Taeyong.

BUKK!!

Satu tumbukan dilayangkan di tepi bibir Jaemin.

Jaemin terjatuh. Renjun dan Hyerin turut terkejut.

"Arghhhh!! Bodoh!! Tak guna!! Kau jangan berani tunjuk muka kau depan aku!!" Jerit Taeyong kepada Jaemin lantas memegang kepalanya.

Lucas masuk ke dalam bilik dan memandang tajam ke arah Jaemin. Dia terus membawa Taeyong keluar dari bilik itu.

Jaemin bangun dan mengelap sisa darah di bibirnya.

Hyerin menarik tangan Jaemin menuju ke bilik air yang ada di bilik itu. Dia membantu mencuci darah Jaemin. Setelah selesai Jaemin duduk sebelah Renjun.

"Aku minta maaf." Ujar Jaemin.

"Aku terpaksa ikut Taeyong sebab taknak kena buli. Sekarang aku dah taknak terlibat dengan diorang. Walaupun aku tahu,aku dalam bahaya sekarang." Ujar Jaemin perlahan.

"Renjun, aku minta maaf dekat kau. Sebab Taeyong dan...aku. Kau jadi teruk macamni" Ujar Jaemin.

"Kau pun ada masa kejadian?!" Hyerin memandang tajam ke arah Jaemin. Kolar baju Jaemin digenggam kuat.

Renjun menarik tangan Hyerin meminta supaya Hyerin lepaskannya dan menenangkannya.

"Kau tak perlu minta maaf. Kau tak pernah pukul aku. Aku ni siapa je kau nak minta maaf, Jaemin." Ujar Renjun.

"Aku betul-betul minta maaf, Renjun. Aku tak sangka sakit dia makin lama makin teruk." Ujar Jaemin.

"Sakit? Maksud kau?" Soal Hyerin.

"Taeyong sebenarnya ada penyakit tekanan jiwa atau lebih dikenali Psycho..."

●●●●●

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now