17

42 10 3
                                    

Renjun Menyapu habuk-habuk yang bertebaran di lantai. Cafe yang menjadi tempat kerja Renjun kini sudah kosong kerana sudah ditutup.

"Aku balik dulu!! Jangan lupa kunci pintu." Pesan Sion, rakan sekerja Renjun.

Renjun hanya mengangguk sebelum sambung menyapu.

Setelah itu, Renjun membuka apron yang mengikat badannya lalu digantung di tempat yang disediakan. Renjun mematikan lampu sebelum keluar mengunci pintu cafe. Kunci diletakkan di dalam beg galasnya dan mula melangkah.

TAP! TAP!

Renjun berhenti apabila terdengar bunyi tapak kasut sesorang. Renjun memusingkan tubuh namun tiada siapa-siapa di belakangnya.

Renjun mengangkat bahu dan sambung berjalan. Mungkin dia salah dengar.

TAP!!TAP!!TAP!!

Sekali lagi tapak kasut itu berbunyi dan berhenti apabila Renjun berhenti. Sekali lagi Renjun menoleh juga sama seperti tadi, kosong.

Renjun cuba menenangkan dirinya dan mula berjalan dengan laju. Semakin laju langkah kaki Renjun semakin laju bunyi tapak kasut.

Renjun menghela nafasnya apabila sampai di hadapan rumah. Bunyi tapak kasut tidak didengari lagi. Renjun melepaskan nafas lega.

BANG!!

"Arghhhhhhh!!"

Renjun tersentak dengan bunyi tembakan pistol dan bunyi suara jeritan dari rumahnya. Terus Renjun menerjah masuk ke dalam rumahnya.

Dia terkedu melihat Puan Huang yang sudah terbaring lemah di lantai. Banyak darah yang keluar dari mulut dan celahan tangannya yang sedang memegang Dada.

"Eomma!"

Baru Renjun ingin pergi ke arah Puan Huang, badannya ditarik dan ditolak kasar terhentak di dinding.

" Arghh!!"

"Kau mesti anak jantan tu kan!!" Jerkah seorang yang berbadan sasa. Dia mencengkam pipi Renjun kuat manakala seorang lagi sedang memagsng pistol menghalakan ke arahnya.

"Aku nak kau bayar balik duit yang jantan tu pinjam dekat aku, sekarang!!" Jerkah lelaki itu lagi .

"J-Jantan mana?" Renjun kecut perut dengan muka bengis lelaki itu.

"Bapak kaulah bodoh!! Dia hutang dengan aku sampai sekarang dia tak bayar!! Babi punya Jantan!!" Marah lelaki itu.

"S-Saya rasa en-encik salah orang k-kot." Renjun cuba memberanikan dirinya. Takkan appa sanggup berhutang. Dia yakin dua lelaki ini Along.

BUKK!!

Renjun terjatuh ke lantai apabila tumbukan yang kuat itu hinggap di pipinya.

"Sekarang kau masih taknak mengaku?!! Bapak dengan anak sama je, penipu!!"

BUKK!!

Sekali lagi Renjun ditumbuk di pipi sebelahnya.

"Arghhh!!"

Sakitnya luar biasa. Cecair merah mula mengalir dari hidung dan bibirnya.

Manakala Hyerin di diluar yang sedang bersembunyi di belakang pokok tersentak dengan jeritan Renjun.

Dia sengaja ikut Renjun balik tadi kerana mahu tahu di mana Rumah Renjun. Namun lain pula yang dia hadapi.

Otak Hyerin ligat berfikir apa yang perlu dibuat. Badannya bergetar kerana ketakutan. Dia menggigit bibir cuba mencari jalan.

Namun hanya menemui jalan buntu.

"Kau pergi geledah bilik!!" Arah lelaki itu kepada kawannya yang juga berbadan sasa.

Tidak lama kemudian lelaki itu keluar dari bilik sambil memegang bekas tabungan Renjun.

"Encik, tolong jangan ambik duit tu." Renjun cuba meminta sedikit simpati namun tidak dihiraukan malah badannya ditendang sehingga Renjun terbaring.

Bekas tabungan renjun dihempaskan ke lantai dan pecah.

Lelaki itu mengambil semua duit yang bertaburan dan menghulurkannya kepada lelaki di sebelah Renjun yang sedang mengacukan pistol ke kepala Renjun.

Lelaki itu tersenyum sinis. Badannya dibongkokkan menghadap Renjun.

"Kau jangan cuba nak lari selagi hutang bapak kau tak langsai. Kalau tak, kau pulak yang mati!!" Ujar lelaki itu sambil menepuk pipi Renjun dengan duit itu berkali-kali.

Dua orang lelaki itu keluar dari rumah Renjun. Sempat dia menendang pintu rumah Renjun dengan Kuat.

" Eomma."

Renjun mengengsot ke arah Puan Huang. Air matanya yang mengalir dibiarkan.

"R-Renjun, ingat p-pesan eomma. B-belajar rajin-rajin. Te-terima kasih dah jaga eomma ss-selama ni. Eomma s-sayang Huang Renjun."

Suara Puan Huang tersangkut-sangkut bersama senyuman di bibir sebelum mata Puan Huang akhirnya tertutup.

"Eomma!!!"

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now