13

43 12 17
                                    

Renjun berdiri menunggu Hyerin di pintu Library. Mereka berdua bercadang untuk mengulangkaji bersama-sama.

"Hey bodoh!"

Renjun mengangkat kepalanya lantas mengeluh kecil melihat Taeyong dan Jaemin berada di hadapannya.

"N-Nak apa?" Soal Renjun perlahan.

Taeyong mencengkam pipi Renjun dan mengangkat kepala Renjun yang tertunduk agar memandangnya.

"Aku nak bagi amaran dekat kau. Jangan sesekali dekat dengan Hyerin!!" Jerkah Taeyong.

"Kau tahu kan dia girlfriend aku. Yang kau pergi menggatal dengan dia kenapa?!!"  Taeyong melepaskan cengkamannya kasar sehingga kepala Renjun terteleng.

"Kau ingat!! Lagi sekali aku nampak kau dengan Hyerin, siap kau!!"

Taeyong berpusing, namun berpatah balik memandang Renjun dengan senyuman sinis.

"Ni hadiah kau sebab menggatal dengan girlfriend aku!!"

Perut Renjun ditendang kuat sehingga Renjun jatuh terduduk. Taeyong ingin menyambung tetapi terbatal niatnya apabila Jaemin memegang tangannya.

"Jomlah." Ajak Jaemin.

"Kau ingat tu!"

Jari dihalakan ke arah Renjun sebelum bergerak meninggalkan Renjun.

Renjun memegang perutnya sambil berusaha berdiri. Bibir diketap menahan sakit.

"Kenapa ni?" Soal Hyerin yang baru sampai.

"Err, takde apa-apa. Sa-saya sakit perut." Tipu Renjun.

"Lahh kenapa pula? Salah makan ke?" Soal Hyerin.

"Tak. Err saya la-lapar."

Bukan niatnya ingin menipu tapi hanya itu saja cara untuk dia meyakinkan Hyerin.

"Lah ingat apa tadi. Nah makanlah." Hyerin menghulurkan roti coklat kepada Renjun.

Namun Renjun tidak mahu menerimanya kerana dia taknak susahkan Hyerin. Hyerin menarik tangan Renjun dan meletakkan plastik roti itu di atas tangan Renjun.

"Makan, kalau tak tak jadi study." Ugut Hyerin dan taktiknya berkesan.

"Arraseo."

Renjun duduk di kerusi di hadapan library yang disediakan. Dia menggigit roti itu dan tanpa pengetahuannya Hyerin memerhatikannya sambil tersenyum.

Bagi Hyerin Renjun istimewa. Tidak seperti orang lain yang suka mengambil kesempatan terhadap kelebihannya.

"Ouh, sekarang dating dengan orang lain pula ke?"

Kata-kata itu membuatkan Renjun dan Hyerin mengangkat kepala serentak. Hyerin mengeluh sebaik sahaja wajah Yuna menyapa pandangannya.

"Kau ni memang murah kan. Tak dapat Taeyong, budak miskin pun kau nak." Ujar Jaehee pula lantas tersenyum sinis ke arah Renjun. Renjun menunduk dan hanya diam

"Jomlah masuk." Ujar Hyerin mencapai tangan Renjun untuk bangun.

"Sesuailah tu. Dua-dua sepadan hodoh dan bodoh!!" Ujar Jaehee lagi lantas tergelak jahat.

"Eh, kau bodoh!! Kau guna ilmu apa untuk pikat perempuan ni eh?? Sharelah dekat aku, aku nak cuba juga." Ujar Yuna pula kepada Renjun dengan nada mengejek.

Hyerin berpusing ingin melawan kata-kata Yuna Dan Jaehee namun tangannya digenggam Renjun lantas menggeleng tanda dia tak mahu besar kan hal ini.

Hyerin menolak lembut tangan Renjun lalu menghadiahkan senyuman manis tanda tiada yang perlu dirisaukan sebelum berpusing kembali menghadap Jaehee Dan Yuna.

"Lebih baik hodoh dengan muka sendiri daripada cantik dengan makeup tebal 2,3 inci. Cantik bukannya datang dari rupa paras tapi hati kau sendiri. Kalau hati tu dah hodoh, muka lagilah bertambah hodoh."

Sindir Hyerin sebelum menarik tangan Renjun masuk ke dalam library tanpa menghiraukan Yuna Dan Jaehee.

Yuna tercengang dengan kata-kata Hyerin yang agak pedas itu. Jaehee pula hanya tersenyum sinis.

'Kau tunggu Hyerin. Jangan ingat kau dah menang. Hari ni hari kau.'

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now