10

54 15 28
                                    

Hyerin berada di perpustakaan. Dia cuba menumpukan perhatian kepada buku di hadapannya namun tidak berhasil.

Dalam kepalanya hanya memikirkan Renjun. Sudah tiga hari dia tidak berjumpa dengan Renjun. Bila ditanya rakan kelas Renjun, mereka kata sudah 3 hari dia tidak hadir ke sekolah.

Rasa risau mula mengambil tempat di hatinya. Ingin menyerbu rumah Renjun, dia sendiri tidak tahu di mana rumahnya. Hyerin hanya mampu mengeluh.

"Hai baby!"

Hyerin mengangkat kepalanya namun tidak sampai berapa saat dia kembali menunduk malas melayan kehadiran lelaki di hadapannya.

"Sombong." Ujar Taeyong dengan senyuman sinisnya. Buku di tangan Hyerin dirampas.

" You nak apa?" Soal Hyerin malas.

"I nak you."  Taeyong tersenyum manis.

"Tapi I taknak!" Balas Hyerin masih cuba mengawal suaranya.

Hyerin cuba merampas bukunya namun Taeyong mengangkat buku itu tinggi.

"Fine!!"

Hyerin mengemas barangnya dan menggalas begnya lalu berjalan melepasi Taeyong.

Belum sempat Hyerin ingin sampai ke pintu utama, langkahnya terhenti apabila Taeyong menangkap pergelangan tangannya.

"Im so sorry. Salah I."

Taeyong kini bernada lembut. Hyerin mengeluh namun masih tidak memandang Taeyong.

"Sorry sebab dah curang belakang you. I tiada niat pun. Kawan you tu yang goda I." Ujar Taeyong cuba pertahankan dirinya.

"Tch! Kalau you sayang I you takkan curanglah!! Sokay, I maafkan you. Tapi I harap you bahagia dengan Jae."

Hyerin menarik tangannya namun Taeyong pula menarik Hyerin masuk ke dalam pelukannya.

Taeyong memandang Hyerin sebelum menyatukan bibirnya dengan bibir Hyerin.

Hyerin memukul bahu Taeyong kuat namun Taeyong tidak mengendahkannya malah dia mendalamkan lagi ciuman.

Hyerin menolak badan Taeyong sekuat tenaganya dan akhirnya bibir mereka berpisah sebelum pipi Taeyong ditampar sekuat hati. Dada Hyerin naik turun menahan amarahnya

Hyerin mengelap sisa ciuman tadi kasar sebelum berlalu pergi dengan mata berair.

"I tak bahagia dengan dia!!" Jerit Taeyong tanpa menghiraukan di mana mereka berada.

Penjaga Perpustakaan sudah memandang garang kepada mereka, namun tidak diendahkan Taeyong. Hyerin berhenti melangkah.

"I tak bahagia dengan you." 

Hyerin terus melangkah keluar daripada perpustakaan menuju ke dalam tandas. Tangisan Hyerin pecah. Jujur dia masih sayangkan Taeyong tapi rasa sayang itu semakin lama semakin pudar.

"Ehem!!"

Hyerin melihat dari pantulan cermin. Pantas dia mengelap air mata apabila mengetahui itu adalah Jaehee. Hyerin berpusing ingin keluar daripada tandas.

"Kesian kan, ada boyfriend dicurangi. Hidup kau sorang-sorang jelah sekarang kan? Sedih betul hidup kau." Ujar Jaehee sinis.

" Sekurang -kurangnya aku tak jumpa dah orang hipokrit macam kau dengan kawan kau tu." Balas Hyerin sinis.

"Eh pompuan! Sedar sikit diri tu. Muka macam longkang ada hati nak bercinta dengan Taeyong. Tch!! dasar perempuan murah!" Sindir Jaehee.

Hyerin menggenggam tangannya Cuba menahan sabar. Dia melangkah ke pintu tandas dan ingin melangkah keluar.

"Aku lupa nak ucap thanks sebab dah bagi boyfriend handsome kau dekat aku. Siapa taknak ada boyfriend macam Taeyong kan?" Ujar Jaehee lagi lantas ketawa jahat.

"Jae, kau jangan ingat kau dah hebat dapat rampas Taeyong dari aku. Kalau dia boleh buat dekat aku, tak mustahil kau pun akan kena benda yang sama. Kau pernah dengar pepatah, What you give, you'll get back." Balas Hyerin dengan senyuman sinis.

Jaehee terdiam dengan kata-kata Hyerin. Hyerin terus melangkah keluar dari tandas meninggalkan Jaehee.

"Awak dekat mana,Renjun?'

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia hanya terfikirkan Renjun sekarang ni. Lagi-lagi saat dia sedih. Baginya Renjun ialah penguatnya kini. Dia tidak akan sekuat ini sekiranya Renjun tiada.

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now