08

54 15 21
                                    

Hyerin dan Renjun jalan bersebelahan. Hyerin memakai hoodienya yang berwarna pink yang sengaja diletak di dalam locker.

Suasana sunyi kerana tiada siapa yang mahu bersuara. Hyerin akhirnya membuat keputusan untuk memulakan perbualan.

"Err awak, saya nak tanya boleh?" Soalnya perlahan.

Renjun mengangguk tanda membenarkan Hyerin bertanya.

"Bibir awak pecah...Taeyong yang buat ke? Awak selalu kena buli dengan Taeyong ke?" Soal Hyerin bertalu-talu kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak.

Tiba-tiba Renjun berhenti berjalan dan memandang tajam ke arah Hyerin.

Hyerin mengemam mulutnya kerana baru tersedar yang soalannya seperti orang yang suka menjaga tepi kain orang.

"Ia tiada kena mengena dengan awak." Jawab Renjun perlahan lalu kembali berjalan. Hyerin mengejar langkahnya yang laju itu.

"Awak, saya bukan nak menyibuk. Saya cuma nak tahu..."

Kata-katanya terhenti lagi apabila Renjun kembali merenungnya tajam.

"Okay maaf." Hyerin menunduk sambil bermain dengan jari jemarinya yang lentik.

Renjun mengeluh. Dia memegang tangan Hyerin.

"Wae?" Soal Hyerin yang terkejut dengan sentuhan itu.

"Lebam ni sikit je. Nanti baiklah, jangan risau. Lagipun saya dah biasa." Ujar Renjun dengan senyuman. Cuba untuk tidak memberitahu perkara sebenar.

"Dah biasa kena? Maksudnya awak selalu kena dengan Taeyong lah kan?" Soal Hyerin lagi namun Renjun hanya diam menandakan dia tidak mahu menjawab soalan itu.

"Just forget it." Ujar Hyerin lantas tergelak awkward.

Renjun tersenyum manis lalu mendekatkan mulutnya di cuping telinga Hyerin seperti mahu berbisik sesuatu.

Hyerin mendekatkan telinganya untuk mendengar apa yang ingin dibisik renjun.

"Awak comel."

Terus Renjun menjauhkan mulutnya dari cuping telinga Hyerin dan berlalu pergi. Wajah Hyerin berbahang kerana malu.

"Awak tunggulah!!"

Hyerin mengejar langkah Renjun yang berjalan laju. Tidak lama kemudian, mereka akhirnya sampai di hadapan rumah Hyerin.

"Okay dah sampai!" Ujar Hyerin dengan gembira.

"Ini ke rumah awak? Wah,cantik!! Besar pulak tu. Awak ada berapa beradik?" Soal Renjun dengan senyumannya.

"Biasa je awak. Lagipun saya anak tunggal. Appa saya dah meninggal tiga tahun lepas." Jawab Hyern

"Err, sorry. Saya tak tahu." Jawab Renjun sambil menggosok tengkuknya.

"Saya okay je. Kita kena move on kan?" Ujar Hyerin dan Renjun mengangguk setuju.

"Rumah awak dekat mana?" Soal Hyerin.

"Dekat-dekat sini je. Saya pergi dulu. Jaga diri, okay." Pesan Renjun. Hyerin hanya mengangguk.

"Hati-hati jalan. Annyeong!!" Hyerin melambai Renjun yang sudah mula hilang dari pandangan di sebalik tiang.

Renjun sampai di hadapan rumahnya, tiba-tiba

"Arghhh,Sakit!!"

Apabila terdengar jeritan itu, terus Renjun masuk ke dalam rumah.

"Appa!!"

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now