25

22 8 3
                                    

Hyerin berdiri di hadapan rumah Renjun. Dia menanti Renjun keluar daripada rumah.

Hyerin mula gelisah apabila jam sudah hampir menunjukkan ke angka 7.30 pagi namun Renjun masih tidak memunculkan dirinya.

Dia menjerit daripada tingkap rumah juga tetap tidak disahut. Hyerin mendekati pintu rumah Renjun dan mengetuknya berkali-kali.

Tetap tiada respon.

Hyerin cuba menolak pintu rumah itu. Namun apa yang mengejutkannya, pintu rumah Renjun tidak berkunci.

Hyerin menolak pintu dan melangkah masuk.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk,matanya terbuntang melihat keadaan Renjun yang terbaring lemah bersama darah yang sudah kering di lantai kayu rumah Renjun.

"Renjun!!"

>>>>>


Puan Park berlari mendapatkan anaknya.

"Hyerin!!"

Hyerin memandang Puan Park yang sedang berlari anak ke arahnya.

Hyerin memeluk Puan Park apabila Puan Park berdiri di hadapannya.

"Renjun mana??" Soal Puan Park kepada Yuta.

"Dekat dalam puan. Masih belum keluar." Jawab Yuta.

"Eomma, Hyerin takut jadi apa-apa dekat Renjun." Ujar Hyerin.

Air matanya yang mengalir dibiarkan.

"Jangan risau. Takda apa-apa. Kita fikir yang baik-baik." Pujuk Puan Park cuba menenangkan hati anak gadisnya.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik pembedahan itu dibuka dan keluarlah Doktor yang bernama Doyoung.

"Doktor, Renjun macam mana??" Soal Puan Park

"Puan dengan adik jangan risau. Dia okay. Cuma ada luka, lebam dan ada sedikit luka dalaman tetapi itu masih boleh diubati. Dia mungkin tidak sedarkan diri dalam masa terdekat kerana dah diberikan ubat tadi. He need to rest more." Terang Doktor Doyoung.

Hyerin mengeluh lega.

"Jadi saya boleh tengok dia??" Soal Hyerin.

"Boleh. Tapi saya ada benda nak tanya. Kenapa ya, badan dia lebam-lebam macamtu?" Soal Doktor Doyoung.

"Err." Hyerin teragak-agak ingin bercerita ataupun tidak tentang Renjun dipukul boleh Taeyong.

Baru Hyerin hendak membuka mulut,seorang jururawat perempuan mendekati Doktor Doyoung dan berbisik seketika sebelum Doktor itu menganggukkan kepalanya.

"Cik boleh jenguk dia. Saya kena pergi dulu sebab ada patient lain. Saya minta diri dulu." Ujar Doktor Doyoung dengan senyuman dan berlalu pergi.

Hyerin menolak pintu wad yang ditempati Renjun. Dia mula menjadi sebak apabila melihat wajah Renjun yang dilekat plaster. Mukanya pucat.

Hyerin duduk di kerusi yang disediakan. Tangan Renjun dicapai Dan digenggam.

"Awak, saya datang ni." Ujar Hyerin perlahan.

Namun tidak mungkin Renjun akan menyahut.

"Siapa buat awak teruk macamni? Siapa kejam sangat buat awak macamni Renjun?"Soal Hyerin sendiri. Air matanya mula mengalir.

Belakang Hyerin diusap eommanya lembut.

"Kamu tahu kenapa badan dia lebam-lebam?" Soal Puan Park.

Hyerin menarik nafas dalam sebelum bersuara

"Taeyong. Taeyong selalu buli dia dekat sekolah." Jujur Hyerin.

Puan Park mendekati katil renjun.

Perlahan-lahan dia menyelak sedikit baju yang menutupi lengan Renjun dan jelaslah kelihatan kesan lebam dan luka. Ada yang baru dan yang lama.

"Teruk sangat ni Hyerin. Takkan teruk sangat budak Taeyong tu buat!!" Terkejut Puan Park.

Baju Renjun kembali diselak menutupi lengannya.

"Memang banyak eomma. Tapi.."

"Tapi ape Hyerin?"Soal Puan Park memegang bahu anaknya.

"Haritu, ade dua orang lelaki datang rumah renjun... Dia bunuh eomma renjun." Terang Hyerin perlahan.

Terbuntang mata Puan Park mendengarnya.

"Renjun pun kena belasah juga. Hyerin tahu pun sebab Hyerin ikut dia balik rumah. Hyerin tidak sangka lain yang jadi."

Puan Park menggosok dadanya. Terkejut mendengar cerita dari anaknya itu.

"Anak eomma okay? Ada lebam luka?" Soal Puan Park.

Dia berasa gagal menjaga anaknya.

"Hyerin okay. Tapi apa yang Hyerin dengar, ayah Renjun ada berhutang dengan along."

Puan Park menggeleng kepala.

"Beratnya dugaan kamu Renjun." Puan Park ingin menitiskan air mata apabila mendengar cerita Hyerin.

"Sebab tu Hyerin kata dia hebat. Hebat rahsiakan perasaan dia dari semua orang. Hyerin taknak hilang dia eomma." Ujar Hyerin. Air matanya mengalir.

Puan Park memeluk anaknya.Dia turut menitiskan air mata.Simpati dengan nasib Renjun.

●●●●●

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now