22

35 8 10
                                    

Satu pek ais dihulurkan kepada Renjun dan Renjun menerimanya lalu dituam ke perut.

Hyerin menyapu ubat di tepi bibir Renjun yang pecah dan lebam dengan perlahan.

Mata Renjun hanya memerhati pergerakan tangan Hyerin yang sedang sibuk merawat lukanya.

Sesudah meletak ubat, Hyerin menuam pek ais yang lain ke pipi Renjun pula.

"Sakit?" Soal Hyerin.

"Sikit je." Jawab Renjun dengan senyuman.

Hyerin meletakkan ais ketepi.

"Saya minta maaf. Sebab saya semua ni jadi." Pinta Hyerin sambil menggenggam tangan Renjun.

"Jangan cakap macamtu. Bukan salah awak." Renjun menggosok lembut tangan Hyerin menandakan dia tidak menyalahkan Hyerin.

Hyerin mengangguk lantas ingin menuam kembali tepi bibir Renjun yang pecah namun pergerakannya terhenti apabila Renjun memegang tangannya.

Hyerin terkaku apabila wajahnya begitu dekat dengan wajah Renjun.

Renjun mendekatkan dirinya ke arah Hyerin dan tangannya beralih ke anak rambut Hyerin yang terjatuh.

Dia menyisir rambut Hyerin ke belakang dengan perlahan sambil tersenyum.

Kemudian tangannya menyentuh tepi bibir Hyerin dan mengusap lembut di bahagian itu.

"Awak kena pukul dengan Taeyong?" Soal Renjun dan mendapat anggukan daripada Hyerin.

Renjun tersenyum hambar. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Hyerin. Mata Hyerin terkelip-kelip memandang Renjun.

Semakin dekat wajah Hyerin dan Renjun namun Renjun menjauhkan mukanya kembali lantas menggeleng kepala.

"Err, biar saya rawat awak pulak." Ujar Renjun dengan gugup.

Hyerin mengangguk dan tersenyum kecil.

Renjun mencapai ubat di dalam kotak first aid dan disapukan ke tepi bibir Hyerin dengan perlahan.

Sesekali kedengaran keluhan sakit daripada mulut Hyerin.

Siap menyapu ubat, Renjun mengemas bekas first-aid itu dan memandang Hyerin.

"Dekat mana lagi Taeyong buat?" Soal Renjun prihatin.

"Tangan saya, melecet."

Renjun memandang pergelangan tangan Hyerin yang memerah kerana melecet. Mesti sebab genggaman Taeyong yang kuat.

"Saya minta maaf. Sebab saya, awak pun sakit." Ujar Renjun.

"Tiada apa yang perlu awak minta maaf. Bukan salah awak. Saya yang salah. Bercinta dengan orang yang salah." Jawab Hyerin tenang.

"Awak nak jawab apa kalau Eomma awak tanya nanti?" Soal Renjun.

"Apa-apa je yang boleh dijadikan alasan. Lagipun dah tak sakit ni. Sebab awak yang rawat saya." Ujar Hyerin.

"Mengada." Ujar Renjun lantas menggeleng kepala.

Hyerin gelak.

"Renjun, awak free tak weekend ni?" Soal Hyerin.

"Free. Saya cuti weekend ni. Kenapa?" Soal Renjun.

" Saya nak bawa awak jumpa Eomma saya." Jujur Hyerin. Renjun tercengang.

"Err, Jumpa Eomma awak? Tapi kenapa? Mak awak tak suka saya kawan dengan awak ke?" Soal Renjun.

"Apa awak merepek ni Renjun. Saja je suruh kenal-kenal dengan Eomma. Mana tahu eomma suka terus jadi bakal menantu." Ujar Hyerin selamba.

Renjun tercengang lagi dengan selambanya Hyerin bercakap.

"T-tapi kita belajar pun tak habis lagi. Kerja saya pun tak tetap." Jawab Renjun gugup.

Hyerin ketawa lagi.

"Bukan sekarang awak. Kan saya kata 'BAKAL'. Ke awak dah tak sabar nak kahwin dengan saya?" Soal Hyerin lantas ketawa besar. Wajah Renjun mula memerah kerana malu.

"Jadi, boleh ya?" Soal Hyerin dan dibalas dengan anggukan Renjun. Hyerin senyum lantas mencium pipi Renjun sekilas.

Renjun terkelip-kelip memandang Hyerin.

"Thanks."

Hyerin terus bangun tanpa rasa bersalah keluar dari bilik rawatan itu dengan senyuman meniti di bibir.

Pipinya yang dicium Hyerin disentuh. Perlahan-lahan senyuman terbit di bibirnya.

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now