09

48 13 6
                                    

Renjun menolak Encik Huang yang sedang mencengkam pipi Puan Huang kasar.

"Apa appa buat ni?!" Jerit Renjun.

Encik Huang bangun lalu menghadiahkan penampar di pipi Renjun. Renjun memegang pipinya yang ditampar.

"Dah pandai tinggi suara dekat aku!! Perempuan ni yang ajar,hah??!!" Tengking Encik Huang.

Renjun mengabaikan Encik Huang dan membantu Puan Huang bangun dan membaringkannya di bilik Puan Huang sebelum menutup pintu bilik. Renjun kemudian keluar dan mendekati Encik Huang.

"Appa nak apa?" Soal Renjun dengan nada yang datar.

"Aku lapar!! Tapi mak kau tu bagi alasan tak larat nak memasak. Dia tak ingat ke tanggungjawab dia dekat aku untuk bagi aku makan?!!" Jerkah Encik Huang.

"Arraseo. Jun masak." Ujar Renjun.

"Cepat sikit!! Aku dah lapar ni!!" Jerkah Encik Huang lagi lantas menolak kasar tubuh kecil Renjun. Renjun terus berjalan ke dapur.

Renjun melihat peti ais yang kosong. Hanya ada beberapa biji telur yang dibeli semalam. Renjun mencapai telur itu dan digoreng.

Sesudah itu, Renjun menyenduk nasi putih di dalam pinggan yang memang dimasak pagi tadi dan hanya dipanaskan.

Dia menghidangkan nasi putih bersama dengan telur. Encik Huang memandang lauk di dalam pinggan.

"Ni je kau masak?!!" Tengking Encik Huang.

"Tu je yang ada." Jawab Renjun perlahan sambil menunduk.

BUKK!!
PRANGG!!

Pinggan kaca itu dicampak ke arah Renjun dan terkena kepalanya sebelum terjatuh ke lantai dan pecah.

Renjun mengaduh perlahan apabila mula terasa pedih di dahinya yang berdarah.

BUKK!!

Encik Huang menendang Renjun sehingga dia jatuh terduduk. Bibirnya berdecih sakit.

"Lain kali pergilah beli bodoh!! Kau kerja kan!! Kalau tiada duit sekalipun pergilah mengemis dekat siapa-siapa. Lagipun muka kau sesuai jadi pengemis,sama macam mak kau tu!!"

Renjun yang sudah di lantai dihadiahkan sepakan yang kuat di kakinya sebelum Encik Huang keluar daripada rumah. Renjun menggigit bibir. Air matanya mengalir perlahan.

"Eomma." Renjun terus menghapuskam air matanya dan terus masuk ke bilik Puan Huang yang sedang menangis.

"Gwenchana." Renjun memeluk Puan Huang erat. Sebak di dada sebaiknya cuba di tahan.

"Eomma,minta maaf." Ujar Puan Huang sambil teresak-esak. Tangannya menyentuh darah yang mengalir di dahi renjun.

"Ini bukan salah eomma." Ujar Renjun lembut lantas memegang tangan eommanya, mengalih tangan daripada lukanya.

Renjun melihat wajah ibunya yang terdapat kesan lebam yang baru. Bibirnya juga pecah.

"Appa pukul eomma?" Soal Renjun namun Puan Huang hanya diam.

Kerana Puan Huang tidak menjawab, Renjun tahu yang eommanya betul-betul dipukul. Renjun membaringkan Puan Huang dan keluar dari bilik. Dia menuju ke dapur.

Renjun mencuci darahnya dengan air seketika sebelum dia mencapai tuala bersih dan meletakkan ais batu di kain itu untuk menuamnya di bibir dan badan eomma yang lebam.

' Maaf eomma sebab tak dapat lindungi eomma.'

Renjun masuk ke bilik Puan Huang dan bantu merawat luka ibunya dengan hati yang sebak bersama air mata yang ditahan-tahan apabila kedengaran suara kesakitan Puan Huang.

'Kau kuat Renjun. Akan ada pelangi di sebalik hujan yang lebat ni'

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now