02

69 15 12
                                    

"Yerin, jangan menangis." Pujuk Yuna sambil menggosok belakang Hyerin.

"Aku tak sangka Jae sanggup buat aku macam ni. Aku ingat dia kawan baik aku, tapi aku silap." Air mata yang mengalir dibiarkan.

"Sabar okay. Taeyong tu tak layak dengan kau." Pujuk Yuna lembut. Hyerin tersenyum hambar dan sepi mula menyelubungi mereka.

Yuna melirik jam tangannya beberapa Kali sebelum memutuskan untuk bersuara.

"Err, Yerin aku kena gerak ni. Kau okay je kan sorang-sorang?" Soal Yuna.

"Kenapa? Kau nak pergi mana?" Hyerin memandang Yuna.

"Err, sebenarnya aku ada hal. Dah lambat. Sorry tak boleh teman kau. Jangan menangis okey. Nanti makin buruk muka kau." Kata Yuna lantas tergelak.

Hyerin hanya tersenyum nipis. Dia tahu Yuna hanya bergurau.

Hyerin mengangguk dan Yuna terus berlalu pergi selepas diberi keizinan.

Kini Hyerin berseorangan. Bunyi burung berkicauan di taman itu sedikit menenangkan hatinya. Hyerin memandang kosong ke arah tasik di hadapannya.

Matanya terpandang satu pasangan yang sedang duduk bersebelahan sambil menikmati aiskrim tidak jauh daripadanya. Gelak tawa mereka kedengaran.

Hati Hyerin kembali sebak apabila mengenangkan Taeyong yang sudah menjalinkan hubungan dengannya selama 1 tahun.

TAEYONG.

Lelaki yang sentiasa perhatian dengan sesuatu yang kecil. Seorang yang penuh dengan kata-kata manis yang mampu mencairkan hati sesiapa saja. Dan seorang yang mampu membuatkan dia jatuh sedalam-dalamnya.

Tanpa dia sedar air matanya mengalir di pipi. Makin lama kedengaran esakan dari mulutnya. Muka ditekup di kepala lutut. Bahunya terhinjut-hinjut kerana menangis.

"Awak okay?"

Tiba-tiba satu suara menegur. Tangannya menyentuh lembut bahu Hyerin.

Hyerin berhenti menangis dan perlahan-perlahan mengangkat mukanya.

Sebaik dia mengangkat muka, matanya dihiasi dengan wajah seorang lelaki bersama senyuman manis dan lesung pipit di pipinya.

"Ambil ni. Mesti awak dahaga kan?" Lelaki itu menghulurkan sebotol air mineral. Hyerin menyambut botol itu namun masih tidak meminumnya.

"Jangan risau. Awak boleh percaya saya." Senyuman diberikan kepada Hyerin, namun dia masih ragu-ragu. Tidak dinafikan senyuman lelaki itu sangat manis. Lelaki itu mengeluh kecil dan terus memerhati sekeliling.

"Haa, tengok pasangan tu. Dia tengah tengok kita tau. Kalau awak pengsan dekat sini sebab air yang saya bagi, mesti diorang takkan duduk diam kan?"

Bersungguh lelaki itu menunjuk ke arah pasangan yang Hyerin lihat tadi. Bibir dijuihkan ke arah pasangan tersebut.

Hyerin akhirnya meneguk air itu. Terasa sedikit lega tekaknya yang kering.

"Terima kasih." Ucap Hyerin. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Ah manisnya senyuman dia, lebih manis dari gula.

"Awak jangan menangis dah. Walaupun saya tak tahu apa masalah awak, tapi saya harap awak kuat menghadapinya. Tak salah menangis tapi jangan biarkan semua tu mengawal diri awak. Saya harap awak jadi perempuan yang kuat. Fighting!"

Kata-kata semangat dan nasihat terus diberikan oleh lelaki itu membuatkan Hyerin semakin tenang. Hyerin mengangguk sambil tersenyum.

"Saya minta diri dulu."

Hyerin mengangguk. Belum sempat lelaki itu berlalu, tangannya ditangkap Hyerin. Lelaki itu melihat tangannya yang dipegang.

"Err, boleh kita berkawan?" Soal Hyerin dan tidak lama kemudian mendapat anggukan daripada lelaki itu.

"Nombor telefon?"

"Saya takde." Jawabnya masih dengan senyuman.

"Err,nama?"

"Renjun"

" Saya Hyerin." Hyerin tersenyum lagi. Dia sebenarnya sudah mula selesa dengan lelaki ini. Dia kelihatan baik.

"Ouh okay. Bye Hyerin!!"

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now