07

52 13 34
                                    

GEDEBUSHH!!

Mata Renjun terkedip-kedip melihat Hyerin yang betul-betul terjun dalam kolam itu. Seperti baru tersedar ke dunia nyata Renjun menjerit.


"Yerin!!"

Dengan pantas Renjun terjun ke dalam kolam itu. Setelah nampak sekujur tubuh yang sedang dibawa air ke dalam dia berenang ke arah Hyerin selaju yang mungkin.


Tangan kanan Renjun dikunci di leher Hyerin dan tangan kirinya digunakan untuk berenang ke atas.

Di tebing, Renjun meletakkan tangannya di belakang leher Hyerin dan sebelah tangannya lagi diletakkan di bawah lutut Hyerin.

Dia membawa Hyerin naik ke atas dan diletakkan di lantai sebelum dia memanjat keluar Dari kolam.

Hyerin tidak sedarkan diri. Matanya tertutup rapat. Dadanya turut tidak bergerak tanda tiada sebarang pernafasan.

Renjun tiada pilihan selain membuat 'CPR' seperti yang dipelajarinya terhadap Hyerin.

Setelah beberapa minit mencuba akhirnya Hyerin terbatuk dan banyak air yang keluar dari mulutnya.

Renjun mengiringkan badan Hyerin sehingga Hyerin selesai batuk.

Perlahan-perlahan Renjun mendudukkan Hyerin apabila melihat keadaan Hyerin semakin baik.

Hyerin memandang Renjun sambil memeluk tubuhnya yang kesejukan. Bibirnya bergetar hebat.


Renjun mengeluh sebelum mengambil tuala di dalam beg sekolah yang diletak di tepi lalu memakaikannya ke badan Hyerin.

Hyerin tidak mampu melawan malah hanya tertunduk memandang lantai. Dia malu nak melihat wajah Renjun yang jelas masih terkejut dan sedikit...Panik?


Renjun meraup rambutnya yang basah dan merenung Hyerin seperti mahu menelan orang.

"S-saya..."

"Dah lama hidup ke?" Renjun memotong percakapan Hyerin. Satu soalan itu sangat berbisa di pendengaran Hyerin.

"Awak terjun tu, tahu ke berenang?" Soal Renjun lagi dan mendapat gelengan daripada Hyerin. Renjun mengeluh.


"Listen,okay! Sebesar apa pun masalah yang awak hadapi, jangan pernah terfikir jalan singkat dengan bunuh diri. Nyawa awak lagi penting daripada segalanya. Semua orang ada masalah, cuma kita kene bijak selesaikannya .Bukan ambil jalan bodoh dan singkat macam ni." Pesan Renjun dengan nada yang lembut.

Hyerin terdiam memikirkan kebodohannya sendiri. Kalau Renjun tak selamatkan dia, macam manalah eomma dia nak hadap berita kematian dia nanti. Tak dapat dibayangkan.

Renjun mengeluh sebelum bangun dari duduknya. Dia menggalas beg hitamnya dan berjalan meninggalkan Hyerin. Tidak sampai beberapa langkah Renjun memandang Hyerin.


"Taknak balik ke?"

Hyerin menggeleng kepala lantas memalingkan mukanya dari memandang muka Renjun.

"Haihh, Ikut awaklah. Tapi hati-hati! Ramai orang kata kolam renang sekolah kita ni berhantu tau. Annyeong!!"

Renjun meneruskan langkahnya menuju ke pintu utama dewan kolam renang itu.

3...
2...
1...

"Tunggulah,awak!!"

Hyerin tahu-tahu sudah memeluk lengan Renjun dengan wajah ketakutan. Renjun memandang Hyerin yang sedang memeluk lengannya.


Renjun berdehem sedikit dan pantas Hyerin melepaskan pelukan itu apabila tersedar.

Renjun tersenyum kecil dalam diam sedangkan Hyerin masih dengan wajah ketakutannya.


"Buarghh!!"

"Arghhhhh!! Janganlah Renjun!!" Jerit Hyerin apabila Renjun mengejutkannya secara tiba-tiba.

Renjun menutup telinga kerana bunyi bingit dari jeritan Hyerin menusuk ke telinganya.

"Padan muka!" Sinis Hyerin berkata bersama jelingan.

Renjun ketawa kuat kerana berjaya mengenakan Hyerin. Dia dah lama tidak ketawa kuat begini.

Kali terakhir dia ketawa kuat seperti ini, 3 tahun lepas sebelum appa berubah menjadi kaki botol dan judi.

Renjun harap akan ada sinar kegembiraan selepas ini. Dia yakin Selepas hujan pasti munculnya pelangi. Dan dia yakin dia dah jumpa dengan pelangi yang dia tunggu selama ni.

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now