20

36 11 3
                                    

"Betul apa yang kau cakap ni?" Soal Taeyong.

Lucas mengagguk dengan yakin.Wajah Taeyong berubah semakin bengis.

"Sabar dulu, mungkin diorang ada hal sendiri ke." Ujar Jaemin cuba menenangkan Taeyong apabila melihat Taeyong menggenggam penumbuknya.

"Hal apa dengan girlfriend aku??" Ujar Taeyong sinis.

"Ex girlfriend. Mungkin hal sekolah. Dahlah Taeyong, diorang tak cari pasal dengan kau. Kenapa kau berdendam sangat dengan diorang?"

Jaemin menggeleng kepalanya kesal.

Taeyong mencampak gambar poloroid di tangannya dengan kasar lalu berdiri menghadap Jaemin.

BUKK!!

Jaemin ditumbuk lantas dia terjatuh ke atas lantai. Jaemin memandang Taeyong sambil mengelap darah yang mengalir di bibirnya.

"Kau memang tak pernah nak sokong aku!! Sibuk sokong budak bodoh tu! Kau pergilah kawan dengan dia setan!! Nak acah-acah baik konon. Heh sedar sikit diri tu kalau bukan aku, tiada siapa nak kawan dengan kau yang bodoh lah. Pergi mampuslah kau!!"

Taeyong menyepak badan Jaemin bertubi-tubi bagai dirasuk. Jaemin hanya diam tanpa niat membalas. Darah di mulutnya semakin banyak keluar.

"Aku taknak tengok muka kau! Berambus setan!!" Jerkah Taeyong kepada Jaemin lantas menendang belakang Jaemin lebih kuat.

" A-aku bukan taknak sokong kau."

Jaemin gagahkan dirinya untuk berdiri menghadap Taeyong.

"Tapi aku kesian tengok kau stress macamni. Tak mampu nak kawal diri kau sampai kau buat kerja gila!! Sudah-sudahlah tu Taeyong. Hyerin dah taknak dekat kau! Terimalah hakikat!" Tengking Jaemin.

"Tak! Tak mungkin! Hyerin sayangkan aku. Dia gilakan aku! Aku kata Keluar!! Keluar bodoh!!" Jerkah Taeyong. Kepalanya dipegang kuat. Telinganya juga ditekup kuat.

Tiba-tiba Jaehee dan Yuna masuk apabila terdengar keributan daripada luar.

"Taeyong baby..kenapa ni?" Soal Jaehee sambil memegang bahu Taeyong.

"Kau diam Jae! Sebab kau, aku hilang Hyerin!! " Tengking Taeyong tangannya laju menepis tangan Jaehee.

"Keluar lah Jaemin! Kau ni memang tak sedar diuntung!! Berambus!" Jerkah Lucas sambil menolak badan Jaemin kasar.

Jaemin mencapai topi keledarnya lalu keluar dari bilik muzik itu dengan perasaan kecewa.

Kecewa kerana gagal menasihati kawannya dan nyatanya sudah terlambat untuk menasihatinya.

Taeyong memegang kepalanya semakin kuat. Dia mula rasa panas hati dan tidak senang duduk. Ada perasaan yang singgah dalam hatinya.

Perasaan marah dan dendam yang bermaharajalela dalam hatinya.

"Kenapa you salahkan--"

"Kau diam pompuan!! Aku dah taknak kau! Kau berambus!" Tengking Taeyong sambil tangannya menutup telinganya.

"Tapi Tae--"

"ARGHHH! DIAM!! AKU KATA DIAM!!" Taeyong menghalakan pisau ke perut Jaehee. Entah sejak bila pisau itu berada di tangannya.

JLEB!
JLEB!
JLEB!

"Arghhhh!! Tae--yong.." Seru Jaehee sambil memegang perutnya yang ditikam tiga kali.

"Sa-sampai..H-hati..yo-you..." Ujar Jaehee lantas jatuh ke lantai. Dengan nafas tersangkut-sangkut akhirnya mata dia tertutup.

"Jae--ERGHHH!"

Yuna yang berlari ke arah Yuna turut ditikam Taeyong. Yuna terjatuh ke lantai sambil menahan sakit dan seksa.

"T-tak guna..K-kau! Taeyong! Eghh!" Mata Yuna akhirnya terutup rapat.

"Taeyong."

Mata Lucas membuntang melihat teman wanitanya ditikam di depan matanya.

Wajah Taeyong memerah lantas dia ketawa dan melihat ke arah tangannya yang penuh dengan darah. Namun hanya seketika sebelum wajah bengisnya kembali.

Bibir diketap geram sehingga bibirnya berdarah. Akhirnya satu senyuman sinis terbit di bibirnya.

"Kau tahu apa yang aku nak kau buat?" Soal Taeyong kepada Lucas dengan senyuman sinisnya.

Lucas mula ketakutan melihat sisi Taeyong yang satu ni. Bibirnya bergetar ketakutan.

"K-kau jangan...Suruh a-aku...mem-membunuh Taeyong!" Balas Lucas.

" Kalau itu je jalannya. Diorang yang buat perasaan aku membuak-buak .Tapi sabar dulu. Kita seksa dia perlahan-lahan. Baru best." Ujar Taeyong dengan senyuman sinis.

Taeyong menelan air liurnya kesat.

"A-aku taknak join! Aku takkan kotorkan tangan aku dengan kerja gila tu!"

Penumbuk digenggam geram. Taeyong mendekati Lucas. Lucas semakin mengundur.

"Kalau kau taknak...Kau tahu kan apa aku boleh buat?" Taeyong ketawa besar sambil memandang pisau di tangannya. Lucas terdiam dalam ketakutan.

Taeyong ketawa besar.

'Kau tunggu Renjun! Aku akan pastikan kau mampus, perlahan-lahan.'

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now