24

57 12 4
                                    

Renjun kini berada di kediaman Hyerin dijemput oleh pemandu Hyerin.

Hyerin sudahpun menyambutnya di hadapan muka pintu dengan senyuman lebar.

"Masuk lah. Eomma dekat dalam." Ujar Hyerin dengan senyuman manisnya.

Renjun membalas senyuman dan melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik keluarga Hyerin.

"Jadi, inilah Renjun. Selamat datang Renjun." Sapa Puan Park ramah.

Renjun dipeluk Puan Park dan Renjun membalasnya dengan senang hati.

Puan Park melepaskan pelukan dan mengajak Renjun ke meja makan.

Renjun duduk bersebelahan dengan Hyerin manakala Puan Park berhadapan dengan Renjun.

"Jadi apa nama penuh Renjun? Satu kelas dengan Hyerin? Sejak bila kenal dengan Hyerin?" Soal Puan Park bertubi-tubi.

"Nama saya Huang Renjun. Saya tak sekelas dengan Hyerin.Saya kenal dengan Hyerin sejak--Tsstt!!"

Kata-kata Renjun terhenti apabila Hyerin mencubit pehanya kuat.

"Kenapa Renjun??" Soal Puan Park bimbang.

"Takde apa-apa. Ada semut mungkin." Tipu Renjun dengan senyuman.

Puan Park hanya mengangguk.

Saya kenal Hyerin masa dekat sekolah. Saya terjumpa dia dekat kolam." Sambung Renjun ringkas.

Hyerin menghela nafas kelegaan. Rahsianya masih aman.

"Renjun ada berapa adik beradik?" Soal Puan Park.

"Saya anak tunggal." Jawab Renjun dengan senyuman.

Puan Park mengangguk.

"Ayah Renjun kerja apa?" Soal Puan Park.

Renjun terkedu dengan soalan Puan Park.

Dia sendiri tidak tahu mahu menjawab apa.Kalau dia beritahu yang ayahnya tidak bekerja dan kaki botol adakah Puan Park akan membenarkan dia berkawan dengan Hyerin lagi.

"Renjun??"

"Eomma, Hyerin lapar. Renjun pun mesti lapar." Hyerin yang nampak perubahan pada wajah Renjun cuba mengubah topik.

Dia tahu ada sesuatu rahsia yang Renjun simpan daripada dia dan dia masih tidak bersedia untuk menceritakannya.

"Ouh okay. Maafkan aunty kalau soalan aunty berlebihan." Ujar Puan Park.

"Takpe aunty." Ujar Renjun dengan senyuman.

"Dah makan, nanri sejuk tak sedap." Ujar Puan Park dan mendapat anggukan daripada Hyerin dan Renjun.

>>>>>


Renjun melangkah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.

Sesungguhnya dia sudah berasa mengantuk namun sebelum dia memasuki bilik mendiang Eommanya, dia berjalan ke arah gambar yang terdapat di dinding yang tergantung elok.

Gambarnya bersama Eomma. Renjun tersenyum kecil.

"Goodnight Eomma. Jun sayang Eomma." Ujar Renjun.

Satu senyuman manis terbit daripada bibirnya.

Baru Renjun nak melangkah masuk bilik untuk berehat, pintu diketuk.

Renjun melihat jam di telefonnya.

11 malam.

'Siapa datang malam-malam macam ni?' Soal Renjun dalam hati namun kakinya tetap juga melangkah ke arah pintu.

Tombol pintu dibuka sedikit namun dengan kasar pintu itu ditolak daripada luar dan Taeyong terus mencekik leher Renjun. Dia menolak badan Renjun sehingga terhentak ke dinding.

"Kau tak serik-serik lagi ke?!! Kau ni memang cari matilah!!" Jerkah Taeyong.

Cekikan di leher Renjun semakin diketatkan. Nafas Renjun tersangkut-sangkut kerana kekurangan oksigen.

Tangannya memukul tangan Taeyong memohon agar dilepaskan. Dia akhirnya melepaskan leher Renjun dengan kasar.

Renjun jatuh ke lantai. Dia terbatuk sambil cuba menghirup oksigen yang hilang tadi.

"A-apa kau cakap ni, Tae-yong??" Soal Renjun tersangkut-sangkut.

"Tch! Apa aku cakap?" Taeyong memandang Lucas dan Jaemin lantas tergelak.

"Kau jangan buat-buat tak tahu dan buat-buat bodohlah!! Aku nampak semuanya!! Kau buat apa dekat rumah Hyerin,haa?!!!" Taeyong menarik kolar baju Renjun agar berdiri.

Renjun diam tidak tahu mahu menjawab apa.

"Aku tanya kau kan!! Kau buat apa dekat rumah Hyerin!!" Jerkah Taeyong lagi. Renjun masih diam.

BUKK!!

Satu tumbukan hinggap di tepi bibir Renjun sehinga Renjun kembali jatuh ke lantai.

"Kenapa kau degil sangat,haa?!! Kau tak serik ke kena dengan aku?!! Kau nak tunggu aku bunuh kau dulu baru nak serik, haaa?!!"

Taeyong menampar wajah Renjun kuat sehingga Renjun terbaring.

Lucas dan Jaemin memegang kedua-dua belah tangan Renjun dan memaksanya berdiri. Renjun gagahkan jua kakinya untuk berdiri.

Taeyong meraup rambutnya kasar sebelum mendekati Renjun dan mencengkam pipi Renjun kuat.

Muka Taeyong merah menyala menandakan dia benar-benar marah.

"Kau memang tak pernah serik Huang Renjun!!" Jerkah Taeyong sebelum menumbuk pipi Renjun kuat.

BUKKK!!

Sekali lagi Renjun ditumbuk. Renjun tidak jatuh kerana ditahan Jaemin dan Lucas.


"Tae--yong lepaskan aku. A-aku dengan... Hyerin berkawan saja." Ujar Renjun perlahan.

"Kawan? Tch!! Kau ingat aku bodoh ke?"

Taeyong menumbuk perut Renjun berkali-kali sehingga Renjun sudah terduduk lemah.

"Weh, dahlah. Mati anak orang nanti. Teruk dah tu!!" Jaemin memegang tangan Taeyong menahannya dari terus membelasah Renjun.

Taeyong berhenti lantas tersenyum sinis melihat keadaan Renjun yang sudah berdarah dan lemah.

"Kau ingat tu!!" Jerkah taeyong sebelum meludah ke atas Renjun dan beredar keluar. Lucas dan Jaemin pun berlalu pergi.

Sempat lagi Jaemin menoleh ke arah Renjun sebelum berlalu pergi.

Renjun tidak mampu untuk bangun. Dia dibelasah dengan teruk kali ni.

"Eomma, sakit."

Air matanya mengalir perlahan.

"H-Hyerin"

Dada Renjun turun naik dengan laju sebelum matanya tertutup rapat.

•••••


[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now