31

6 2 0
                                    

Renjun dan Hyerin keluar daripada balai polis untuk memberi keterangan tentang apa yang telah terjadi di gudang tersebut.

Taeyong dan orang suruhannya sudah berjaya ditangkap polis kerana telah banyak pembunuhan yang dibuat oleh Taeyong sebelum ini termasuk Jaehee dan Yuna.

Selepas saja Jaemin tidak bernyawa, sekumpulan anggota polis datang menyerbu gudang itu. Mereka sendiri tidak tahu siapa yang memanggil pihak polis sehingga kini.

Mereka berdua pun belum sempat membuat panggilan kepada pihak berkuasa. Mereka ingin mengetahui siapakah gerangan yang memanggil pihak polis itu, mereka ingin berterima kasih kepadanya.

Hyerin masih diam. Matanya sembap kerana menangis. Begitu juga Renjun. Mereka begitu ralat dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi Renjun. Jaemin sanggup mengorbankan dirinya untuk dirinya.

"Sepatutnya saya yang mati Hyerin. Bukan Jaemin."

"Tak Renjun. Sepatutnya takde siapa-siapa yang patut mati." Hyerin mengusap lembut bahu Renjun.

Renjun menggenggam tangan Hyerin sebelum mengangguk lemah. Mereka kini berada di hadapan jalan besar. Renjun memandang kiri kanan sebelum melintas jalan.

Setelah melintas Renjun ternampak seseorang yang mukanya seperti pernah dia nampak. Renjun mengecilkan matanya untuk memfokuskan kepada orang yang dia lihat sekarang.

"Tu bukan ke..."

Hyerin memandang ke arah yang dipandang Renjun lalu terbeliak biji mata Hyerin apabila dia turut mengenali sosok lelaki itu.

Hyerin menarik tangan Renjun mendekati gerangan tersebut.

"LUCASS!!"

Hyerin yakin yang orang itu Lucas kerana apabila dia memanggil nama Lucas, lelaki itu menoleh dan kelihatan wajahnya walaupun masih ditutup dengan rambut panjangnya.

"Lucass!!"

Hyerin cuba mengejar namun lelaki itu terus berlari. Renjun turut mengejar Lucas dan akhirnya dia dapat menangkap baju Lucas.

Lucas berhenti namun hanya seketika apabila terdengar suara Hyerin yang mengeluh kepenatan. Dia terus menolak tangan Renjun.

"Lucas! Saya tahu awak hidup lagi kan." Ujar Hyerin lembut.

Lucas berhenti apabila mendengar apa yang dikatakan Hyerin.

Renjun terus berdiri dan dengan perlahan Hyerin mendekati Lucas dan memegang bahu Lucas.

"Saya tak sangka awak hidup lagi Lucas. Saya ingat awak dah--"

"Lucas dah mati!!"

Serentak Itu lelaki itu menghadap Hyerin.

"Lucas, awak tak perlu nak menipu." Hyerin menggeleng.

"Lucas tu kembar aku! Dia dah mati! Aku Luke bukan Lucas. "

Renjun dan Hyerin masih terkejut dengan kenyataan yang mereka terima ini.

"Aku datang sini sebab nak balas dendam dekat si tak guna yang dah bunuh kembar aku!!" Nadanya kedengaran tinggi.

"Tapi Taeyong--"

"Dah masuk penjara kan?? HAHAHAHAHAH!! Padanlah muka jantan tu!!" Luke ketawa besar.

"Jantan tu memang tak layak hidup! Dan aku dah puas lepas dia dah masuk penjara dan akan dijatuhkan hukuman bunuh!" Luke tersenyum sinis.

"Dia takkan dijatuhkan hukuman bunuh, Luke. Dia ada sakit mental dan akan ditempatkan di hospital sakit jiwa. Tapi, macam mana kau tahu dia dekat penjara sekarang?" Soal Renjun pelik.

Luke tersenyum sinis.

"Kau ingat korang akan selamat ke kalau aku tak panggil polis tu. Kau rasa kau akan hidup tenang ke lepas Jaemin tu dah mati??" Soal Luke kembali. Senyuman sinis masih tidak hilang dari bibirnya.

Hyerin mendekati Luke. Tangan Luke digenggam. Luke juga terkejut dengan tindakan Hyerin namun dia membiarkannya.

"Terima kasih. Awak dah tolong selamatkan ramai orang tanpa awak sedar." Ucap Hyerin. Air matanya bergenang di tubir mata.

"Tapi aku tak sempat selamatkan Jaemin, macam apa yang Lucas pernah minta dekat aku dulu. Aku gagal tunaikan permintaan terakhir dia."

Luke jatuh melutut. Air matanya mengalir laju. Muka ditekup dan air mata turun dengan lebatnya. Renjun terus memeluk bahu Luke.

"Jangan kau kata kau gagal. Kau tak gagal Luke. Cuma nasib tak menyebelahi kau untuk tunaikan permintaan Lucas. Ajal akan sampai tepat pada waktunya. Tak lambat sesaat, tak awal sesaat. Jadi itu bukan salah kau."

Bahu Luke Renjun gosok untuk menenangkannya.

"Kau dah tuntut keadilan untuk kembar kau. Aku rasa, kau dah buat yang terbaik Luke." Sambung Renjun lagi. Lama kelamaan tangisan Luke semakin perlahan. Dia sudah mula tenang dengan kata-kata Renjun.

Renjun membantu Luke untuk berdiri kembali.

"T-terima kasih, Huang Renjun."

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora