12

55 11 33
                                    

Renjun masuk ke dalam perkarangan sekolah lantas mengeluh berat.

Rasa bimbang menebal dalam dirinya. Bimbang akan keadaan eommanya di rumah dan bimbang sekiranya terserempak dengan Hyerin yang mungkin akan tanya bermacam-macam soalan kepadanya atas sebab ketidakhadirannya selama 3 hari ini.

Tiba-tiba langkah Renjun terhenti apabila bahunya dicuit Dari belakang. Baru Renjun nak berpusing, orang tersebut sudah berdiri di hadapannya.

"Awak pergi mana?" Soalan pertama yang keluar dari bibirnya.

"Saya tak sihat sikit." Jawab Renjun gugup sambil tersenyum awkward.

"Sakit apa? Demam ke?"

Hyerin melekapkan belakang tapak tangannya di dahi Renjun.

"Iya, tapi dah kebah pun." Renjun hanya mampu tersenyum.

"Awak ni. Saya risau tau tak." Ujar Hyerin lantas berpeluk tubuh.

"Awak ni saya sakit biasa jelah." Renjun menggeleng kepala.

"Awak rindu saya tak?"

Soalan Hyerin membuatkan Renjun terkedu. Jantungnya berdegup kencang saat Hyerin menanyakan soalan itu.

"Err, kenapa?" Soal Renjun gugup.

Hyerin memuncung. Tanpa menjawab soalan Renjun Hyerin terus berlalu pergi.

'Apa salah aku?'

"Yerin!!"

Renjun mengejar langkah Hyerin dan terus mencapai tangan Hyerin membuatkan langkahnya terhenti.

Dia berpusing dan memandang tangan Renjun yang memegang tangannya. Renjun menghadiahkan senyuman manis kepada Hyerin.

"Saya minta maaf. Kenapa, awak rindu saya ke? Saya rindukan awak juga." Pipi Renjun mula memerah apabila menyebutkan perkataan rindu itu. Akhirnya terbit juga senyuman manis di bibir Hyerin.

"Saya rindu awak juga!!" Ujar Hyerin lantas berlalu pergi.

'Hyerin rindu aku? Aku bermimpi ke? Kalau aku mimpi tolong sedarkan aku. Aku taknak berharap dengan kata rindu itu.'

"Awakk,cepatlah!!" Laung Hyerin yang sudah di hadapan sambil bercekak pinggang. Orang harap dikejar, tapi mengelamun pulak dah.

Pantas Renjun mengejar langkah Hyerin dan berdiri di sampingnya untuk ke kelas.

"Betul ke awak rindu saya?" Renjun tersengih sambil tergelak.

"Mana ada saya cakap."

"Elehhh ingat saya tak dengar ke?"

"Eh mana adalah."

"Ouh nk tipu saya ya."

"Mana ada Renjun paboya!" Hyerin melarikan diri Renjun. Renjun memasang senyum sumbing lalu mengejar Hyerin.

"Hyerin-ahhh!"

Kedengaran gelak tawa daripada mereka. Kelihatan seperti kanak-kanak yang sedang bermain. Manis sekali.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhati mereka dari awal. Tangannya digenggam sambil menghentakkan-hentakkan penumbuknya di  dinding.

Bibir diketap geram sebelum berlalu pergi meninggalkan kawasan itu.

'Kau tunggulah nasib kau.'

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Onde histórias criam vida. Descubra agora