28

18 4 0
                                    

Renjun turun daripada kereta begitu juga dengan Hyerin.

Yuta keluar dari tempat pemandu dan ingin membantu Renjun mengangkat beg namun tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat. Yuta meminta diri untuk menjawab panggilan seketika.

Renjun mengangkat beg menuju ke pintu rumahnya. Kunci pintu dibuka sebelum pintu ditolak ke dalam. Beg kemudian diletakkan di lantai.

Renjun mengeluh melihat barang yang sedikit tidak tersusun.

"Err, Cik Hyerin."

Hyerin menoleh ke arah Yuta yang berdiri di muka pintu.

"Puan minta saya hantarkan dia berjumpa dengan kawan dia. Jadi saya terpaksa balik sekejap. Izinkan saya Cik Hyerin." Pinta Yuta sopan.

Hyerin senyum sebelum mengangguk membenarkan.

"Ahjussi tolong bagitahu Eomma yang saya nak teman Renjun harini. Boleh?" Pinta Hyerin dan mendapat anggukan daripada Yuta.

"Terima kasih. Hati-hati bawa kereta, ahjussi." Pesan Hyerin dengan senyuman.

Yuta masuk ke dalam kereta dan bergerak meninggalkan kawasan rumah Renjun.

"Jom saya tolong awak kemas rumah." Pelawa Hyerin.

Renjun tersenyum lantas mengangguk. Hyerin menyusun barang yang berselerak itu ke tempat yang disediakan. Renjun pula mencuci piring di dapur.

Hyerin mencari kerusi untuk memanjat membuang sarang labah-labah di siling namun tidak dijumpai.

"RENJUNNN!!"

Renjun bergegas berlari ke arah Hyerin.

"Kenapa ni?" Soal Renjun kalut.

"Awak ada kerusi tak? Saya nak buang sarang labah-labah ni. Awak kenapa tak buang sarang-sarang ni?" Soal Hyerin.

"Saya dah lama tak bersihkan. Awak nak kerusi kan tadi. Sekejap!"

Renjun keluar rumah kemudian tak lama selepas itu Renjun masuk balik bersama sebuah kerusi plastik berwarna merah.

Hyerin mencapai kerusi itu dan meletaknya dekat dengan sarang labah-labah.

Dia memanjat dengan yakin dan dengan senang hatinya dia membersihkan sarang labah-labah itu.

"Lalalalala..."

Renjun hanya memerhati Hyerin sambil tersenyum.

Tiba-Tiba Hyerin terasa ada benda jatuh di atas lengannya. Hyerin melihat ke arah lengannya dan terus matanya membuntang.

"ARGHHHHHHH!!!"

Hyerin menepis-nepis cicak yang jatuh atas tangannya dan kerana pergerakannya yang kalut itu membuatkan badannya dan kerusi itu tidak seimbang dan akhirnya...

GEDEBUKK!!

Dia membuka matanya yang terpejam rapat dan matanya dihiasi dengan wajah Renjun yang bersih putih itu. Mukanya jelas terkejut.

Hyerin memandang kerusi yang jatuh di lantai.

"TURUNKAN SAYA!!"

Renjun hanya mengelipkan matanya.

"REN--"

Tangan Renjun segera melepaskan badan Hyerin dan menyebabkan punggung Hyerin terhentak ke lantai.

"Aduhh, sakitnyaa..." Aduh Hyerin.

"Eh, s-saya minta maaf." Renjun terus membantu Hyerin bangun.

"Awak ada dendam dengan saya ke?" Soal Hyerin.

"Eh takde! Maafkan saya Hyerin. Tak sengaja, hehe." Renjun senyum sebersalah.

Hyerin menarik muka. Muncungnya sudah kelihatan. Terus Hyerin berpaling daripada memandang Renjun.

"Hyerin saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Please, maafkan saya." Pujuk Renjun lalu menarik tangan Hyerin.

Hyerin mula berdebar sebaik saja tangannya bersentuh dengan tangan Renjun.

Namun dia terus menarik tangannya daripada tangan Renjun. Merajuk kononnya.

"Hyerin jangan macam ni. Nanti siapa nak kawan dengan saya?" Soal Renjun perlahan.

"Kawanlah dengan cicak tu." Perli Hyerin.

Hyerin masih tidak berganjak namun dia cuba menahan tawa.

"Hye..."

"Dah lah tu Hyerin. Kau tak payah berdrama sangat. Nah makanan kau pesan."

Jaemin meletakkan nasi goreng di tangan Hyerin dan menggeleng melihat pergaduhan mereka berdua.

"Kau ni memang tak pernah tak spoil aku kan Jaeman. Baru nak manja sikit dengan Renjun. Tahulah kau single dah kan. Kesian single tak laku." Ejek Hyerin sambil membuka bekas nasi goreng yang diberi oleh Jaemin.

Dia menyuap nasi ke dalam mulut.

"Kau beli mana ni? Tak sedap betul." Soal Hyerin sambil terus menyuap.

"Tak sedap konon. Kau telan jugak kan." Jaemin membuat memek muka menyampah. Hyerin menghiraukan Jaemin. Yang penting makanan di hadapannya ini.

Renjun dan Jaemin tersenyum melihat Hyerin yang nampak berselera menikmati makanan itu.


•••••


[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Donde viven las historias. Descúbrelo ahora